👑10

31 8 0
                                    

Hampir masuk 3 bulan Daena Ifarina tinggal bersama keluarga Hazen. Apabila mendengar ke semua cerita yang di ceritakan oleh Daena, Puan Hazna dan sekeluarga turut bersimpati kepadanya. Begitu perit ya hidup seorang gadis ini. Puan Hazna meminta bahwa Daena perlu terus tinggal bersama mereka. Pada awalnya dia menolak kerana dia tidak mahu menyusahkan atau membebankan keluarga mereka untuk menyara hidupnya. Akan tetapi dia berasa kasihan kepada Puan Hazna kerana wanita itu bersungguh sungguh memujuk dirinya agar dia tinggal bersama keluarga itu. Dan pada akhirnya dia hanya setuju dengan keputusan itu.

mummy perasankan.. anak mummy yang sorang ni dah rajin balik sini” ujar Puan Hazna lebih kepada memerli. Matanya masih fokus pada screen besar yang terdapat di ruang tamu itu.

Hazen melabuhkan punggungnya di atas sofa bersebelahan dengan ibunya. “mummy perli Hazen ke?” soal Hazen tenang.

“haah” jujur Puan Hazna, kemudian dia tergelak kecil apabila melihat reaksi anak sulongnya itu.

“haah lah mummy.. Hazel pun perasan juga” usik Hazel yang turut berada di situ. Dia mengorek senyuman sinis kepada abangnya. Hazen hanya tenang mendengar usik usikan ibu dan adiknya. Dia pun perasan juga, dia kerap balik ke sini tanpa ada apa apa tujuan. Selalunya dia akan balik ke sini apabila dia berasa sudah lama tidak pulang atau ada hal yang perlu dia bincangkan bersama ahli keluarganya.

“cerita apa ni? bapak tak bestnya” kutuk Hazen agar dapat mengubah topik.

“eh best tau? Kau je yang tak tengok dari awal” bantah Hazel. Ada hati nak kutuk drama yang disukai oleh dirinya?

“Daena mana mummy?” soal Hazen. Seharian dia tidak nampak perempuan itu. Bukan setakat tidak nampak, bayang bayang dia pun macam dah tak wujud kat dalam rumah ni.

“dalam bilik kot. Dah tidur. Penat mungkin?” jawab Puan Hazna. Matanya tak lepas dari memandang screen besar yang melekap pada permukaan dinding ruang tamunya itu.

“aih.. cari Daena pula? Kenapa? Rindu ke?” usik Hazel. Hazen hanya menayangkan wajah menyampahnya. Rindu otak kau!

“rindu cakap lah” ujar Hazel perlahan tapi sempat kata katanya sampai di telinga abangnya. Hazen bangun dari duduknya kemudian melangkahkan kakinya ke arah anak tangga lalu bergerak menuju ke arah biliknya.

Perlahan lahan kelopak mata Hazen Thufail terbuka. Tangan meraba raba di sisi untuk mencari telefon bimbitnya yang berada dalam bilik yang gelap tanpa sebarang cahaya itu. Hazen mengerling ke arah jam yang berada di screen telefonnya. Jelas menunjukkan bahwa dia tesedar dari mimpinya pada pukul 3 pagi. Dia bangun dari baringnya lalu melangkah ke arah suis lampu. Lampu di buka. Kemudian dia melangkahkan pula kakinya ke arah pintu bilik air untuk mengambil air wuduk. Alang alang dah bangun ni, dia mahu terus mengerjakan solat sunat sepertiga malam.

Selesai mengerjakan solat sunat, tekak terasa kering. Apabila dia keluar dari pintu biliknya, dia terdengar bunyi suara esakan seseorang. Dia berpaling ke arah pintu bilik bersebelahan dengannya yang tertutup rapat. Daena?

Tok! tok!

Ketukan pintu yang di berikan oleh Hazen di abaikan oleh penghuni bilik itu. Hazen setia menunggu sehingga pintu bilik itu sendiri yang akan di buka oleh Daena. Lama dia tunggu. Sehingga dia membuat keputusan untuk membukanya sendiri.

“aku masuk ya?” pinta Hazen Thufail dahulu. Tiada respon. Dia mengambil keputusan untuk rebah bilik itu memandangkan pintu bilik itu tidak berkunci.

“Daena?” seru Hazen lembut apabila melihat seorang gadis tidak bertudung sedang menangis ketakutan di atas katil bersaiz besar itu. Pintu di biarkan terbuka. Pantas Hazen mengambil sehelai kain yang agak panjang menuju ke arah Daena untuk menutup kepala wanita yang terdedah itu.

“hei.. kenapa ni?” soal Hazen lembut. Daena tidak menjawab. Dia hanya setia dengan kedudukannya yang di tekupkan kedua belah tapak tangannya pada wajah cantik miliknya. Tak, milik Tuhan. Semua yang ada pada kita adalah pinjaman daripada tuhan.

“Daena.. kenapa?” meleret suaranya menyeru Daena dan barulah dia melontarkan soalan ‘kenapa’

“ak-aku ta-takut” ujar Daena seraya dia menarik kuat baju Hazen untuk menyembamkan dada Hazen ke wajahnya. Hazen yang tadi berdiri tegak kini tertunduk sedikit apabila Daena pantas menariknya. Teragak agak Hazen mahu menyentuhnya. Kemudian perlahan lahan tangannya mengusap lembut belakang gadis itu.

“tidur Daena. Kau penat” ujar Hazen Thufail perlahan tapi sempat di dengarkan oleh Daena. Ya, dia penat. Dirinya terlalu penat. Tak lama daripada itu, suara esakan gadis itu berkurangan sehingga lah tiada sebarang suara yang dapat dia dengarkan.

Kelihatan Daena seperti sudah di lamun mimpi. Perlahan lahan Hazen membetulkan kedudukan gadis itu. Tangannya menarik hujung selimut ke tubuh Daena sehingga ke paras bahu wanita itu.

“aku harap tidur kau ni dapat buang rasa penatnya hidup jadi kau” ujar Hazen perlahan sebelum dia menekan tombol suis lampu agar ia terpadam. Pintu bilik Daena di tutup perlahan tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Kemudian dia melangkah menuruni anak tangga untuk menyelesaikan hajatnya yang ingin meminum air tadi.

Perlahan lahan Daena Ifarina membuka kelopak matanya. Kepala terasa sedikit berdenyut denyut. Mungkin kesan akibat menangis berterusan malam tadi. Dia menyandarkan tubuhnya ke kepala katil itu. Dia mengeluh. Dia mengerutkan dahi apabila perasan akan ada sehelai kain di atas kepalanya untuk menutup sepenuh rambut panjangnya. Matanya terbuntang luas apabila mengingati semula apa yang telah terjadi pada malam tadi. Sungguh dia tak boleh memikirkan apa apa waktu itu.

Selesai membersihkan diri, Daena Ifarina perlahan lahan menuruni anak tangga. Kelihatan semua sedang sibuk dengan mengisi perut mereka pada pagi itu.

“daena” seru Hazel yang sedang duduk bersebelahan dengan abangnya. Dia sedikit terkedu apabila melihat mata gadis itu. Kelihatan matanya agak sembab.

“meh sini makan sekali” pelawa pula Puan Hazna. Daena hanya menggelengkan kepalanya seraya menghadiahkan senyuman. Dia mengambil tempat berhadapan dengan Hazen memandangkan hanya tinggal satu tempat sahaja yang kosong. Dia menundukkan pandangannya. Langsung tidak memandang lelaki di hadapannya itu.

“oh ye.. mummy lupa pulak Daena tak makan pagi” ujar Puan Hazna lembut. Daena mengorek senyuman sekali lagi.

“sorry mummy.. Daena terbangun lewat hari ni. Tak sempat nak tolong mummy pagi ni” ujar Daena Ifarina dengan perasaan serba salah.

“laa.. tak apa lah.. mummy memang kalau boleh tak nak Daena buat apa apa pun” kata Puan Hazna ikhlas.

“mana boleh! Daena kan menumpang kat sini, kena la buat kerja” bantah Daena sopan.

“Daena?” seru Hazel Thaura. Daena Ifarina menolehkan kepalanya ke arah yang menyeru namanya.

“Daena ok?” soalan yang di taburkan kepadanya membuatkan dia terdiam seketika.

“err.. ok.. kot” jawab Daena teragak agak. Perkataan ‘kot’ di perlahankan. Hanya diri sendiri yang dapat di dengarkan.

“mata Daena tu..”

“oh.. Daena tidur lambat semalam.. banyak kerja nak kena settlekan” potong Daena Ifarina. Daena Ifarina menunduk sedikit memandang makanan yang di hidang atas meja itu. Dia berasa agak kurang selesa apabila di tenung oleh lelaki yang berada di hadapannya sekarang.

mummy.. Daena pergi dapur dulu ya?” pinta Daena sebelum dia bangun kemudian berlalu melangkahkan kaki ke arah ruangan dapur.

 

tbc..jgn lupe voteee

KEADAAN YANG MEMAKSA AKU | OGWhere stories live. Discover now