Carol of the bells : Lindsey Stirling
'16 tahun yang lepas'
"Kayla , cepat . Kita kena lari , kita kena cari daddy ," ujar Killa yang setia mengenggam tangan Kayla lari selamatkan diri dari sesuatu. Killa yang berumur 10 tahun dan Kayla berumur 8 tahun berlari di kawasan lorong yang gelap dan sunyi.
"K-killa , Kayla penat . Jom lah kita duduk sekejap ," pinta Kayla yang sudah tercunggap-cunggap kepenatan berlari dari tadi.
"No! tak boleh . Kita kena cepat jumpa daddy sebelum dia tangkap kita . Keep run , please Kayla." tegas Killa . Tangan Kayla digenggam erat supaya tidak terpisah semasa mereka berlari .
Mata Kayla berkolam kerana dia terlalu penat namun dia tetap berlari mengikuti langkah Killa yang cuba untuk menjauhkan diri mereka dari sesuatu .
Kerana terlalu penat Kayla tersandung dan jatuh ke tanah . "Aduh!" terlepas genggaman Killa darinya membuatkan Killa berhenti dari berlari .
"Kayla!" Killa mendadak hentikan langkah nya dan tergesa-gesa patah balik ke arah Kayla yang tersungkur di atas tanah .
"Hmmmm..." bertakung airmata Kayla ingin menangis apabila tapak tangan dan lututnya terluka dan berdarah .
Killa menekup mulut Kayla dan membantunya untuk bangun . Mereka sembunyi di sebalik semak apabila Killa mendengar bunyi tapak kaki yang semakin mendekati mereka .
"Shhhhh... jangan buat bunyi . Okey?" bisik Killa perlahan . Badan Kayla dirapatkan padanya . Tangan yang menekup mulut Kayla dilepaskan .
Kayla mengangguk berkerut dahi menahan pedih di lutut dan tapak tangannya.
Killa mengintai dari celahan semak untuk melihat keadaan disebalik sana . Debaran di jantung nya semakin laju apabila munculnya seorang lelaki dari kawasan gelap dan berdiri di bawah lampu jalan.
Lelaki itu yang mengejar mereka berdua saat ingin pulang kerumah . Lelaki berwajah pelik dan memakai hoodie hitam . Cara jalan nya seperti tempang sebelah , betul-betul menyeramkan!
"Hmm i can smell your presence , little brat ."
Ujar lelaki itu dengan nada seperti seorang phsyco . Kuku yang digigit mata melilau mencari dua budak yang dikejarnya tadi .
Setapak demi setapak lelaki itu menghampiri tempat persembunyian mereka. Killa takut tetapi saat dia melihat Kayla yang turut mengigil ketakutan dalam pelukan dia , Killa teringat kata daddy nya sebelum ini....
"Korang cuma ada satu sama lain , Killa jaga Kayla and Kayla jaga Killa . Okey?" kata-kata daddy nya mula bermain di fikiran nya dengan mata yang tak lepas memandang Kayla.Helaan nafas dilepaskan berat . Kepala adiknya didonggakan memandang dirinya.
"Kayla dengar apa Killa nak cakap . Waktu Killa tarik perhatian dia , Killa nak Kayla lari sejauh mungkin . Can you do that ?" pinta Killa . Dia kena buat sesuatu . Dia kena lindungi adiknya.
Kayla menggeleng laju . Dia tak setuju. "No , Kayla taknak tinggalkan Killa."
Gigi diketap erat melihat kedegilan Kayla . Apa yang perlu dia lakukan? Mata melihat ke arah lelaki itu , dia semakin dekat . Killa menunduk ke bawah cuba mencari idea supaya Kayla faham dengan arahannya.
Mata membulat saat satu cara terlintas di fikiran dia . "Kayla . Kayla kata nak jadi ultraman kan ? supaya boleh lindung Killa ?".
"Hmm.." Kayla mengangguk polos dengan mata yang sedikit berair ketakutan.
YOU ARE READING
Mia Moglie (C)
AksiSeorang gadis yang dipaksa dewasa dari berumur 8 tahun kini sudah berumur 24 tahun . Akibat dari ketegasan dan kekerasan yang dia terima sewaktu kecil menjadikan dia seorang yang dingin , degil dan tak gentar dengan apapun . "Black Eagle , kita ad...