BAB 32

200 8 2
                                    

Tiga hari sudah berlalu. Masih belum ada kata sepakat antara Thariq dan Arra. Masih dingin dan tak mahu bertegur sapa masing-masing melayan ego mereka namun begitu Arra tak lupa tugasnya sebagai seorang isteri. Dia masih menyiapkan disetiap keperluan suaminya, hari makin hari marahnya juga turut reda cuma dia masih menanti pujukan dari seorang suami.

Hanya itu yang dia mahukan. Takkan Thariq masih tak faham.

"Hahaha.."

Arra melirik ke arah Thariq yang sedang duduk di meja kerjanya sambil menekan-nekan telefon. Tak lekang tawa dari bibirnya seketika tanpa disedari Arra turut tersenyum melihatnya.

Entah apalah yang digelakkan sangat tu, tak nak kongsi pun dengan kita.

Memandangkan hari sudah larut malam, Arra pun berkemas-kemas ingin tidur. Selimut tebal itu ditepuk lalu dibetulkan sebelum ditarik hingga ke paras dada. Lampu meja tidur dimatikan dan hanya lampu di meja kerja Thariq saja masih menyala.

Jujur, dia rindukan Thariq. Tapi sebagai seorang isteri tak salah pun untuk dia meminta waktu suaminya, tanpa adanya gangguan kerja. Kalau Thariq boleh lakukan itu semua untuk penggemar kenapa tidak dia? Arra seorang isteri yang sah disisi agama dan pandangan Allah. Atau perlukah dia menegur tindakan Thariq? Itu sudah jatuh melampau, Thariq tahu hukum hakam sudah tentu dia lebih ahli dalam melakukan suatu perkara tanpa harus membelakangkan hukum Allah.

Ketika itu, Arra masih berjaga. Hanya saja dia banyak mengelamun sehinggalah dia terasa katil agak menurun disebelahnya menandakan Thariq sudah ada di samping. Keadaan bilik juga sudah berubah malap, terdetik di hatinya mahu berbaik dengan suaminya. Masuk hari ini sudah masuk empat hari mereka bermasam muka.

Arra tak mahu angkara sifat cemburunya yang melulu itu membuatkan dia menempah tempat percuma di neraka. Walau apapun sifat dan keburukan Thariq, dia haruslah berlapang dada untuk menerima semuanya. Dia menganggap semua itu hanyalah ujian baginya.

Perlahan dia mengubah posisi untuk berhadapan dengan Thariq. Kelihatan Thariq memejam matanya rapat. Sudah terlena, mungkin.

Tangan Thariq dipegang lembut. Namun tiada sebarang reaksi dari suaminya.

Arra seakan faham mungkin Thariq sudah tidur terlebih dahulu, tangan Thariq diusap dengan penuh rasa bersalah yang terkandung di jiwa. Bukan malam ini, namun dia masih ada hari besok untuk memujuk Thariq.

"Selamat malam, abang." Ucapnya.

Thariq mendengar itu semua tapi dia lebih memilih untuk diam dan berpura-pura tidur. Satu kepuasan terbit di dalam lubuk hatinya bila Arra yang menyapanya dahulu.

Ego.

----

Senyuman lebar Arra pamirkan. Berpuas hati melihat hasil masakan sendiri, awal pagi lagi dia berperang dengan kuali dekat dapur. Masak makanan kegemaran suaminya tanda meminta maaf dan mahu memujuk.

Selama tak bertegur dengan Thariq, tak pernah lagi dia menghabiskan manuskrip yang tertunggak. Dia biarkan terkandas begitu saja, baginya waktu bersama Thariq itu jauh lebih penting berbanding kerjayanya. Mungkin dia terleka selama ini, sebab itulah dia mahu memikat hati Thariq semula dan berniat akan perbetulkan apa juga kesilapanya.

Pintu bilik kedengaran ditutup. Tanda Thariq sudah bersiap mahu pergi ke kerja, lekas Arra menuju ke kisi tangga. Menunggu kedatangan Thariq.

Setiba sahaja Thariq di kornea mata, Thariq langsung tak melihat Arra. Hanya wajah dingin yang dipaparkan, gerakanya pula seakan tergesa-gesa.

"Err... Abang. Saya ada masak tau, kita sarapan dulu nak?" Dia teruja mengejar langkah suaminya itu.

"Abang nak cepat. Ada meeting, awak sarapan lah dulu, abang boleh sarapan kat office." Balasnya selamba yang mula menyarung kasut kerja.

"Saya ada masak nasi goreng favorite abang... Nak saya bekalkan abang tak?" Soal Arra lagi, Thariq cuma menggelengkan kepala.

Arra pasrah, tangan yang basah dia lap ke hujung baju sebelum menyalam tangan Thariq.

Tangan kanan Thariq itu dikucup lembut, dia dekatkan dahi untuk dicium oleh Thariq seperti selalu tapi hari ini layanan Thariq agak hambar. Tiada satu kucupan pun yang mendarat ke dahinya sebaliknya Thariq masuk ke dalam kereta tanpa menoleh ke arah isterinya semula.

Bibir Arra mula bergetar. Tangisnya hampir pecah, teruk sangat ke apa yang dia buat sampai Thariq beri layanan seperti ini. Besar sangatkah dosanya.

Thariq lihat kelibat Arra dari pantulan cermin pandang belakang. Arra masih berdiri tegak di hadapan gate rumah mereka. Kepalanya menggeleng-geleng perlahan.

"Maafkan abang, bukan niat abang nak buat awak macam ni. Tapi abang nak bagi awak sedar, sifat degil awak tu dah melampau dan tak semua boleh terima." Getusnya yang kembali fokus memandu.

----

"Dah isyak macam ni, tak pulang-pulang lagi. Selalunya petang lagi dah sampai." Risau Arra. Matanya mengerling ke arah jam dinding. Telefonya dari tadi cuba menghubungi Thariq tapi satu panggilan pun tak terjawab.

Knock. Knock.

"Panjang umur." Arra pantas bangun dan tuju pintu utama.

Sebaik saja pintu dibuka, Arra hadiahkan senyuman lebar ke arah suaminya. Tanpa menyoal kenapa dan mengapa dia lambat sampai ke rumah hari ni. Dia letih nak terus menerus bertarik muka, tak salah pun untuk dia merendahkan egonya kali ini. Lelaki yang ada dihadapanya kini adalah suaminya bukan kawan lelakinya seperti dulu, gelaran itu sudah berubah.

"Assalamualaikum." Ucap Thariq, mula melangkah masuk ke dalam.

"Waalaikumusalam."

Thariq duduk di sofa ruang tamu, rehatkan badan sebentar sebelum membersihkan diri.

Arra mengambil tempat di sebelah Thariq. Hujung lengan kemeja milik Thariq di tarik perlahan oleh Arra sehingga Thariq menoleh seraya kening dijengketkan.

"Nak apa?" Soalnya datar.

"Saya minta maaf."

"Salah awak apa? Awak tak ada salah pun dengan abang." Jawabnya acuh tak acuh.

"Saya cemburu melulu dan tak faham kerja abang, saya akui semua tu silap saya sendiri. Abang janganlah macam ni. Dah lebih tiga hari kita tak bertegur satu sama lain, saya taknak tempah neraka. Sabda Nabi, tidak halal bagi seorang muslim untuk tidak bertegur satu sama lain melebihi tiga hari. Riwayat Muslim 2560." Tuturnya berserta hadis di hadapan Thariq.

Thariq tersengih-sengih umpama mengejek.

"Pandai pula nak bagi abang hadis. Waktu lawan cakap abang tempoh hari tak pula ingat hadis." Perlinya.

Arra tertunduk malu. Bibirnya tak boleh membalas kata-kata itu, hatinya saat ini seperti di carik-carik. Perlukah dia disindir? Besar sangatkan kesalahanya itu? Ya Allah, bukanya aku menolak ujianmu tapi...

Sakit... Sungguh sakit.

"Abang maafkan awak. Jangan ulang kesilapan tu semula, sedegil-degil walidah... Lebih degil Ammar Abdullah tahu?" Sinisnya.

Arra tergamam. Air liurnya ditelan secara paksa, masih tak percaya bahawa lelaki yang bersamanya ini adalah lelaki yang sama duduk berduaan denganya beberapa tahun lalu. Sangat berbeza, tiada lagi tutur lembut dan manja yang dia lontarkan.

Adakah Thariq terluka dengan sikapnya hingga Thariq melayanya sebegini.

Atau, itu hanya alasan semata.

Purnama Terindah (COMPLETED)Where stories live. Discover now