BAB O7

234 14 0
                                    

"Cepatlah!"

"Isy sabar lah, kau ni kalut sangat apahal."

Aku memandang disetiap kereta yang lalu lalang. Nafas yang tercungap-cungap dengan perlahan aku atur. Ini semua Thariq punya pasal! Ingat aku boleh lah rehat sekejap kat rumah hari ni, ini tidak. Tiba-tiba nak telefon suruh kita datang kafe hari tu.

Katanya nak jumpa sebelum dia terbang ke London.

Mengada.

"Rambut aku okay tak?" tanyaku pada Fika.

Fika teliti rambut aku yang terikat kemas itu, lalu dia anggukan kepala.

"Okay aje. Lawa dah ni." Fika mengipas-ngipas wajahnya guna tangan. Habis wajah dia berpeluh, sebab aku ajak dia lari-lari pergi tempat ni supaya tak lambat.

Keluar dari rumah lawa, sampai sini dah jadi gelandangan. Kami lah tu.

"Nur!"

Aku pandang kiri kanan mencari pemilik suara tu. Semestinya suara Thariq siapa lagi, cuma aku tak nampak dia kat mana sekarang ni.

"Itu ke?" Fika tepuk bahu aku sekilas lalu dia juihkan bibir ke depan. Aku melihat arah yang dia maksudkan, dan figura Thariq jelas di depan mata sedang melambai-lambai pada aku.

Aku balas lambaian dia versi sedikit hyper. Aku lihat Thariq ketawa mengekek dari jauh, tanpa berlengah dia aturkan langkah kaki menuju tempat aku berdiri.

Bila kami sudah berhadapan satu sama lain, aku lirik seorang kawan dia kat sebelah. Thariq seakan faham dan terus peluk bahu lelaki tu.

"Ini kawan saya." Senyumnya.

"Ammar ke?" Aku dekatkan diri lalu berbisik. Thariq ketawa halus.

"Tch, bukanlah. Awak ni... Takkan Ammar nak tunjuk diri macam tu aje." kata Thariq.

Aku mengangguk faham. Betul juga apa yang dia cakap, takkanlah semudah itu Ammar nak reveal diri sendiri dekat depan aku.

Siapalah aku ni.

"Hi, saya Adam." Dia perkenalan diri. Aku balas senyumanya.

"Awak boleh panggil saya Arra."

"Thariq banyak cerita kat saya tentang awak." ucapnya sebelum Thariq siku perut milik Adam. Sampai merengek member dibuatnya, kasarnya pakcik Thariq ni.

"Dah... Awak tak payah dengar dia. Kerja Adam memang suka melarut." jeling Thariq.

Aku senyum bersahaja, suka tengok persahabatan mereka. Dan aku pun hampir terlupa nak kenalkan Fika pada Thariq dan Adam. Kesian dia duk berdiri seorang diri kat belakang.

"Ini kawan saya juga. Fika."

"Hi." Fika senyum sewajarnya lalu diam menyepi bermakna tak berminat dengan kawan-kawan baru aku.

Fahamlah, dia kan muslimah sejati. Fika takkan berkawan dengan seseorang yang berlainan jantina. Bukan mahram katanya.

"Bila nak flight?" Aku mengubah topik isi perbualan kami agar tak kaku terlalu lama. Thariq spontan mengerling jam tangan berwarna coklatnya itu.

"15 minutes to go." jawabnya.

"Sempat ke nak drive ke airport?" soalku lagi. Thariq angguk.

"insyaAllah sempat. Saya nak jumpa dia ni... Tak ada apa-apa notes ke yang awak nak bagi kat Ammar?" Thariq angkat kening. Aku diam sejenak sambil tayang riak muka berfikir.

Nak bagi apa eh?

"Kirim salam... Kot?" kataku teragak-agak.

"Itu je?"

Thariq pandang aku tak percaya. Aku mengangguk.

Itu aje lah nak cakap apa lagi, kang aku bagi ayat manis geli geleman Thariq dan Ammar nak dengar.

"Tak nak bagitahu yang awak fans nombor satu dia ke apa? Or good luck?" Thariq masih mendesak. Aku julingkan mata ke atas.

"Good luck untuk apa, memang abang Ammar dah berjaya pun dalam hidup dia." ujarku. Thariq gelengkan kepalanya tanda menidakkan.

Salah ke aku cakap?

"Selagi seseorang itu masih bernafas di dunia, kita belum boleh tentukan dia berjaya atau pun tak."

Aku terkedu seketika sebaik saja mendengar apa yang Thariq kata. Lama aku nak mencerna apa maksud disebalik ayat itu. Dan pada akhirnya aku menanti penjelasan dari Thariq sebab aku tak faham.

Eheh, bengap.

"Faham tak?"

"Tak." jawabku terus terang. Thariq garu kening yang tak gatal, mungkin beliau rasa kesian sebab dapat kawan macam aku.

"Bila seseorang itu mati dalam husnul khotimah, banyak amal ibadahnya sehingga Allah menempatkan dia di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. insyaAllah dialah orang yang berjaya dalam hidup." jelasnya panjang lebar.

Secepat kilat aku faham apa yang dia hendak sampaikan. Kepala aku terangguk-angguk, alhamdulillah dapat ceramah percuma hari ni daripada ustaz Thariq.

Boleh tahan ya cara dia berdakwah, bersahaja.

"Faham. Terima kasih sebab terangkan." Aku senyum lebar, Thariq alihkan pandanganya ke tempat lain bila anak mata kami bertembung. Pipinya agak merah merona.

Untungnya ada kawan macam Thariq. Yang ajak aku sama-sama ke syurga.

Ceh, cringenya.

"Well... I have to go." Thariq menghela nafas panjang.

"Have a safe flight Thariq, jangan lupa sampaikan salam saya dekat abang Ammar... Bagitahu dia semoga abang Ammar diberikan jodoh yang terbaik antara yang baik." Dengan nada yang sedikit sayup-sayup aku titipkan doa untuk Ammar.

Bukan nak sedih cuma nak tahan sebak aje.

"Kenapa doakan dia tentang jodoh pula?" Kening Thariq berkerut.

"Sebab lelaki sebaik abang Ammar layak dapat perempuan yang sama baik dengan dia. Saya tak reda kalau-kalau abang Ammar berkahwin dengan perempuan yang kurang baik akhlaknya, semoga Allah jauhkan." tuturku.

Setiap dari kita, mesti nak tengok seseorang yang kita 'adore' tu dapat pasangan yang baik-baik belaka. Yang sekufu dari segi amal ibadah dan iman seseorang tu, tak boleh bayangkan kalau Ammar dapat perempuan yang pemalas lepas tu ada penyakit yang jenis malas nak belajar agama juga. Pergh ruginya hidup.

Thariq dan Adam ketawa serentak. Aku hanya mampu menjeling, mula lah tu nak bahan aku.

"insyaAllah Aamiin. Kot-kot dia dapat perempuan macam awak dijadikan isteri, apa pendapat awak?" soal Thariq tiba-tiba.

Dia nak cuba bagi aku soalan KBAT. Kemahiran berfikir aras tinggi yang tak seberapa nak tinggi.

"Boleh lah yang penting perempuan tu kena perbaiki diri dia dulu, tak boleh lah bawa beban pergi abang Ammar nak ajar dia pasal ilmu ugama bagai. Itu basic." balasku dengan wajah yang berlagak.

Padahal diri sendiri pun tak tahu basic agama. Kemain kau judge orang ye Walidah. Nama tak seindah perangai kau ni.

Manakala Thariq masih ketawa terbahak-bahak di hadapanku. Entah di mana kelakarnya ayat aku tu, tapi aku tak hairanlah. Thariq memang sejenis yang mudah terhibur orangnya.

Selepas itu, Thariq dan Adam memutuskan untuk tinggalkan kafe ini. Mereka tergesa-gesa mahu ke airport sebab sudah kesuntukan masa. Mana taknya, seronok berbual. Dah tahu masa tu singkat sibuk nak ajak orang membawang.

Tapi... Tak dinafikan, sedih lah juga. Lepas ni tak ada dah terserempak dengan aku kat kedai buku macam selalu.

Terpaksalah menghadap muka si Rizal aje.

Purnama Terindah (COMPLETED)Where stories live. Discover now