SPECIAL CHAPTER III

384 14 0
                                    

: Ada sedikit masalah tentang chapter, kalian boleh baca mengikut angka (III & IV)
.
.
.
.
.

"Bulan depan, 29 hari bulan."

Entah mengapa telinga Arra masih memutar ayat yang sama. Bukannya dia tidak berlapang dada tapi hatinya menunjukkan reaksi yang sangat janggal dari biasanya. Dadanya sempit mahu menghadam kenyataan bahawa akhirnya Thariq Al Hadi, bekas suaminya itu akan bernikah bulan depan.

Bulan terang yang menghiasi malam menjadi tatapanya. Sudah larut malam, tapi Thariq masih berada di dalam berbual panjang dengan ummi dan abahnya.

Arra mengerutkan kening. Perlahan dia tolehkan kepala, gerak hatinya memang benar... Thariq ada di situ, mahu menuju ke tempat dia berdiri.

"Tahu ke abang datang?" Soalnya lembut.

Arra mengangguk kekok.

"How? Because of my smell?" Thariq sengih. Arra terus palingkan tubuhnya ke hadapan semula.

Hatinya berdebar. Sesaat, demi sesaat.

Thariq berjalan mendekati bekas isterinya itu. Kini posisi mereka saling bersebelahan, melihat bulan yang sama.

"Tengok bulan?" Thariq tak jenuh bertanya.

Arra angguk lagi.

"Cantik kan bulan malam ni?" Arra pula menyoal Thariq.

"Betul. Cantik sangat."

Arra pandang Thariq yang langsung tak melihat langit berhiaskan purnama malah sebaliknya sedang menatap dirinya yang berhadapan dengan Thariq.

"Maksud awak?" Tanya Arra penuh kehairanan, Thariq pula ketawa kecil.

"Awak kan bulan."

Arra menjeling. Konon nak jual mahal lagipun tak ada masanya dia nak melayan mulut manis Thariq. Sudah lah bulan depan nak nikah tapi masih ada kesempatan mengorat janda sendiri.

"Jangan nak tanam tebu kat bibir, jaga sikit perasaan bakal isteri awak." Arra mengingati agar Thariq tidak tersimpang jalan. Baginya cukuplah hatinya saja diguriskan jangan sampai perempuan lain pun dapat tanda yang sama.

Kedengaran Thariq hambur ketawa pendeknya.

"Kenapa bakal isteri awak tak ikut?" Tanya Arra lagi. Berminat ingin tahu tentang suri hati baharu encik duda.

"Tak manis katanya keluar malam, lagipun dia perempuan ahli agama. Dia ustazah, alhamdulillah nikmat Allah beri abang turut saja." Balas Thariq.

Matanya masih memerhati Arra yang sudah tundukkan kepala. Seperti payah mahu menerima ungkapan Thariq, mungkin masih ada rasa cinta tapi Arra yang ego melangit sampai ego itu memakan dirinya sendiri. Sebenarnya tak ada beza pun Arra dan Thariq, dua-dua menjulang tinggi sifat keegoan mereka. Entah nak buat apa simpan lama-lama, boleh jadi harta pusaka barangkali.

"Tahniah atas pernikahan awak. Saya doakan hubungan awak dengan dia bahagia hingga ke syurganya Allah..." Arra ubah posisi untuk berdiri berhadapan dengan Thariq. Dia menunjukkan isyarat mahu masuk ke dalam rumah namun sebelum itu dia menitip ucapan tahniah terlebih dahulu pada bekas suaminya.

Thariq senyum lebar seraya kepalanya mengangguk.

"insyaAllah. Kali ini, abang tak nak runtuhkan rumah tangga abang terlalu mudah dan biarkan iblis bersorak gembira. Terima kasih sebab beri pengajaran pada abang, abang yakin selepas ini abang tak akan tersilap langkah lagi." Kata Thariq sungguh-sungguh.

Thariq fokus melihat mata Arra yang mengecil, menandakan dia sedang senyum.

"Alhamdulillah, Allah yaftah alaik." Ucap Arra singkat sebelum membuka langkah kakinya mahu beredar dari tempat itu.

Purnama Terindah (COMPLETED)Where stories live. Discover now