BAB 25

171 14 1
                                    

"Tahniah weh, akhirnya kahwin juga kau. Tinggal lah aku jadi bujang terlajak seorang-seorang." kata Adam sambil berjabat tangan dengan Thariq yang ketika itu sedang berdiri di halaman rumah, beramah mesra dengan tetamu yang hadir.

Thariq tayang sengih. Berseri sahaja wajahnya, makin naik seri wajah pengantin. Siapa pun memandang pasti akan faham wanita yang dia kahwini saat ini adalah benar-benar cinta sejatinya.

"Alhamdulillah... Allah permudahkan. Walaupun aku kena berkorban dua tahun untuk cari dia kat mana. But finally, dia dah jadi Isteri aku sekarang ni." Thariq memanjat syukur.

Adam mengangguk tanda setuju. Kelibat Arra dijeling sekilas.

"Isteri kau sekarang beza eh dengan Arra yang kita jumpa dulu."

Thariq tolehkan kepalanya ke belakang untuk melihat Arra, lalu dia tumpukan perhatian semula pada kawanya itu.

"Maksud kau?"

"Yelah. Dingin sangat, tak gila-gila macam dulu sejenis banyak celoteh."

Thariq ketawa pendek.

"Biasalah tu. Dia dalam proses berhijrah ke arah kebaikan lagi-lagi dengan pakaian macam tu pakai purdah dan tudung labuh, tak manislah nak ramah sangat dengan ajnabi kan." kata Thariq.

"Iya tak iya juga. perempuan yang baik memang untuk lelaki yang baik... Dulu kau seorang pendakwah tapi kena bersara atas dasar pendirian tak mahu menjual agama suka-suka. Dan sekarang Allah temukan kau dengan perempuan yang telah berhijrah setahun lamanya. Allah beri dia peluang memperbaiki diri sesuai dengan sifat kau. MasyaAllah, tiada siapa yang dapat menduga."

Sambung Adam panjang lebar. Tiba-tiba dia teringat dengan penampilan Thariq sewaktu mereka awal-awal berjumpa dulu. Thariq yang lengkap memakai jubah, dan serban serta rida di bahunya. Pandang sekilas, tentu-tentu orang menyangka yang Thariq seorang tabligh paling tidak pun orang-orang madrasah.

Walhal, memang itulah pemakaian Thariq dari awal remaja. Cuma bila masuk ke universiti, dengan perlahan Thariq mengubah cara berpakaianya. Dia tidak mahu orang-orang berburuk sangka dengan pakaianya saat itu, lagipun dia juga tak mahu berdakwah hanya menggunakan air liur semata.

Thariq hanya mampu tersenyum. Matanya tak lepas dari memandang ke arah isterinya yang sedang sibuk melayan saudara mara dari jauh. Selepas sesi pembatalan air sembahyang tadi tak ada lagi mereka berbicara satu sama lain. Sabar lah sikit Thariq, dah jadi isteri pun. Bila-bila masa boleh ajak dia berbual.

----


"Assalamualaikum."

Arra pandang pintu yang sedikit terbuka. Thariq hadiahkan senyuman lebar padanya berharap Arra jemput dia masuk.

"Waalaikumusalam." jawab Arra, sibuk mahu membuka kerongsang serta pin yang tersemat di tudung dan purdahnya.

Berapa saat Thariq duk tercegat depan pintu. Matanya terkebil-kebil memerhati isterinya.

Arra menoleh semula seraya keningnya berkerut.

"Kenapa kat situ? Masuk lah." Arahnya.

Thariq ketawa halus sambil membuka langkah kaki masuk ke dalam bilik itu. Lebih tepatnya bilik mereka berdua. Tersenyum lebar member.

"Kenapa tak masuk terus?" tanya Arra.

"Tunggu awak izinkan."

"Apa pun berkaitan saya adalah hak awak. Tak perlu minta izin."

Sekali lagi, Thariq terkena simptom collywobbles. Selamba sahaja Arra membuatkan pipinya merah merona dan senyum hingga ke telinga, tak rugilah dia melayan perasaan sebelum berkahwin sebab dia ingatkan isteri sendiri akan layan dia dingin, sedinginya. Rupanya kedinginan itu akan berubah umpama musim, berakhirnya musim salji terbitlah musim bunga.

Purnama Terindah (COMPLETED)Where stories live. Discover now