BAB O9

221 15 2
                                    

Thariq dan aku saling merenung sama satu lain. Aku berpeluk tubuh sedangkan dia sedang menongkat dagu dekat atas meja, aku julingkan mata bila tak boleh brain dengan ajakan dia hari ni.

"Kata minat." katanya singkat.

"Memang lah tapi saya malu nak jumpa abang Ammar." Aku kemamkan bibir sambil menunduk. Hal itu mengundang tawa terkekeh-kekeh dari Thariq.

Apa yang kelakar.

"Awak suka dia eh sebab tu malu." teka Thariq. 

Thariq ni ada aje tekaan dia. Betul pula tu.

Gurau.

"Siapa aje tak suka kan dengan gaya penulisan abang Ammar tu. Mestilah suka." Aku bermain tarik tali dengan Thariq. Dia tayang sengih seolah tak percaya dengan apa yang aku cakap.

"Nur, awak tak tahu menipu." Thariq berbisik perlahan di hadapan muka ku. Aku herotkan sedikit bibir.

"Macam mana awak tahu? Saya ni kuat menipu tau." Aku pandang ke arah lain.

"Eyes never lie orang barat kata."

Aku terdiam. Ajakan Thariq tadi masih aku biarkan tanpa jawapan. Berdua hati sebenarnya nak jumpa atau pun tak, aku pun nak juga dapat tanda tangan berharga penulis misteri tu dah lah first time nampak figura dia depan mata tapi dalam masa yang sama aku gugup. Sebab Thariq kata dia dah cerita semuanya kat Ammar, lepas tu Ammar kata aku annoying.

Boleh percaya ke?

Takpelah Walidah, percaya aje lah.

"Tak nak lah. Saya malu." Aku buat muka acah-acah seposen sikit, lagi sekali Thariq berdekah.

Member ni suka sangat gelakkan aku, agaknya aku ni badut tak.

"Just give me your book, saya tolong dapatkan tanda tangan dia." cadang Thariq yang ke... Entah keberapa kali dah dia cadangkan aku tentang benda ni, aku  aje yang kerap tolak. Tapi hari ni aku nak cuba nasib. Mana tahu abang Ammar sangkut kat hati.

Ya Allah, Apa aku ni.

Aku mengangguk kepala tanda akur sambil tanganku bergerak seluk tote bag milikku. Hanya satu buku saja yang ada di dalam, yang lain aku tak bawa. Kalau bawa semua mengalahkan aku nak pergi sekolah pula.

Buku putih polos dihiasi bandar London itu aku geserkan ke arah Thariq. Dia ambil buku tersebut lalu di pandang dengan teliti di setiap incinya.

Aku sengaja nak bagi buku karya pertama milik abang Ammar, supaya dia tahu yang aku minat dia memang dah lama. Tanpa tahu dia siapa, tanpa lihat wajah dia atau susuk tubuh dia macam mana. Dengan cara penulisan dia saja dah buat aku tertarik.

"Buku lama dah ni, tapi still nampak baru." Wajah Thariq kelihatan teruja.

"Saya awet." balasku singkat. Thariq beri pandangan datar, spontan aku ketawa bila tengok reaksi dia.

"Gurau... Saya jagalah elok-elok. Wrap, letak dekat tempat tersembunyi sikit bila saya nak keluar or bila saya perlu baru saya ambil. Rumit kan? Tapi effort saya besar nak jaga buku ni." Aku tayang wajah bangga. Bukan senang nak jaga buku tau, buku kesayangan kena lah dihargai.

"Jaga buku aje dah elok macam ni, kalau jaga Ammar nanti. Mesti lagi bagus kan." Thariq senyum siring.

Aku terbatuk sederhana kuat, leher yang seperti di cekik itu aku urut perlahan. Thariq mula gelabah, dia hulur segelas air putih pada aku dengan keadaan tanganya terketar-ketar.

Suasana antara kami bertukar cemas seketika bila batuk aku masih tak reda juga. Mana tak tersedaknya, makan makanan pedas combine dengan ayat melarut Thariq.

"Ya Allah, Nur. Istighfar." kata Thariq.

Aku ketawa pendek seraya aku berdehem untuk betulkan pita suara. Sudah agak membaik dari sebelumnya, Thariq tunjuk muka lega sambil lepaskan keluhan berat.

"Tak ada baca Bismillah ke?"

"Awak tu lah!"

Thariq tunjuk diri sendiri dengan wajah selambanya.

"Saya? Kenapa dengan saya."

"Dah kenapa padankan saya dengan abang Ammar. Tak baik tau, kena hormat privasi dia... Saya taknak abang Ammar rasa tak selesa ada peminat macam saya ni." Aku huraikan sebab mengapa aku tersedak tadi.

Thariq geleng-geleng kepala, bibirnya terukir senyuman siring. Senyuman yang susah mahu di tafsirkan, nak mengejek atau ada niat lain.

"Untungnya Ammar ada peminat behave macam awak ni kan. Tak suka delulu." ucap Thariq.

Ayat akhir itu seperti kilat menyambar malamnya hari. Hampir-hampir hatiku remuk tapi memang betul lah apa Thariq cakap, peminat akan kekal jadi peminat. Tak boleh nak melebih.

Ingat Walidah, kau minat karya Ammar bukan Ammar!

"Saya lagi untung dapat kenal penulis macam abang Ammar. Sebab dia yang mampu mengubah saya yang dulunya pemalas nak baca buku tapi sekarang asyik berkepit dengan buku. Saya dapat jumpa sisi baik dari diri saya sendiri, saya belajar dari abang Ammar untuk hormat diri sendiri tanpa menunggu orang lain buat semua tu." terangku panjang lebar.

Thariq senyum pandang aku. Kali ini, senyumanya agak lebar dan lebih kepada terharu, nampak redup saja wajahnya memaparkan reaksi itu.

"Bagi saya... Abang Ammar umpama purnama, dan saya malamnya. Dia dah terangi malam-malam saya." sambungku lagi.

Tiba-tiba nak berpuitis di hadapan Thariq nasib dia pun melayan mood aku yang berubah-ubah.

Wajah Thariq berubah merah. Bibirnya tersengih-sengih mungkin dia terbawa-bawa perasaan kut, aku kan jarang nak sweet. Bila bagi ayat manis nampak macam cringe tapi baca lagi sekali baru nampak sweet. Cewah.

"Ayat-ayat awak dah terakam dalam minda saya. Kejap lagi nak jumpa Ammar, saya bagitahu." kata Thariq.

Thariq ni tak penat ke jadi postman aku. Tak rasa buang masa nak hadap muka aku dengan Thariq semata-mata nak jadi orang tengah. Kalau aku dah lama angkat tangan.

"Sweet tak saya?" Aku ketawa kecil sambil bertanya. Thariq mengangguk.

"Sweet macam baby tomato. Ada masam dan manisnya."

Seusai aku dengar pujian Thariq aku terus palingkan muka. Kat rumah aku kena panggil tomato, dengan dia pun tak lepas juga.

Ada apa dengan tomato.

---

Aku termenung jauh setelah melihat beberapa gambar di twitter yang menunjukkan susuk seorang penulis yang di kagumi ramai itu. Ammar Abdullah, yang kemas memakai kemeja berwarna maroon dan wajahnya ditutupi mask serta kaca mata hitam.

Misteri teruk.

Macam manalah peminat dia nak tahu yang itu adalah Ammar Abdullah. Aku sendiri pun mati kutu, tapi kalau perhati lama-lama bentuk badan dia tak jauh berbeza dari Thariq.

Nasiblah Ammar Abdullah ni jenis yang pakai topi. Kalau nampak rambut sekali mesti aku dah tersalah orang.

Purnama Terindah (COMPLETED)Where stories live. Discover now