BAB 33

213 10 1
                                    

"Abang."

Arra menghampiri Thariq yang sedang duduk di area tempat bekerjanya. Sibuk menekan komputer berselang dengan telefon.

"Ya." Sahutnya.

Arra duduk di sofa yang ada, bersebelahan dengan mini office milik Thariq. Berdua hati patutkah dia suarakan kecurigaanya itu, nanti kalau Thariq marah lagi macam mana?

"Ada apa manja?" Ulang Thariq. Pantas Arra menggeleng.

"Tiada apalah."

Thariq berhenti buat kerja dan pusingkan bangku beroda itu agar menghadap ke arah isterinya.

"Nak tanya apa? Tanyalah... Abang bukanya makan orang." Thariq senyum kelat.

"Abang tak beritahu saya pun yang semua stok buku abang terjual habis." Katanya, Thariq kerutkan kening.

"Apa keperluanya awak nak tahu?" Tanya Thariq aneh, Arra mencebik.

"Perlu lah... Saya kan isteri abang. Ini berita gembira kenalah kongsi bersama, pembaca abang yang lain abang beritahu pula melalui Twitter. Mana aci." Arra merengek kecil.

"Tak habis-habis nak cemburukan pembaca abang. Abang kenal mereka dulu tau berbanding awak, mereka ada setiap kali buku abang laris dijual... Awak tak perlu pun nak soal lebih-lebih, awak isteri abang patutnya awak support apapun kerja abang. Bukanya curiga tak tentu pasal." Tuturnya dengan nada sedikit meluat.

Arra terdiam. Anak matanya menatap Thariq yang menunjukkan raut muka yang berbeza dari sebelum-sebelum ini. Dia rindukan Thariq yang sentiasa berlembut denganya, bukan seorang Thariq yang selalu melukakan perasaanya.

"Tolong hormat abang sebagai suami awak. Awak dah jadi isteri, buanglah sifat keanak-anakan awak tu... Abang hormati kerja awak, tak pernah sentuh sikit pun tentang pembaca awak walhal ada saja pun pembaca dari kalangan lelaki. Jadi abang harap, awak buat benda yang sama kat abang." Sambungnya lagi setelah beberapa saat menyepi.

"Faham tak?"

Arra angguk.

"Faham, abang."

Thariq menghela nafas panjang lalu menyambung kerjanya semula tanpa menghiraukan hati Arra yang sudah hancur berkecai. Dengan perlahan Arra pergi dari tempat itu dan menuju ke dapur, tak habis-habis airmatanya mengalir setiap kali dilontarkan kata-kata tajam dari suaminya.

Hanya kerana satu kesalahan, Thariq tak berhenti mengguris perasaanya. Entah apa yang dia patut lakukan agar Thariq kembali seperti dulu.

Kalau dulu, Thariq selalu berkongsi apapun cerita dengannya. Walaupun hal remeh, dia tetap ceritakan pada Arra. Tapi kenapa hari ini hal itu menjadi perdebatan mereka berdua? Apa yang dia tahu dia berkahwin dengan lelaki yang dicintainya, bukan lelaki paksaan keluarga.

----

Gerak geri Thariq yang sedang sibuk menggayakan rambutnya itu ditenung lama oleh Arra. Hari ini adalah hari di mana Thariq akan berjumpa dengan para pembacanya, kerana inilah munculnya titik pertengkaran antara mereka berdua sudah berminggu lamanya namun Thariq kelihatan masih tak berpuas hati.

"Segaknya." Puji Arra sambil membetulkan baju yang sudah tersarung kemas di tubuh suaminya itu.

Thariq hanya memperlihatkan senyuman siringnya, bangga.

"Betul ke tak nak ikut?" Tanya Thariq.

"Tak apalah, lagipun tak ada fungsi pun saya kat sana... Abang kan nak beramah mesra dengan penggemar abang." Kata Arra.

"As you ask, then fine." Thariq tidak memaksa.

Arra cuma diam. Melihat tingkah Thariq yang terlalu ketara tak sabar nak bersua muka dengan mereka, sudah lama dia tak nampak Thariq seperti ini sayangnya tingkah laku gelabahnya itu bukan untuk Arra tapi untuk penggemarnya.

Purnama Terindah (COMPLETED)Where stories live. Discover now