Bab 4

1K 53 5
                                    




     Setelah lama tidak sedarkan diri , kini mata indah Khalish perlahan dibuka . Mata ditonyoh beberapa kali . Sekujur tubuh nya merasakan sakit yang amat .

Perlahan tangan dibawa ke sisi abdomen dia yang berbalut sempurna sebelum dia tersentak apabila satu suara yang sangat dikenali nya menerpa gegendang telingan dia .

"Dah bangun ?" .

Laju mata dia memandang ke arah suara itu . Di depan pintu hotel ada dua orang dia kenali dan 3 orang yang bersongkok berjubah memandang diri dia saat ini .

"A-aariz , Izz macam mana korang ..."

"Apa yang kau dah buat Khalish . Kenapa kau rosakkan anak dara orang ? Kau tahu kita bukan jenis macam ni !" marah Aariz memotong percakapan Khalish.

"Rosakkan? Apa kau cakap ni Aariz , aku ..aku baru sedar . Semalam , aku kena serang . Aku call korang tapi..." baru dia ingin menyambung percakapan , dia terasa seperti pergerakkan seseorang di sebelah nya .

"E-ergh , sakitnya kepala aku ."

Terbeliak besar mata Khalish apabila dia dapati di atas katil yang sama ada seorang gadis yang hanya berbalut selimut di tubuhnya .

Saat gadis itu ingin bangun dengan pantas dia menahan selimut itu dari terlucut dari tubuh dia .

"Sila pakai pakaian awak berdua dan ikut kami ke pejabat agama untuk hal lebih lanjut ," kata seorang ustaz sebelum mereka bertiga beredar dan hanya tinggal Aariz dan Izz memandang nya tajam.

"Aku memang suka main tapi aku bukan jenis main perempuan doh please percaya aku , korang kenal aku dah lama kan ," rayu Khalish sambil tangan yang tak lepas dari selimut di tubuh gadis itu .

    "Kau hutang penjelasan dengan aku faham?" tegas Aariz sebelum dia beredar dari situ .

     "Izz , aku ..."

     "Dah lah . Kau sedarkan dia dulu , lepastu kita settle kan yang mana boleh . Tapi aku tak janji benda ni tak melibatkan gadis tu punya masa depan ," ujar Izz . Gadis di sebelah Khalish yang masih mamai dikerling sekilas sebelum dia pun turut beredar dari sana .

    "Izz! Erghh!" Khalish mengusap wajah nya kasar . Apa lagi ni ! Gadis di sebelah nya direnung lama sebelum dia menghela nafas berat.

     'Pov Kayla'

     Kayla yang baru dapat melihat jelas dunia mula mengamati sekeliling bilik sebelum....

    "Argh!!"

     'Buk!'

      Dia terkejut apabila mendapati ada lelaki di sebelahnya sebelum serta merta kaki nya ingin menendang namun berjaya ditepis lelaki itu .

     "Calm down little girl ," datar suara itu sebelum dia mengalihkan pandangan ke arah lain .

     "Ap- oh shit !" Kayla pelik kenapa lelaki itu mengelak pandangan nya sehinggalah baru dia sedar separuh atas dada nya terbuka .

     Dengan cepat dia tarik selimut lalu berguling sehingga selimut itu terbalut sempurna tubuhnya seperti kuih ketayap.

      "I-i'm sorry but we have a big problem . Emm about us ."

     Lelaki itu yang memusing tubuhnya ke arah lain . Kayla masih tak dapat nak tangkap apa yang sedang berlaku . Kenapa tubuhnya dan lelaki yang bernama Khalish dalam keadaan takda seurat benang pun menutupi badan mereka sehinggalah dia teringat kejadian semalam .

Mia Moglie  (C)Where stories live. Discover now