👑 5

34 10 0
                                    

“h-hazel minta maaf..” ucap Hazel Thaura yang sedang duduk di atas sofa mewah yang terletak pada ruang tamu rumah itu. Puan Hazna, Tuan Thahir dan Hazen juga berada di tempat yang sama.

“yang kau gedik keluar dengan jantan tu malam malam kenapa?” dingin Hazen apabila mendengar apa yang di ceritakan oleh adik perepuannya itu. Hazel membuat keputusan untuk menceritakan perkara yang sebenar dengan apa yang telah jadi antara hubungannya dengan Haziq. Lelaki itu tak curang! Tapi lelaki itu telah mengambil kesempatan terhadap cinta yang dia berikan!

“Ha-Hazel tak tahu pun yang dia sanggup buat Hazel macam tu.. dia kata dia nak bawak Hazel pergi makan je” ujar Hazel. Dia menekupkan wajah cantiknya dengan kedua belah tangannya apabila tangisannya telah menguasai dirinya.

“keluar makan apa kalau dah ajak pukul 2,3 pagi” dingin Hazen lagi. Sungguh dia tidak terfikir betapa bodohnya adik perempuannya itu kepada lelaki yang dia cintai.

“Ha-Hazel terpaksa akur..lagi pun waktu tu Hazel percayakan dia” ujar Hazel bersama tangisan. Hazen memejamkan matanya sambil memicit perlahan kepalanya yang terasa sedikit pening. Pening melihat adiknya sebegini.

“tadi Hazel kena kacau dengan dia lagi, tapi.. ada dua orang perempuan tolong Hazel. Hazel tak apa apa sekarang” jujur Hazel kepada ahli keluarganya.

“ya Allah Hazel.. nasib baik tak jadi apa apa tau” ujar Puan Hazna lembut. Puan Hazna mengambil tempat di sisi anak perempuannya. Dia memeluk kedua belah bahu anak perempuannya seraya mengusap lembut belakang Hazel.

“dah..dah..benda pun dah berlalu kan? Lagi pun tak ada benda yang jadi pada Hazel pun” pujuk Tuan Thahir pula. Hazen yang setia berdiri di situ mula melangkah pergi dengan perasaan kecewa.

Daena Ifarina melangkah masuk ke dalam rumah orang tuanya dengan berhati hati agar orang tuanya tidak menyedari bahwa dia telah melanggar arahan yang di berikan kepada dirinya.

“Daena” langkahnya terhenti apabila dia di seru oleh seseorang sewaktu dia baru sahaja mahu melangkahkan kakinya naik menuju ke anak tangga. Dia memusingkan tubuhnya ke belakang menghadap ke arah suara yang menyerunya tadi.

Daena Ifarina terkedu apabila melihat siapa gerangan yang menyerunya. Kini anak mata mereka bersambung. Puan Daima menatap anak mata anak perempuannya dengan perasaan dingin yang membuak buak. Manakala Daena menatap anak mata ibunya dengan perasaan takut. Dia menarik nafas dalam sebelum dia menerima segala hukuman yang akan melanda dirinya.

Kaki Puan Daima kini melangkah ke arah anak sulongnya untuk mendekatkan lagi jarak antara mereka.

“mama Da..” kata kata Daena terhenti apabila pipinya terasa pedih akibat di tampar oleh ibunya.

“kenapa kau ni degil sangat untuk nak dengar cakap aku? Ha?!” dingin Puan Daima. Suaranya juga serak apabila mendengarkannya.

“kakak asal kau susah sangat nak dengar arahan yang mama bagi? Macam mana mama tak marah kalau kau selalu langgar arahan dia?” sampuk Dayyan Iffaz.

“berapa kali aku nak pesan dekat kau untuk jangan keluar rumah!” Puan Daima menarik kasar tudung Daena ke belakang sehingga kepalanya mendongak ke atas.

“Da-Daena minta maaf ma.. Daena terpaksa. Daena kena temankan kawan Daena” ujar Daena dengan tangisan.

“kawan? Kau tak payah nak bodohkan aku Daena. Kau tak ada kawan untuk kau temankan” sinis Puan Daima.

“Be-Betul ma.. Amira.. ka-kawan Daena” jujur Daena.

“sini kau” Puan Daima melepaskan genggamannya pada sanggul Daena, kemudian dia menarik kasar lengan anaknya agar anaknya mengikuti langkah langkahnya.

“sakit ma!” laung Daena Ifarina kuat.

“kau duduk dalam bilik ni sampai kau mampos!” dingin Puan Daima. Dia menolak kuat tubuh Daena sehingga tubuh anaknya itu tersungkur di atas lantai biliknya.

“mama jangan buat Daena macam ni ma..” rayu Daena bersama tangisannya.

“pa..tolong daena pa..” rayu Daena kepada Tuan Iffat pula. Tuan Iffat hanya diam tidak berkata. Dia dari tadi hanya diam melihat tingkah laku isterinya. Sungguh dia berasa amat kasihan kepada anak perempuannya. Tapi dia juga faham akan perasaan isterinya yang begitu benci akan kepada anak perempuannya itu, Daena Ifarina.

Puan Daima menghempas pintu itu dengan kuat sehinggakan mengeluarkan bunyi yang kuat.

“awak tolong ambilkan rantai besi dekat stor bawah” arah Puan Daima kepada suaminya. Suaminya hanya diam lalu bergerak ke tingkat bawah untuk mengambil barang yang isterinya arahkan.

Dayyan hanya diam melihat tingkah laku ibunya kepada kakaknya itu. Tidak berani dia mahu masuk campur.

“mama!” laung Daena kuat. Dia sedaya upaya untuk menarik pintu biliknya agar terbuka luas. Tapi dengan kekuatan yang dia ada tidak boleh melawan dengan kekuatan ibunya. Dia terlalu lemah.

“jangan buat Daena macam ni ma. Mama tak kesiankan Daena ke?” ujar Daena lemah.

“hati aku tak pernah terdetik untuk ada rasa kesian pada kau. Kau dah hampir bunuh anak aku! Aku tak ada anak pembunuh macam kau! Aku benci kau Daena, aku benci!” ujar Puan Daima bersama tangisannya. Pintu bilik Daena di ikat rapat pintu bilik tetamu yang berhadapan dengan bilik Daena.

Daena terdiam. Terdiam mendengar luahan ibunya. Begitu juga dengan Dayyan. Adakah dia puncanya? Daena menyandarkan tubuhnya di sebalik pintu biliknya yang sudah terkunci kemas. Daena memejamkan matanya rapat. Air matanya yang tidak henti mengalir itu di kesat lembut oleh tangannya sendiri.

“Ya Allah, penatnya..” gumam Daena perlahan.

Selesai sahaja membersihkan diri, Hazen Thufail melangkahkan kakinya dengan sendiri ke arah balkoni sederhana besar yang terdapat di dalam biliknya. Dia mendongakkan kepalanya memandang langit gelap yang dihiasi dengan bintang bintang kecil. Cantik.

Dia memandang lama terhadap satu bintang kecil yang sangat cantik di matanya. Entah kenapa dia rasa begitu, sedangkan bintang bintang di langit itu kelihatan serupa. Tapi baginya yang satu itu yang paling sempurna.

Tok! Tok!

Pintu yang di ketuk di pandang oleh Hazen.

“boleh mummy masuk?” soal Puan Hazna dari luar pintu. Hazen tersenyum mendengarnya.

“masuk lah” pelawa Hazen dari dalam. Puan Hazna melangkah menuju ke arah anak sulongnya yang berada di balkoni biliknya.

“Hazen buat apa?” soal Puan Hazna. Dia mengambil tempat di sisi anak sulongnya.

“tak buat apa pun mummy.. kenapa?” soal pula Hazen selepas menjawab soalan yang ditanya oleh ibunya.

“anak mummy ni ok?” soal lagi Puan Hazna.

“ok mummy..Cuma.. kenapa hati Hazen rasa tak sedap kenapa ye?” soal Hazen ragu ragu. Dari tadi lagi hatinya merasa akan ada sesuatu yang sedang terjadi kepada seseorang.

“pasal Hazel?” soal pula Puan Hazna. Dahinya berkerut mendengar apa yang di katakan oleh anak sulongnya.

 Hazen menggeleng.

“habis?” soal Puan Hazna. Puan Hazna menoleh ke arah wajah anak lelakinya.

“tak tahu. Dari tadi lagi” ujar Hazen. Kini Hazen pula yang menoleh ke arah ibunya.

“dah lah, tak payah fikir sangat. Hazen penat tu. Pergi lah tidur, rehat.” Ujar Puan Hazna kepada anak lelakinya seraya sengusap lembut lengan sasa anak sulongnya. Hazen hanya mengangguk setuju. Ada betulnya juga apa yang di katakan ibunya. Mungkin dia terlalu penat hari ini.

mummy keluar dulu. Tidur tau. Rehat” pinta Puan Hazna. Sempat dia memesan kepada anaknya agar berehat. Hazen hanya diam mengangguk seraya mengukirkan senyuman manis buat ibunya.

goodnight mummy” Hazen mengucup lembut ubun ubun ibunya sebelum ibunya keluar meninggalkan biliknya.

 
tbc..vote tauu..happy readingg semuaaa

KEADAAN YANG MEMAKSA AKU | OGWhere stories live. Discover now