👑 7

29 9 0
                                    

Kini, sudah masuk 5 bulan Daena Ifarina di kurung di dalam biliknya sendiri. Dia tenung dirinya di cermin yang agak besar dan luas yang di sandarkan pada dinding itu.

“cantik” dia memuji dirinya sendiri apabila melihat dirinya yang sedang berpakaian dress hitam dan memakai tudung berwarna putih sebagai pelindung aurat kepalanya.

Daena Ifarina memandang ke seluruh biliknya yang sangat kemas dan rapi. Dia membuka pula langkahnya ke arah rak yang di susun dengan pelbagai novel novel yang dia miliki.

“selamat tinggal suami suami saya!” ujar Daena Ifarina seorang diri kepada buku bukunya. Sayang sungguh dia pada novel novelnya.

“kalau ada rezeki kita jumpa lagi ye suami suami saya!” ujar Daena seorang diri lagi. Kemudian dia ketawa sendiri seraya menggeleng gelengkan sedikit kepalanya ke kiri dan ke kanan.

Tok! Tok!

Pintu yang di ketuk oleh seseorang itu di pandang. Lama..

Kemudian dia melangkahkan kakinya ke arah pintu. Dia memusingkan tombol pintu biliknya kemudian menarik sehingga pintu biliknya itu terbuka luas.

“dah siap ke?” ujar Tuan Iffat tenang kepada anaknya. Daena hanya mengangguk sekali. Kemudian dia berpaling pula kepada Puan Daima yang setia berdiri di sebelah suaminya dengan riak wajah yang dingin.

“kau kalau depan orang jangan nak memalukan aku ya!” pesan Puan Daima dengan nada dingin. Daena hanya menayangkan senyuman paksa.

Malam ini adalah malam di mana rumah orang tuanya di huni dengan ramai orang. Terpaksalah juga dia menyertai majlis makan makan pada malam ini. Nanti orang kata apa pula!

“cantik anak kau yang seorang ima” ujar salah seorang sahabat ibunya. Puan Daima hanya mengukirkan senyuman. Lihat dari sudut pandangan, jelas ibunya terpaksa.

“Daena dah boyfriend ke?” soal salah seorang sahabat ibunya. Daena hanya tesenyum seraya menggelengkan kepalanya ke kiri dan kanan.

“siapa je nak kan perempuan macam ni dah” ujar Puan Daima kepada sahabatnya, Dahlia. Sedikit terguris hati Daena apabila mendengar apa yang di katakan oleh ibunya itu. sikit aje, tak banyak! Sapu ubat gamat ok la ni.

“apa kau ni ima. Tak baik cakap kat anak kau macam tuh” ujar Puan Dahlia kepada ibunya. Daena Ifarina hanya tersenyum kelat seraya dia menundukkan pandangannya.

Daena Ifarina menoleh ke kanan dan ke kiri. Dia melihat semua orang sedang sibuk, jadi ini masanya untuk dia membebaskan diri. Harap tak kantoi! Daena membalas senyuman kepada tetamu tetamu yang berpaling ke arahnya seraya itu mereka sering menghadiahkan senyuman buat dirinya.

Apabila selangkah dia keluar dari pintu rumah, terdapat pula seorang kanak kanak yang tersungkur di hadapannya. Semua mata mata tetamu berpaling ke arahnya dan anak kecil itu. Apabila Daena perasan akan ada dua pasang mata yang sedang berpaling ke arahnya, dia terus memecut melarikan diri.

“Daena Ifarina!” laung Puan Daima. Mata mata tetamu yang sedang memberikan tumpuan kepadanya di biarkan. Puan Daima serta anak lelakinya mengejar langkah Daena yang ingin melarikan diri itu.

Daena Ifarina berlari dengan bersungguh sunguh agar ibunya tidak dapat menangkap dirinya. Dia  berdoa agar tuhan dapat membantu dirinya dari melepaskan diri untuk kali ini.

“Daena berhenti!” laungan ibunya dia abaikan. Dia tidak mahu mendengar apa lagi. Dia nak bebas.

Daena tidak tahu ingin melarikan diri di mana lagi. Dia buntu. Ke mana dia harus pergi? Matanya tiba tiba tertarik pada kawasan hutan besar yang terdapat di dalam taman perumahannya itu. Dia berlari laju menuju memasuki hutan yang agak gelap itu.

Dia membawa diri di dalam hutan itu sehingga dia perasan bahwa ibunya yang mengikuti langkahnya tadi sudah tiada. Dia menghela nafas lega. Kemudian mata liar melihat di sekelilingnya. Dia sedar bahwa dia sudah terlalu jauh membawa diri di dalam hutan ini. Tapi dia tidak takut! Dia lebih bersyukur bahwa tuhan telah mendengar doanya untuk melarikan diri.

Dia meneruskan perjalanannya, sehinggalah dia betul betul merasakan bahwa dirinya sudah tidak ada tenaga lagi untuk meneruskan perjalanan. Dia duduk menyandarkan dirinya di satu pokok yang besar, lalu dia melelapkan dirinya dengan bersandar pada pokok besar itu.

Perlahan lahan kelopak mata Daena terbuka. Matanya terasa sedikit pedih apabila cahaya matahari memasuki ke dalam matanya. Dia menggosokkan kedua belah matanya dengan jarinya sendiri bagi menjelaskan lagi pandangan matanya yang kabur.

Dia bangun dari duduknya. Kemudian dia meneruskan perjalanannya untuk mencari jalan keluar. lama dia berjalan. Sunyi saja hutan ini. sepanjang perjalanannya di hutan itu, dia hanya mendengar suara burung burung yang bertebangan di kawasan situ. Terdapat juga tupai tupai yang sedang mengajar antara satu sama lain.

Langkahnya terhenti apabila dia terdengar satu bunyi desiran air jatuh. Dia merasakan bahwa semakin dia melangkah ke hadapan, semakin kuat juga bunyi desiran air yang jatuh.

Dia terhenti apabila tiada lagi jalan untuk dia meneruskan langkahnya. Dia merenung lama di permukaan yang seakan akan menjadi dinding yang di penuhi dengan daun daun. Apabila dia menyedari bahwa ada sesuatu di belakang daun daun yang terjuntai itu, dia menyelak kerana dari sudut hatinya ada sesuatu yang tersembunyi di belakang daun itu.

Benar kata hatinya, ada sesuatu yang tersembunyi. Terdapat satu lorong seakan akan luabang gua yang gelap. Dia melangkahkan kakinya memasuki gua tersebut.

Sungguh dia terkedu apabila melihat isi di dalam gua itu. siapa sangka di luar gua yang suram dan gelap itu terdapat isi yang di hiasi dengan air terjun yang sungguh cantik. Terdapat juga batu batu yang tersusun cantik dan rapi di sekitar air terjun itu. Gua itu juga di terangi oleh cahaya matahari yang memasuki dari lubang lubang kecil.

“ya allah tempat apa ni?” ngomel Daena sendiri. Dia sendiri terkejut dengan apa yang ada di hadapannya sekarang. Mimpi ke ni? Andai kata benar ini mimpi, biarlah dia terus berada di mimpi yang indah kerana realiti tak seindah yang dia mimpikan.

“mana kita nak cari Daena?” ujar Puan Daima bingung. Serabut dia untuk fikirkan hal anak perempuannya itu. Malu dengan peristiwa yang berlaku hari itu pun tidak hilang lagi. Ramai sahabat sahabatnya yang bertanya apa yang sudah terjadi. Dia sendiri pun bingung tiada jawapan.

“saya pun tak tahu lah” Tuan Iffat mengeluh. Dia juga bingung, apa yang harus dia lakukan sekarang?

“kakak macam mana ma?” soal Dayyan yang sedang tertunduk menghadap ke bawah. Puan Daima hanya diam tidak terkata.

“dah la..saya dah malas. Biarlah dia nak pergi mana sekali pun. Dia tu bukan urusan saya lagi” ujar Puan Daima lalu dia bangun dari duduknya kemudian melangkahkan kaki menuju ke anak tangga.

Tuan Iffat hanya memandang isterinya berlalu sehingga tubuh isterinya hilang dari pandangannya. Dia mengeluh. Kesal. Kecewa. Sedih. Buntu. Semua perasaan kini bercampur baur. Dia sedar akan semua ni silap dia. Silap dia terlalu memikirkan hati ratunya sehingga dia lupa akan hati puterinya.

tbc

KEADAAN YANG MEMAKSA AKU | OGWhere stories live. Discover now