BAB 12

203 12 0
                                    

Aku tenung siling bilik lama tanpa berkelip. Perasaan ku mula tak tentu arah, asyik berdebar kuat dari tadi. Seketika moment antara aku dan Thariq terlintas kembali di minda, yang awalnya pertemuan secara tak sengaja di kedai buku membawa persahabatan antara kami hingga ke hari ini.

Benarkah sahabat?

Kenapa aku rasa perasaan aku agak menyimpang dari kata sahabat tu?
Aku geleng-gelengkan kepala sambil tampar pipi sendiri.

"Enough Walidah..."

"Kau suka karya dia, bukan penulis buku tu! Get out of Ammar from your brain!"

"Kau suka buku, bukan orangnya... Nanti tak pasal-pasal kau mengiyakan kata Fika yang kau cintakan Ammar sebab tu kau kemaruk nak beli buku dia."

Macam-macam kata yang keluar dari mulut sendiri, andaian yang menenangkan hati agar aku tak berfikir secara berlebihan.

Aku ubah posisi baring ke duduk, tak tahu mengapa makin lama makin payah aku mahu aturkan pernafasan. Mungkin terlalu cemas membuatkan denyutan jantung ku mulai tak stabil.

Ting!

Telefon yang menyala mencuri perhatianku. Nama yang terpapar aku baca dengan sekilas, satu pesanan aplikasi Whatsapp dari Thariq masuk ke peranti telefon ku.

Thariq
Dah tidur? Kalau saya call sekejap boleh?

Waktu-waktu aku gelabah macam inilah Thariq nak telefon bagai. Tak boleh nak tunggu esok ke?

Aku kemamkan bibir sambil mata berlegar ke kiri dan kanan. Cuba cari ayat yang sesuai untuk tolak panggilan Thariq secara halus, bukan aku tak nak bercakap dengan dia cuma aku masih dalam gelabah. Tak pasal-pasal nanti dia dengar suara gagap aku.

Baru saja jari nak mendarat ke skrin telefon, tiba-tiba panggilan darinya muncul. Aku belum bagi jawapan pun lagi boleh call ke tidak, kalau nak terus telefon macam ni baik tak payah tanya.

Memang suka buat hal pakcik Thariq ni sebenarnya.

Pita suara aku betulkan dengan cara berdehem sebelum angkat panggilan daripada dia.

Bismillah.

"Hello?" Aku berlagak tenang.

"Assalamualaikum."

ucap Thariq perlahan. Aku tahan bibir dari senyum.

"Waalaikumusalam, kenapa call?"

"Garangnya. Saya ganggu awak nak tidur ke?"

"Ha'ah."

Thariq ketawa pendek. Seketika aku julingkan mata ke atas, pasrah aje lah dengan dia yang suka ketawa tak tentu pasal.

"Awak tak pandai nak tipu saya."

"Sejak bila saya tipu?"

"Bukan ke awak payah nak tidur waktu malam? Sekarang pukul 10.43 malam, awal sangat awak ngantuk hari ni eh."

Asudah! Ini lah pasal kalau semua benda dah bagitahu kat dia. Nak tipu sikit pun tak boleh.

"Yelah, kenapa call saya?"

"Esok saya ambil awak pukul 11.00 pagi boleh?"

"Rasanya saya nak keluar dengan Fika dulu lah esok. Awak boleh jumpa saya kat tempat biasa."

Sengaja nak cari alasan. Biarkan aku tenangkan hati dulu dengan Fika, aku tak nak buat Thariq terasa hati kalau-kalau layanan aku tiba-tiba berubah terhadap dia.

Purnama Terindah (COMPLETED)Where stories live. Discover now