BAB 13

191 14 0
                                    

"isy, kau ni kan! Buat malu aje lah. Jom lah kita pergi dari sini Walidah!"

Fika tak berhenti merengek dekat sebelah, namun tak di endahkan. Arra fokus melihat susuk seorang lelaki yang kurang siuman duduk di hadapanya saat ini sambil menikmati nasi bungkus yang dia belikan tadi untuk lelaki itu. Satu senyuman bahagia terbit di bibirnya.

Mungkin bagi segelintir mereka malu mahu duduk bersama orang kurang siuman yang kotor dan mengeluarkan bau kurang menyenangkan tapi Arra tidak begitu. Dia selesa untuk berbual dengan lelaki itu tanpa segan silu.

"Lepas ni, jangan kutip tin lagi tau? Duit ni kau boleh guna sampai esok. Jangan bazir." ucap Arra. Lelaki itu mengangguk laju seraya tersenyum di hadapan Arra.

Fika geleng-geleng kepala. Tanganya sudah menutup wajah sendiri, malu bila orang ramai memerhati perbuatan mereka dari tadi.

"Walidah, aku tunggu kau kat hujung sana tau." Fika menjeling dan terus pergi meninggalkan Arra dan lelaki kurang siuman tersebut. Arra hanya diam memerhati kelibat Fika yang sanggup berpanas terik di hujung bangunan berbanding berdiri di sini bersamanya, satu tanda tanya terbit di ruang hatinya.

Perlukah sebagai manusia kita harus memperlakukan seseorang itu sesuai kasta mereka? Adakah orang yang tak waras akalnya dijanjikan untuk dilayan seperti ini? Mereka juga manusia, hamba Allah. Mereka sendiri pun tak pernah meminta agar nasib mereka jadi seperti ini.

"Lama tak nampak kau." Lelaki itu bersuara.

"Aku dah berhenti sekolah... Nanti kalau kau nampak budak sekolah lain, jangan kejar tau." balasnya dengan harapan lelaki kurang siuman itu akan memahami arahanya. Tidak mengejar atau menggangu budak sekolah dengan melulu.

"Kalau kau nak makan untuk malam pakai aje duit ni. mungkin lepas ni lama lagi kita nak jumpa... Ingat! Jangan ganggu orang."

Lelaki itu senyum dan tunjuk ibu jari tanda okay. Dia masih menikmati makanan yang Arra belikan untuknya di kedai mamak tadi. Arra tersenyum lebar dan mula angkat punggung, sedia mahu beredar dari situ.

"Semoga Allah jadikan kau orang yang kaya raya... Allah akan jaga kau dan sayang kau macam mana kau sayangi dan jaga hambanya yang lain. Aamiin!"

Arra ketawa halus setelah mendengar doa yang lelaki itu panjatkan seraya tanganya di tadah dengan setingginya sambil menatap arah langit. Arra mengangguk setuju, hatinya senang apabila dia dapat mengenyangkan perut seseorang yang dari malam tadi berikat perut.

"Aamiin ya Allah." ucap Arra sebelum berlalu pergi. 

Dengan perlahan Arra mengatur langkahnya untuk mendekati Fika. Sempat dia menoleh ke tempat tadi dengan perasaan simpati, matanya berkaca seketika.

"Dah jumpa boyfriend?" perli Fika tiba-tiba.

"Dah." jawab Arra acuh tak acuh, sudah muak dengan ayat Fika bila setiap kali dia bertemu orang kurang siuman itu pasti Fika akan menggelar lelaki itu boyfriend Arra.

"Tch tch tch... Kau ni kan, boleh pula kau duduk stay dengan dia. Dah lah siap berdo'a bagai, kau layankan aje lah dia tu tak lama dengan kau kau sekali jadi kurang siuman." omel Fika dengan nadanya yang kasar. Arra tayang senyuman siring.

"Allah tak pernah memandang siapa yang berdo'a. Boleh jadi Allah akan makbulkan doa lelaki itu sepantas kilat... Orang gila lebih baik daripada orang yang suka menghukumi orang lain." kata Arra yang sengaja menujukan ayat itu pada Fika.

Fika telan air liur kelat, terpukul dengan sindiran Arra. Wajah temanya itu dia lirik sekilas yang tengah pandang hadapan tanpa reaksi apa-apa.

"Macam... Macam mana orang gila tu boleh kenal kau eh? Dulu waktu sekolah dia kenal kau dari beg sekolah yang kau pakai. Well waktu tu kau aje yang guna beg merah dengan simbol playboy kau tu kan."

Purnama Terindah (COMPLETED)Where stories live. Discover now