BAB 28

231 10 0
                                    

"Lepas bertandang rumah mama, kita stay beberapa hari aje lepas tu balik sini semula tau." kata Thariq, Arra yang sedang bersiap itu melirik sekilas.

"Tak cepat sangat ke kita balik? Nanti mama papa terasa hati pula." tanya Arra.

Thariq dekatkan diri pada Arra, kedua bahu isterinya itu disentuh dari belakang lalu mereka saling berpandangan melalui pantulan cermin.

"Abang banyak kerja nak siapkan. Ramai clien yang abang kena handle." Ujarnya seraya menggapai purdah milik Arra yang sudah terletak rapi di atas birai katil.

"Let me help you." Thariq tayang sengih lalu mula pakaikan purdah itu pada Arra, talinya diikat kemas.

"Abang jangan busy kerja aje, abang kena bijak bahagi masa sekarang ni... We have family." kata Arra lagi.

Thariq ketawa pendek, kepalanya menggeleng-geleng mendengar leteran dari Arra. Macam mak-mak bagi nasihat, kadang dia pelik juga isteri dia ni... Perempuan berusia 20an atau sebaya dia sahaja.

"Menurut perintah, yang Arif." Thariq ketawa pendek melihat reaksi Arra yang sudah menjeling, lantas pipi isterinya itu menjadi tempat dia melepaskan geram, dicubitnya sederhana kuat.

"Abang! Sakitlah, ya Allah." Rungut Arra.

"Abang tunggu awak kat luar." Thariq masih dengan sisa tawanya sambil mengatur langkah kakinya.

Keluar sahaja dia dari bilik, Thariq lemparkan senyuman ke arah Puan Sahiba dan Encik Mohamad yang sedang duduk di ruang tamu.

"Ummi, abah." Tegurnya sebelum duduk.

"Isteri kamu mana?" Soal Encik Mohamad.

"Tengah bersiap, kejap lagi keluar lah tu."

Dia masih menayang senyum di bibir, Thariq bersyukur dapat ibu dan ayah mentua sebaik mereka. Yang memahami perasaanya dari sebelum berkahwin hingga sudah sah menjadi suami Arra, mereka berdua melayani Thariq tak ubah seperti anak sendiri dan Arra pula yang menjadi menantu mereka. Tapi... rasanya tidak ada yang harus di pandang aneh sudah memang begitu lumrahnya.

"Sebenarnya... Tak terkira rasa syukur yang Abah dan ummi rasa sekarang bila bermenantukan Thariq. Alhamdulillah, tak salah juga pilihan abah." Kata Encik Mohamad diiringi ketawa pendek.

"Maksudnya abah memang berkenan nak jadikan Thariq menantu ke?" tanya Thariq teruja, Encik Mohamad mengangguk kepala.

"Betul cuma... Iyalah tak tunjuk depan isteri kamu, manalah tahu waktu itu dia tak berkenan kat kamu kan. Tapi doa ibu bapa itu makbul alhamdulillah Arra pun memang suka juga kat Thariq. Allah permudahkan segalanya." ujar Encik Mohamad.

Terbit satu senyuman rasa bahagia di bibirnya. Benarlah apa yang orang kata, sebelum nak pikat anaknya pikat hati orang tuanya dahulu. Supaya apa? Supaya Allah tanamkan keredhaan di hati mereka dan mudahlah ke langkah seterusnya.

----

Arra buang pandanganya ke luar tingkap kereta. Matanya redup memerhati beberapa pengemis yang tertidur lena beralaskan beberapa kotak, ada juga di kalangan mereka yang sedang menjamah makanan yang diberi oleh orang-orang yang lalu berhampiran situ.

Hal itu menarik perhatian Thariq, seketika bibirnya tersengih.

"Fikir apa tu? Jauhnya isteri abang termenung." Thariq mula membuka suara.

Arra keluarkan suara tawanya yang agak kaku namun kedengaran halus. Kini anak matanya menatap wajah si suami yang berada di sebelah.

"Tak adalah." Jawabnya singkat.

"Awak teringat dekat lelaki kurang siuman yang awak selalu bantu tu eh?" Teka Thariq, Arra bulatkan mata. Keningnya berkerut walaupun dia sedang mengenakan purdah namun Thariq boleh tahu riak muka disebalik purdah itu, pelik semacam.

Purnama Terindah (COMPLETED)Where stories live. Discover now