Song : Pasti by Cherpen Band
Cahaya pagi yang menyilau menusuk ke dalam kelopak mata Kayla agak menganggu lena nya . Perlahan mata dicelik menyuai kan dengan cahaya di dalam bilik .
Mata dikelipkan beberapa kali saat anak mata Kayla menangkap satu sosok tubuh tegap berdiri menghadap tingkap besar yang hanya berlilit kain tuala separas pinggang dan rambut sedikit basah .
"Hmm? a-apa ini ," Kayla tersedar dia masih berbalut selimut tebal seperti kuih ketayap sebelum ...
'Hacum!'
Kayla bersin kerana semalaman dia dalam posisi seperti itu dan penghawa dingin yang terlalu rendah suhunya .
Lelaki itu mengalihkan pandangan dia dari luar ke arah Kayla . "Oh ? seem like you already awake ," lelaki itu jalan menghampiri Kayla yang langsung tak boleh bergerak kemana-mana .
Ingin sahaja Kayla menendang lelaki yang merupakan suami nya itu kerana membiarkan dia semalaman dalam posisi begitu ."Kau...."
'Hacum!'
'Hacum!'
Selepas bersin beberapa kali ,badan Kayla membeku mata membulat tersentak dengan sentuhan hangat dari telapak tangan belakang Khalish yang menyentuh dahi nya.
Satu lagi telapak tangan belakang Khalish letakkan pada dahi dia sendiri untuk bandingkan suhu badan Kayla dan dirinya.
"Kau demam ni ," ujar Khalish yang terselit sedikit kerisauan dengan keadaan isterinya . Mata dia bertembung dengan anak mata hazel milik isterinya .
Kayla hanya diam . Dia masih tak dapat larikan anak mata dia dari wajah Khalish yang hanya beberapa inci dari wajah nya .
"Tak payah lah pergi duty , meh sini nombor atasan kau . Aku bagitahu dia kau emergency leave ," cadang Khalish . Tangan bergerak membuka balutan selimut tebal di badan Kayla dengan berhati-hati. Rasa serba salah mula menyerang diri nya apabila merasakan tindakan dia punca kalau demam selesema .
"Hacum! Haaaa, tak perlu . Aku masih boleh lagi . Lagipun panggilan duty tak boleh suka-suka tolak , dia bukan macam kau keluar masuk office sesuka hati ," jelas Kayla yang berselang dengan bersin . Dia merenggangkan sedikit badan yang terasa lenguh akibat semalam bergulung macam kuih ketayap .
"Kau degil lah . Aku bukan risau kan kau , aku risau kan awek -awek kat base kau tu nanti berjangkit pula dengan kau . Kau dok bersin tak henti -hanti kita mana tahu bahaya ke tidak . Kesian diorang nanti ," seloroh Khalish bercekak pinggang dengan muka selamba ditayang .
YOU ARE READING
Mia Moglie (C)
ActionSeorang gadis yang dipaksa dewasa dari berumur 8 tahun kini sudah berumur 24 tahun . Akibat dari ketegasan dan kekerasan yang dia terima sewaktu kecil menjadikan dia seorang yang dingin , degil dan tak gentar dengan apapun . "Black Eagle , kita ad...