Bab 31

1K 45 17
                                    



Warning! Chapter kalini ada scene agak sedikit kejam tau. Ok let's go .



            Masa berlalu dengan begitu pantas . Semua sedang bergembira dan menikmati kebahagiaan tanpa adanya gangguan dari mana-mana serangan musuh .

         Harini ini hari paling bahagia buat Izz . Setelah lama dia memegang status single akhirnya hidup dia didatangi bidadari yang sudi menerangi kehidupan Izz yang gelap itu.

          "Congrats , Izz . And Iris welcome to our DB's family .."  ujar Aariz dengan senyuman segaris . Pinggang Arasha dirangkul rapat dari sisi.

          "Widihh , dah tak single dah member kita ni . Hahaha .." usik Khalish sambil tertawa.

          "Kau ah ni , tak pasal-pasal aku dah terjebak .." gurau Izz menyiku tubuh Khalish.

           "Izz tak suka ke ?" soal Iris heran .

          "E-ehh bukan! bukan . Saja gurau .." pipi Iris dicium sekilas .

           Mereka semua tertawa melihat Izz yang gelabah risau kalau Iris salah faham . Takut bini ke bang? hahaha .

           "Khalish , Kayla mana?" soal Arasha sambil tercari-cari keberadaan Kayla yang tidak turut serta berkumpul dengan mereka.

           "Ouh , dia balik hotel dah . Biasa lah morning sickness dia tu , makin teruk pula .." jawab Khalish tersenyum kecil pada Arasha.

         Baru bulan lepas Kayla disahkan mengandung dan sekarang sudah genap kandungan dia berusia satu bulan. Waktu mereka dapat tahu Kayla mengandung lagi , semua hora horey tumpang gembira dengan berita bahagia pasangan suami isteri itu.

          "Kau tak teman ?" soal Izz .

          "Dia nak tidur kejap tu , lagipun aku kena cari aiskrim Mixue dengan llao sebelum dia bangun.."

          "Masih lagi eh dia melekat dengan dua aiskrim tu ?" Khalish hanya mengangkat kedua bahu menanggapi pertanyaan Izz.

           "Tapi kau kena cut juga , dia tengah mengandung . Tak elok untuk dia dengan baby kalau terlalu banyak makan manis ..." tegur Aariz memberi nasihat pada Khalish. Dia pun tahu , Kayla memang paling gemar dua jenama aiskrim tu sampai sanggup tolak nasi .

       Khalish mengangguk . "Aku tahu tu , thanks .."

        Majlis repsesi masih diteruskan . Khalish tak berlama di situ , selepas uruskan sedikit urusan dia terus balik ke hotel .

Habits : Tove Lo


         Di sisi yang lain........

           "Argh!"

            Zap!

           "Argh! please , s-sakit  !" gelupur seorang gadis . Wajah asli dia ditutup menggunakan topeng wajah buatan seseorang. Tubuh dia mempunyai banyak luka siatan yang lama dan baru .

            Terpercik-percik darah membasahi ruangan itu . Ada beberapa mayat gadis yang lain juga. Keadaan tubuh yang teruk dibantai dan tersiat-siat kulit mereka. Wajah mereka juga ditutupi topeng wajah buatan yang sama .

           "Shhh, tahan sikit . Tak lama pun ni , just for my collection.." ujar lelaki itu fokus menyiat kulit gadis itu secara perlahan dan tersiksa.

Mia Moglie  (C)Where stories live. Discover now