SPECIAL CHAPTER l

408 13 0
                                    

"Aku terima nikahnya Nur Arra Walidah binti Mohamad dengan mas kahwinya RM100, dibayar tunai."

KNOCK. KNOCK. KNOCK.

"Allahuakbar..."

Aku celikkan mata seiring dengan degupan jantung yang kuat. Huh! Semangat, mimpi rupanya. Dah kenapa pula moment pernikahan aku dulu tiba-tiba menyapa tidur yang lena. Inilah padahnya tertidur lepas solat subuh, atas sejadah pula tu.

Lekas aku bangun dan kemas sejadah yang terbentang. Manakala telekung yang tersarung di badan aku buka lalu letak di tempat sepatutnya.

Tombol pintu aku pulas dan terpampanglah wajah ummi di hadapan mata sedang mengukir senyuman ke arah ku.

"Sorry ummi, Arra lambat buka pintu. Terlelap tadi."

Aku sengaja besarkan bukan pintu dengan maksud menjemput ummi masuk ke dalam bilik.

"Patutlah tak join berjemaah tadi. Adik pun pelik, ketuk pintu bilik dah hampir nak roboh tapi kamu tak buka." Balas ummi pula. Aku tayang sengih tanpa jawab apa-apa.

Sebenarnya, fikiran aku masih mengulang rakaman mimpi tadi. Pelik ya, sudah tiga tahun lamanya hubungan perkahwinan aku dan Thariq berakhir tapi kenapa tiba-tiba kenangan itu datang semula.

Mungkin aku kerap ingat dekat dia kut. Jadi terbawa-bawa ke mimpi.

Jangan salah faham pula, aku ingat bukan sebab rindu. Aku cuma... Iyalah setahun kami hidup bersama mestilah kami banyak berkongsi cerita, hobi, dan kenangan yang banyak juga.

Sedangkan kucing peliharaan pun bila tinggalkan kita, mesti kita akan ingat. Apatahlah lagi suami sendiri.

Maksud aku, bekas suami.

"Kamu okay ke? Dua tiga menjak ni... Ummi nampak banyak benda yang kamu fikirkan." Soal ummi prihatin.

"Alhamdulillah Arra okay saja. Kenapa ummi tanya macam tu, nampak sangat ke Arra tengah serabut?" Aku lepaskan ketawa kekok.

Aku memang ahli dalam menyembunyikan perasaan tapi kalau di depan ummi, mesti aku tewas juga. Hujung-hujungnya ummi akan dapat teka apa yang aku fikir. Ajaib seorang ibu kan, ada telepathy yang kuat.

"24 tahun lalu, ummi dan Arra berkongsi nyawa yang sama tau. Tali pusat kamu tu pun bersambung dengan organ yang ada dalam dinding rahim ummi, mestilah ummi kenal dan tahu kalau anak ummi okay ke tak... Betul bukan?" Kata ummi.

Aku menyeringai sekilas. Payah nak larikan diri dah, bak kata lagu ramalan ku benar belaka. Ummi memang tahu punya walaupun aku tak suarakan.

"Ummi ni... Nak buka topik pembiakan pula." Gurau ku. Masih enggan berkata jujur.

"Jangan nak ubah topik pula, ummi tanya ni."

Aku menghela nafas panjang. Anak mata aku alihkan ke luar tingkap, menampakkan matahari yang sudah menunjukkan kecerahanya. Bulan ini tibanya musim luruh, di mana waktu siang hari cuacanya tidak terlalu panas hingga meniupkan angin yang sepoi-sepoi.

"Entah lah ummi. Kebelakangan ni, Arra kerap teringatkan hal-hal yang dulu..." Jawabku bersahaja. Aku harap di situ saja, tanpa ummi menyoal ku lebih-lebih.

Sebab mengapa dan apa sebabnya aku ingat semua tu. Aku pun tak tahu.

"Arra rasa bersalah ke? Rindukan Thariq?" Tanya ummi pula.

Pantas aku menggelengkan kepala.

"Tak lah. Mana ada Arra rindu, lagi-lagi terbit rasa bersalah... Bukan Arra yang salah dalam hal ni. Kalau Arra yang salah mesti pihak mahkamah tak luluskan tuntutan cerai Arra dengan dia dulu."

Aku berkeras untuk menidakkan andaian ummi. Betul lah apa yang aku kata, semua salah tu berpunca dari Thariq. Dia dah jadi suami nusyuz tanpa dia sedar.

"Ummi tahu... Tapi dah lah, jangan dikenang hal yang lalu. Dah bertahun pun lamanya kan... Thariq dah lupakan pun semua tu jadi Arra pun kena buat benda yang sama juga. Bercerai tak semestinya tak boleh bersilaturahim menjadi sahabat." Ucap ummi lembut, agar aku tidak terikut-ikut emosi.

Aku mengangguk perlahan seraya tersenyum kelat.

"Arra memang dah lama pun lupakan hal ni. Tak terlintas pun di hati Arra nak mengungkit semua tu cuma pelik je kenapa tiba-tiba teringat." Jawabku pula.

Aku tunduk tapi ekor mataku dapat melihat yang ummi sedang perhati gerak geriku saat ini.

"Tadi Thariq telefon abah." Ummi bersuara memecahkan kesunyian antara kami.

Aku melangut kepala. Keningku auto bercantum.

"Kenapa dia telefon abah?"

"Dia beritahu nak datang sini malam ni. Nak makan sama-sama, iyalah dia baru aje datang dari London kan. Berniat nak jenguk kita lah tu." Ummi senyum lebar.

Lidah tiba-tiba kelu. Tak tahu nak cakap apa bila dapat berita dari ummi yang Thariq nak datang malam ni. Apa kena dengan dia tu, buang tabiat ke apa. Bertahun kat London datang Malaysia aje terus nak jumpa ummi abah.

"Jangan tunjuk reaksi yang tak elok pula dekat dia nanti. Ingat, walaupun Thariq tu bukan suami Arra lagi tapi dia tetap tetamu kita. Muliakan tetamu." Tegas ummi memberi nasihat.

"insyaAllah."

Singkat saja jawapan aku bagi pada ummi. Nak bantah atau tanya lebih-lebih kang aku pula yang kena pulas telinga.

Maklumlah, Thariq ni... Kesayangan ummi abah. Kalau boleh mereka tak benarkan pun aku bercerai dengan Thariq tapi nak buat macam mana kan, sudah suratan takdir.

----

"Besar dah anak kau eh. Nakal pula tu, ikut bapa dia..." Thariq ketawa pendek, seronok mengusik anak lelaki Adam yang berusia tiga tahun lebih itu.

"Iyalah dah tahun pun bertukar kan. Kau tu, tak ada niat ke nak cari isteri... Takkan kau nak menduda sampai akhirat. Keee kau masih harapkan si cahaya kau tu datang semula?" Adam sengaja mahu menyakat. Namun reaksi kawanya itu tetap sama, cool dan selamba. Tiada apa-apa raut wajah pun yang dia tunjukkan.

"Entah. Tak terfikir lagi dalam otak aku nak kahwin. Nanti-nantilah kot, lagipun aku banyak kerja lah dam." Balas Thariq sambil mengacau minuman cappuccino miliknya menggunakan sudu teh.

Adam tayang mimik muka curiga. Satu keningnya dinaikkan sambil memandang ke arah Thariq.

Dahi Thariq pula berkerut, bingung.

"Kau dah kenapa pula? Nak acah-acah The Rock depan aku." Thariq mencebik.

"Jujur aje lah Thariq dengan aku. Kau masih tak boleh move on dari Arra kan?" Adam masih memancing.

"Tak ada dah... Aku dah redha dengan takdir aku ni, inilah ketentuan yang Allah dah susun dalam hidup aku. Jadi buat apa aku nak terus menerus fikir hal yang sama? Dah tiga tahun dam, mestilah aku dah lupa kejadian pahit dalam hidup aku dulu. Aku rasa kau yang masih tak move on ni... Masih tersekat di landasan yang sama." Giliran Thariq pula menyinis Adam. Sampai tak terkata member.

"Kalau kau tanya aku, aku pun belum move on dari kisah kau dan Arra. Sebab aku follow kisah cinta cintun korang berdua ni dari bekas isteri kau tu tak bertudung sampai mata je nampak sekarang ni. Rasa macam ruginya korang berdua, sanggup berpisah hal kecil macam tu." Adam geleng-geleng kepala.

Thariq senyum senget. Matanya beralih ke tempat lain, lebih tepatnya dia sedang menikmati pemandangan dan udara Malaysia yang baru sahaja dia pijak setelah bertahun lamanya dia diamkan diri di United Kingdom.

Banyak benda yang dia rindukan di tempat ini.

Rindu makanan melayu, rindu sambal, rindu tempoyak, rindu nasi lemak, rindu roti canai mamak, rindu Arra juga.

Eh. eh.

"Biarlah dam... Hal dah berlalu kan. Aku tak nak lah ingat lagi, apa yang aku harap kedatangan aku ke Malaysia kali ni dapat memberikan aku ketenangan dan kebahagiaan untuk mengubati rasa sakit yang aku tanggung bertahun-tahun lamanya." Bicaranya.

Adam menjeling dengan riak muka yang menyampah.

"Maleh lah aku nak layan kau ni, baik aku order... Anneh! Roti canai lagi satu!" Jerit Adam tanpa memperdulikan Thariq yang sudah ketawa halus disebelahnya.

Purnama Terindah (COMPLETED)Where stories live. Discover now