BAB 21

205 12 0
                                    

"Dia dah berubah? Dah pakai purdah? Nur yang kau jumpa sebelum ni dah jauh berbeza dengan sekarang?"

Thariq mengangguk pasrah dengan pertanyaan Adam yang tak ada henti-hentinya. Kalau dia tahu Adam banyak soal macam ni, tak ingin dia berkongsi cerita.

"Hmm." singkat Thariq.

"Habis tu, kenapa kau tak tegur dia?" Adam pandang aneh kawanya itu.

"Belum masanya lagi kot. Nampak dia selalu mengelak bila jumpa aku." kata Thariq.

Kelakuan Arra yang selalu menghindar daripada Thariq itu buatkan dia tertanya-tanya. Mengapa Arra langsung tak membuka bicara padanya terlebih dahulu. Adakah dia segan atau memang kehendak hati ingin mengabaikan. Jujur, dia terasa hati bila Arra seolah-olah tak mengenalinya seperti selalu.

"Mana tahu dia malu kat kau... Kau pun janganlah ego tinggi sangat. Kang melepas haaa padan muka!" Gurau Adam. Pantas bantal sofa di humban ke arah wajah lelaki itu.

Buk!

Hanya ketawa terkekeh-kekeh yang Adam balas. Seronok bila dapat lihat kecemburuan yang membuak-buak dalam diri Thariq.

"Aku rasa, dia ada boyfriend. Tak pun tunang." Thariq meneka-neka, wajahnya terlihat sendu.

"Kenapa kau cakap macam tu?"

"Hari tu, aku terjumpa akaun Instagram dia. Nampak gayanya dia sekarang macam tengah aktif jadi pendakwah, ramai jugalah orang-orang yang hantar soalan dan dia jawab soalan tu tapi...." Thariq kemam bibir. Berat nak suarakan apa yang terbuku di hati.

"Tapi apa?" Kening Adam turut berkerut.

"Selain dia buat tu semua, dia kerap tulis ayat-ayat cinta."

"Ayat-ayat cinta? Maksud kau?"

Thariq menjeling. Tak semena-mena Adam jadi wartawan yang tak berbayar sekarang ni.

"Aku ada terbaca ayat cinta yang dia tulis untuk seseorang. Seseorang yang selalu dia rindu, her future husband dan segala macam. Panas hati tau aku baca tu semua." Jujur Thariq, wajahnya menampakkan perasaanya saat ini. Memang betul-betul tak senang hati bila dapat tahu yang Arra mungkin sudah dimiliki lelaki lain.

Adam mengangguk dalam keadaan mulutnya dibulatkan sedikit.

"Mungkin dia dah ada tunang kot. Sebab iyalah, imej dia pun dah berubah manalah dia nak ada boyfriend bagai baik tunang je tak pun kahwin terus. Ke jangan-jangan dia dah ada suami?" Tekaan Adam makin buat Thariq susah hati. Riak muka Adam yang bersahaja itu direnung berapa saat olehnya.

"Tak mungkin kot..." kata Thariq.

"Mana kau tahu?"

"Kalau dia dah ada suami mesti dia update kat sosial media, mesti dia bawa ke hulur ke hilir, ini tak, aku nampak Arra seorang je." Thariq cuba berfikiran positif. Menidakkan prasangka Adam.

"Kot-kot Arra tu jenis perempuan private but not secret. sejenis yang sorok suami lepastu tak nak heret suami dia ke sana ke mari." hujah Adam pula.

Thariq raup wajahnya kasar lepas itu disandarkan kepalanya pada sofa. Bukan ini yang dia harapkan bila berjumpa dengan perempuan yang mengusik hatinya itu. Bagaimana kalau tekaan Adam memang benar? Yang Arra sudah bersuami. Satu keluhan berat Thariq lepaskan, baru sahaja hatinya mahu berbunga-bunga dan merasakan wujudnya collywobbles¹ sudah dilanda perasaan khuatir.

-----

Mata yang agak lembab aku seka menggunakan tisu. Namun nafasku belum stabil dari esakan tangisan, setiap kali aku memandang kotak yang terampai di hadapan bank itu mesti air mataku mahu jatuh.

Purnama Terindah (COMPLETED)Where stories live. Discover now