BAB 18

199 12 0
                                    

Mesej dari Thariq aku geser ke tepi, lalu skrin di matikan. Belum ada kekuatan sepenuhnya untuk membalas satu persatu mesej dari pakcik Thariq tu, dah lah aku menahan pedihnya senggugut waktu-waktu macam ini, tentu-tentu aku jadi singa nanti kalau bertemu empat mata dengan Thariq.

Walaupun aku dah tahu Thariq adalah Ammar dan Ammar adalah Thariq. Tapi aku lebih selesa panggil dia sebagai Thariq, tak tahulah kenapa. mungkin sebab nama itu yang pertama kali meniti di bibir ku dan aku sebut di dalam do'a.

Lah tibe.

"Arra!"

Mataku pantas melirik ke arah pintu bila mendengar laungan ummi diiringi dengan ketukan sederhana kuat.

"Kenapa ummi?" soalku.

"Buka dulu."

Arahan ummi aku turuti. Kunci pintu aku buka lalu tombol pintu aku pulas seadanya dalam keadaan masih berbaring. Mujurlah katil berhampiran pintu saja, tak perlu nak bangun lepas tu berjalan bagai.

Pemalas tak boleh nak bawa bincang.

Ummi muncul di permukaan pintu sambil anak mata melirik pada aku yang terbaring seperti menahan kesakitan.

"Kenapa ni?" Ummi mula bertanya.

"Sakit perutlah, ummi." jawabku dengan nada yang sedikit serak.

"Yeke sakit perut?"

Aku terdiam sejenak seraya pandang ummi dengan riak muka aneh. Kening aku kerutkan sedikit, dah kenapa tak percaya anak sendiri ni.

"Yelah sakit perut. Kenapa, ummi tak percaya ke?" tanyaku.

Ummi menghela nafas panjang dan mula labuhkan punggung dekat birai katil tepat di samping aku baringkan diri.

"Bukanya tak percaya, kamu tu suka sangat nak berlakon sakit kalau tak nak buat sesuatu." seloroh ummi selamba.

Aku mencebik. Tak dinafikan, itulah kerja aku dulu kalau mengelak tak nak pergi sekolah. Pura-pura sakit perut, segala macam sakit dalam badan tiba-tiba kambu. Nasiblah sekarang dah taubat sikit.

"Kali ni orang sakit betul-betul lah ummi. Tak nampak ke muka Arra ni lesu aje, tak larat nak bangun." adu ku.

"Yang sakit perut tapi tak baca pun mesej Thariq."

"Nak usik dia sikit... Ummi janganlah duk back up orang tua tu." Aku cuba untuk duduk lalu bersandar dekat kepala katil.

"Tak ada siapa nak back up pun cuma Thariq suruh ummi sampaikan pada kamu yang dia dah fly semula ke London. Tadi dia datang sini nak jumpa kamu, tapi kamu banyak sangat alasanya." tutur ummi.

Aku tolehkan kepala mengejut ke arah ummi dengan mata melopong.

"Apa? Tha...Thariq dah pulang ke London?" Aku mengulangi kata itu inginkan kepastian dari ummi.

Ummi anggukan kepala.

"Kenapa tak bagitahu Arra?!" Tanganku menggapai telefon dengan cepat. Beberapa mesej daripada Thariq terpapar jelas di kornea mataku.

Arra tertunduk sambil pejamkan mata serapatnya. Terbit penyesalan di hati kecilnya kerana mengabaikan Thariq selama dua hari sehinggalah ke hari ini. Mesej terakhir dihantar padanya hanyalah ucapan salam dan berharap mereka bertemu lagi di tahun hadapan.

"Dah lah, jangan nak sedih-sedih. Siapa suruh kuat sangat merajuk." Puan Rumiyah mula bersuara bila melihat reaksi anak perempuannya itu. Hampir-hampir saja air matanya jatuh berjurai, macam-macam perasaan yang dirasai olehnya saat ini.

Kejamkah dia? Adakah gurauanya itu keterlaluan?

"Arra nak usik dia je." Matanya mula bertakungkan cecair jernih.

Purnama Terindah (COMPLETED)Where stories live. Discover now