BAB 20

256 13 1
                                    

Sudah terlalu panjang aku mengamit memori silam untuk dikongsikan pada kalian semua. Bermula dari kisah seorang pelajar yang degil dan pemalas lalu dipilih menjadi pengawas sekolah dan berlanjutan ke kedai buku hingga dipertemukan dengan seorang lelaki asing, pada awalnya namun bertukar menjadi persahabatan.

Sebuah buku ini sudah cukup untuk menceritakan tentang dirinya.

'Purnama ku.'

Aku menukilkan ayat-ayat cinta nan indah khas untuk jejaka itu. Salah satu doanya buatku juga sudah Allah kabulkan, aku sudah berjaya menulis karya sendiri seperti mana yang dia harapkan dulu. Moga dia membaca buku ini, sekurang-kurangnya dia tahu bahawa gurauan ku tempoh hari hanyalah usikkan belaka. Tidak berniat mahu marah berlebihan, kerana aku sudah mengetahui hal itu terlebih dahulu.

Selesai berkunjung ke kedai buku dalam keadaan hujan yang lebat, aku bergegas singgah ke masjid jamek sebentar sementara menunggu hujan reda. Kebetulan juga lepas solat asar nanti pihak masjid menganjurkan ceramah terbuka untuk dihadiri oleh sesiapa sahaja hamba Allah yang mahu mendengar. Alhamdulillah, ini bermaksud undangan percuma dari Allah untuk aku.

Barisan belakang menjadi pilihan untuk aku labuhkan punggung. Walaupun wajah penceramah itu aku tak nampak yang penting suaranya aku dengar. Iyalah, datang sini nak dengar ceramah bukan jumpa yang bagi ceramah.

"Ceramah akan dimulakan 10 minit dari sekarang. Harap, encik dan cik-cik semua betulkan posisi duduk agar lebih selesa... Sebab durasi kajian hari ni insyaAllah lama sikit."

Aku mengerling jam tangan yang berada di tangan. Rasanya aku tak akan dengar ceramah ni sampai selesai kot, sebab aku nak balik cepat. Takut kalau sampai rumah dalam keadaan dah gelap akan mengundang kerisauan orang rumah. Nasib aku sempat beritahu ummi dan abah yang aku singgah dengar ceramah dulu, jadi taklah mereka risau sangat.

Sementara menunggu ceramah itu dimulai, mataku melilau ke setiap sudut masjid. Cantik memang tak dinafikan. Dah lah besar dekorasi pun buat jemaah selesa nak beribadah.

Secara tak sengaja anak mataku bertembung dengan seorang jemaah lelaki yang duduk di satu penjuru masjid. Lelaki yang cukup aku kenal tapi sudah lama tak bersua muka. Matanya tak lepas mengamati keberadaan ku, lekas aku alihkan pandangan ke tempat lain. Purdah yang menyembunyikan separuh wajah itu perlahan-lahan aku betulkan.

Aku pejamkan mata serapatnya. Hati yang berdegup laju membuatkan seluruh tubuhku bergetar.

Benarkah dia orangnya? Aku tak salah orang kan?

"Astaghfirullahal'azim... Arra. Mengucap..." Aku cuba mendamaikan hati sendiri.

Menginginkan kepastian adakah benar figura itu seseorang yang mengisi benak kalbu saat ini. Aku tolehkan kepala semula namun kali ini dengan perlahan supaya dia tak perasan.

Sebaik sahaja kepalaku tepat menghala ke tempat tadi, tanpa aku sedar bibir disebalik purdah ini tersenyum nipis. Memang tak salah dia adalah Thariq Al Hadi.

Dia tekun berbual dengan seorang rakan disampingnya, terkadang dia ketawa halus sehingga menampakkan kedua lesung pipitnya yang memperindah lagi wajahnya. Aku turut tersengih, dia masih sama macam hari-hari sebelumnya. Tidak berubah sikit pun, dia masih seorang Thariq yang aku kenal tapi aku tak pasti jika dia masih mengenaliku.

Nampaknya dia langsung tak kenal perempuan disebalik purdah ini lagi. Dari cara pandanganya itu, Thariq seakan memandang orang 'asing' sahaja.

Tak apalah. Aku tak berjauh hati, biarlah antara kami seperti ini. Seolah-olah tidak pernah mengenali satu sama lain, yang penting aku tahu dia baik-baik saja. Biarlah giliran aku pula untuk merahsiahkan identiti ku disebalik purdah hitam ini, setidaknya aku dan Thariq masih memandang purnama yang sama. Iya kan?

----

Aku duduk di anak tangga masjid tersebut sambil menunggu grab yang aku tempah tadi. Memandangkan jarak masjid ini dan tempat dia berada agak jauh, jadi mengambil masa 20 minit untuk sampai. Aku pun tak nak banyak songeh bin leceh, aku kena terima kalau tidak alamatnya sampai ke malam aku duduk kat sini.

Ceramah tadi tak selesai lagi. Cuma aku sengaja nak duduk dekat luar, takut terlepas grab pula. Kadang grab tak boleh percaya sangat suka bagi fake hope, hmmm.

"Cik?"

Aku mendongak melihat pemilik suara itu. Mataku terkebil-kebil, air liur aku telan dengan kelat.

Thariq berdiri di hadapanku dengan riak mukanya yang datar.

"Iy..iya?" Aku perlahankan nada suara.

"Awak terlupa ambil infak makanan daripada masjid."

Thariq hulur padaku satu plastik berisi tapau beserta minuman di dalamnya. Selepas aku lirik makanan itu, aku naikkan pandangan semula.

"Saya tak nak." jawabku singkat.

Harap-haraplah dia tak kenal suara aku.

"Eh tak boleh cik. ini pihak masjid yang bagi... Ambil lah, rezeki jangan di tolak. Ni kira rezeki buat landing superman ni." tuturnya.

Hampir-hampir saja tawaku meletus bila mendengar ayat akhirnya. Dia masih dengan ayat supermanya itu, tidak pernah berubah.

Mahu tak mahu akhirnya plastik itu berubah tangan.

"Terima kasih." Ucapku, Thariq tersenyum lebar.

"My pleasure." Dia letak tangan kanan di dada sambil tundukkan badan sedikit sebelum pergi tinggalkan aku.

Dan... Aku pun mula lah tersengih seorang diri tak ubah macam kerang busuk. Tapi insyaAllah aku boleh cover lah, tak berhenti mulut aku beristighfar supaya tak terkena zina hati.

Sebab sayang, tak nak bagi Thariq dosa percuma.

----

Aku mengatur langkah menuju ke kedai buku yang kelihatan ramai. rata-rata yang hadir adalah remaja perempuan sebaya aku dan segelintir dari mereka ada yang lebih muda juga, mereka nampak hype semacam masing-masing memegang telefon sambil kaki dijengketkan untuk melihat ke hadapan.

Keningku berkerut. Dah kenapa? Ada artis ke.

Perasan ingin tahu ku semakin berkobar. Perlahan-lahan aku dekatkan diri dengan mata dikecilkan sedikit.

Kelibat Thariq terpampang jelas di kornea mata yang sedang duduk di situ sambil menandatangani beberapa buku miliknya. Oh ya, aku terlupa hari ini adalah hari di mana Ammar Abdullah dan penggemarnya akan berjumpa. Kiranya seperti fans meeting untuk menghargai karya author tersebut. Kenapa lah aku boleh terlupa, sedangkan info ini sudah aku baca sehari yang lalu.

Aku tak nak datang. Sebab... Tak ada sebab pun, memang tak mahu datang.

Tiba-tiba aku sebak melihat kejayaan Thariq saat ini, terlalu ramai yang sudah mengenali dia. Ini berkat doa ibu dan ayahnya juga yang tak berhenti mendoakan setiap langkahnya, Thariq seorang anak yang baik dan penurut kata tak hairanlah jika kejayaanya kali ini sudah melebihi apa yang dia bayangkan dulu.

Walaupun dia sudah dikenali ramai. Namun itu tidak mengubah pendirian Thariq yang sentiasa melekat dengan mask dan kaca mata hitam miliknya. Dia masih degil mahu menunjukkan muka, baginya biarlah dia tetap misteri seperti ini. Itu lebih dia sukai berbanding dikenali ramai hanya kerana rupa.

Tanpa berlengah, aku beredar dari tempat itu. Enggan menatapnya terlalu lama. Terkadang kelemahan seorang perempuan adalah hatinya, jadi ada baiknya menjauh lah terlebih dahulu.

Arra berlalu pergi ke tempat lain tanpa berpaling lagi ke tempat Thariq berada. Namun disebalik kaca mata hitam yang menyembunyikan sepasang mata. Thariq ralit memerhati Arra yang sedang berdiri tidak seberapa jauh darinya itu. Disekian ramainya perempuan yang hadir, pandanganya tidak lekang dari memerhatikan Arra yang dalam diam juga sedang merenungnya dari kejauhan.

"You've changed a lot, Nur." Bisik Thariq di dalam hati. 

Purnama Terindah (COMPLETED)Where stories live. Discover now