👑 2

55 13 3
                                    


“nak pergi mana?” soal dingin Puan Daima yang sedang menonton televisyen apabila melihat anak perempuannya pagi pagi lagi sudah ingin melangkah keluar dari pintu rumah. Daena Ifarina menoleh. Dia tersenyum melihat ibunya.

“pergi kerja ma..” ujar Daena Ifarina tersenyum lemah.

“ini aku nak pesan” ujar Puan Daima lalu dia bangun dari duduknya kemudian melangkah mendekati anak perempuannya.

“aku nak ingatkan kau. Apa yang aku buat pada kau selama ini, jangan beri tahu sesiapa. Faham!” ujar Puan Daima kasar. Daena Ifarina memandang wajah syurganya seraya tersenyum tipis.

“mama jangan risau. Daena tak ceritakan pada sesiapa pun. Ini kan aib keluarga. Lagi pun Daena tak ada tempat untuk bercerita, jadi pada siapa untuk Daena cerita?” balas Daena Ifarina.

“Daena pergi du..” kata katanya terhenti sewaktu dia mahu menyalami ibunya. Puan Daima menarik tangan dengan kasar seakan tidak mahu di sentuh oleh anak perempuannya itu. Daena hanya tersenyum lalu bergerak melangkah keluar.

“sekejap” kakinya terhenti apabila mendengar kata Puan Daima.

“ambil duit ni. Bulan ni aku tak ada bagi duit pada kau lagi” Puan Daima mencampak duit tersebut sehingga terkena pada wajah cantik Daena Ifarina.

“tak payah lah ma” ujar Daena. Walaupun dia di layan sebegitu oleh keluarganya sendiri, mereka tetap memberikan kepadanya duit, makan, minum dan tempat tinggal.

Puan Daima hanya diam dan bergerak semula ke ruang tamu. Daena Ifarina memandang ke arah duit yang bertaburan di atas lantai itu. Dia memandang sayu ke arah duit itu. Dia tak perlukan semua ni. Dia hanya perlukan kasih sayang kedua orang tuanya.

Daena Ifarina mengutip satu persatu helaian duit tersebut, lalu memasukkannya ke dalam satu sampul yang di penuh dengan duit. Duit yang berada di sampul itu adalah duit yang telah di berikan oleh kedua orang tuanya selama ini. Ya, dia langsung tak sentuh duit yang mereka bagi.

“arina?” baru sahaja Daena melangkah masuk ke dalam kedai 7e, kedengaran seseorang telah menyeru namanya. Dia menoleh ke arah itu.

“kenapa dah dua hari tak datang kerja?” soal Amira. Amira adalah salah satunya kawan baik Daena. Amira juga merupakan rakan sekerjanya.

“ada masalah sikit” jawab Daena Ifarina, seraya tersenyum manis ke arah kawan sekerjanya.

“bos tahu?” soal Amira lagi. Daena Ifarina hanya senyum lalu mengangguknya. Nasib lah bosnya itu seorang yang peramah dan tidak terlalu ingin mencampur tangan dalam segala masalah hidupnya. Mudah jika ia mahu meminta cuti akibat mengalami masalah masalah.

“kenapa dengan dagu kau tu arina?” soal Amira risau. Daena Ifarina memegang dagunya. Terasa sedikit pedih apabila di sentuh.

“oh ini. Terjatuh semalam. Hehe” jawab Daena sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Amira hanya menggeleng kecil.

“haih. Macam mana lah boleh terjatuh” ujar Amira. Daena hanya senyum pahit. Perbualan mereka terhenti apabila seseorang meletakkan satu minuman ke atas meja kaunter tersebut.

“awak suka minum air jasmine ni ke?” Soal Amira kepada lelaki yang mahu membayar minuman itu.

“ye. Kenapa?” soal pula lelaki itu.

“oh tak ada apa. Sama la macam kawan saya yang sebelah ini” seloroh Amira. Daena Ifarina memandang tajam ke arah kawan sekerjanya itu. Kemudian dia hanya membiarkannya, ini bukan pertama kali Amira selalu mengusiknya.

“oh” jawab lelaki itu ringkas. Kemudian dia menoleh ke arah Daena yang sibuk menyelak satu persatu helaian kertas.

“nama awak siapa?” soal Amira lagi.

“sudah sudah lah tu Amira. Member nak bayar tu” ujar Daena apabila mendengar soalan yang di tanya oleh Amira kepada pelanggan itu

“alah, aku tanya aje” balas Amira. Lelaki itu hanya diam mendengar perbualan dua orang perempuan di hadapannya itu sekarang. Daena Ifarina hanya menggeleng kecil. Amira dan juga dirinya sangat lah berbeza bagai langit dengan bumi. Amira ialah seorang yang banyak bercakap dan sangat mesra bersama orang yang dia kenali atau pun tidak dia kenali. Malah dirinya pula adalah seorang yang susah untuk bergaul dan kebanyakkannya hanya mendiamkan diri.

Dia tidak tahu kenapa dia seorang yang seperti itu. Mungkin itu memang sifat dia yang sudah di takdirkan untuk menjadi sebegitu?. Dia juga mahu menjadi seperti Amira, seorang yang positif dan seorang yang ceria selalu. Tapi di sebabkan keadaan dirinya yang tidak mengizinkan dia untuk bersikap positif dan menjadi seorang yang ceria.

“Hazen” balas lelaki itu pada soalan yang di tanya oleh Amira sebentar tadi.

“oh.. hai Hazen. Nah baki awak” jawab Amira mesra lalu menayangkan wajah manisnya. Layan pelanggan mesti lah kena baik baik kan?

congratulations zul, liz” ucap Hazen kepada sepasang suami isteri yang berda di hadapannya sekarang. Dzul Iman dan Eliza Imani hanya memberikan senyuman tanda berterima kasih.

“kau bila Lagi?” usik Dzul.

Pak!

Eliza Imani menepuk perlahan lengan suaminya. Suka sangat mengusik si Hezen tu.

“aduh..sakit la Sayang” mengaduh Dzul seraya dia mengusap lengannya yang di tampa oleh isterinya tadi.

“sorry abang!..itu lah suka sangat usik kawan abang tu” ujar Eliza Imani. Dzul tesenyum lalu dia mengucup lembut pada ubun ubun isterinya.

“eh..korang nak bermesra boleh, tapi bukan depan aku. Ada yang kena sepak dengan aku nanti” ujar Hazen Thufail.

“eleh cemburu lah tu” sinis Dzul kepada sahabatnya. Hazen hanya memandang tajam ke arah sahabatnya.

“apa nama dia zul?” soal Hazen kepada sahabatnya. Dia mengangkat bayi itu dengan berjaga jaga. Kini, bayi itu berada dalam dukungan lelaki itu.

“Eldira Dzian” ujar Dzul sambil tersenyum apabila melihat anaknya seakan akan suka pada sahabatnya.

“perempuan?” soal Hazen terkaku. Dia memandang wajah bayi tersebut dengan wajah tidak percaya.

“haah. Kenapa?” soal pula Dzul Iman.

“muka macam lelaki betul anak kau ni. Mati mati aku ingat dia ni lelaki” ujar Hazen tidak percaya. Pakaian yang di pakaikan oleh Eldira pun berwarna biru. Macam mana dia tidak katakan bahwa bayi ini adalah lelaki?

“asal baju warna biru”  ujar Hazen Thufail.

“kenapa? Perempuan tak boleh pakai biru ke?” soal Dzul Iman. Perempuan pun boleh saja pakai biru. Apa yang nak di kakunya.

“waktu scan gender hari tu, doktor kata lelaki. Sekali keluar perempuan pula..” terang Eliza Imani dengan tertawa kecil. Hazen Thufail mengangguk faham.

“eh actually aku tak boleh lama ni. Ada banya benda yang aku kena selesaikan kat office tu” ujar Hazen seraya mengerling ke arah jam yang dipakai olehnya.

“zul.. esok masuk kerja” arah Hazen Thufail seraya menyarungkan kakinya ke dalam kasut.

“aduh..cuti sehari lagi tak boleh ke?” minta Dzul dengan membuat wajah seakan meminta sedekah.

“jangan nak mengada. Muka tu.. tak comel pun. Serupa badak kat kandang hujung sana tau?” selamba Hazen  berkata lalu dia membuka langkah untuk pergi.

“badak dia samakan dengan saya yang?” ujar Dzul kepada isterinya. Isterinya yang berada di sisinya kini hanya tertawa kecil mendengar kata kata Hazen tadi.

 

tbc..

jangan lupa vote tauu..thankyouu!

KEADAAN YANG MEMAKSA AKU | OGWhere stories live. Discover now