👑16

21 4 0
                                    

Perlahan lahan Daena memusingkan tombol pintu biliknya. Pintu bilik dibuka luas. Bibir perlahan lahan mengukirkan satu senyuman manis apabila melihat biliknya masih sama seperti dahulu. Masih cantik dan kemas!

Dia melangkah masuk ke dalam biliknya, mata liar melihat halaman biliknya. Dia rindu akan bilik ini. Bilik ni lah yang selalu menjadi tempat untuk bernafas dahulu kerana apabila dia keluar sahaja daripada bilik, mesti akan terjadinya sesuatu perkara yang buruk kepada dirinya.

Kaki melangkah ke arah buku. Tangan mencapai satu buah buku lakaran miliknya. Dia menyelak satu persatu helaian kertas yang sudah di hiasi dengan dakwat pensil. Terdapat banyak lukisan lukisan mental health yang di lakarnya oleh dirinya sendiri.

Tangannya terhenti menyelak apabila melihat muka surat yang dipenuhi dengan cecair merah yang sudah bertukar warna menjadi warna yang gelap. Dia tahu, cecair merah itu adalah miliknya.

Dia kembali meletakkan buku itu ke atas rak. Kemudian dia menarik baju belah tangan kirinya keatas sehingga terdedah permukaan kulit lengannya. Kelihatan berpuluh puluh kesan torehan memenuhi lengan kirinya. Itu kesan lama, yang sudah berlalu biarlah terus berlalu. Dia sudah tidak buat perkara itu lagi. Dia sedar akan ini adalah pinjaman tuhan semata mata. Dia perlu bersyukur bahawa tuhan memberikan kepadanya tubuh badan yang sempurna. Nak di bandingkan dengan orang yang tak ada tangan dan kaki? mereka pun reti bersyukur.

“Daena” seru seseorang yang sedang berdiri di hadapan pintu biliknya. Daena menoleh ke arah yang di sebut namanya tadi.

“mama masuk boleh?” pinta Puan Daima terlebih dahulu sebelum anak perempuannya mengizinkan dia untuk masuk. Daena hanya balas dengan anggukkan.

Apabila melihat Puan Daima melabuhkan punggungnya ke atas tilam empuk itu, Daena turut mengikuti perkara yang sama. Dia duduk bersebelahan dengan ibunya.

“kenapa ma?” soal Daena bingung.

“tak ada apa.. Daena buat apa ni?” soal Puan Daima pula.

“tak ada apa ma.. Daena tengok tengok je bilik ini. Rindu..” ujar Daena. Jujur dia rindu sangat dengan biliknya ini. Entah berapa lama sudah dia meninggalkan bilik kesayangannya ini. Di sini lah dia menangis kerana kesakitan, dia tertawa kerana kegembiraan dan di sini jugalah dia kesunyian kerana seorang diri. Siapa kata menjadi anak perempuan itu adalah sesuatu perkara yang menyeronokkan? Ada kala ia sangat menyeronokkan, tapi ada kala juga adalah sebaliknya.

“mama.. papa mana?” soal Daena sebaik sahaja dia melepasi anak tangga. Puan Daima yang sedang menonton televisyen itu di pandang dengan penuh rasa sayang dia kepada ibunya.

“papa keluar.. ada hal katanya. Ala macam tak biasa papa kamu tu” ujar Puan Daima lalu menghirup sedikit air kopi yang di bancuh oleh dirinya sendiri tadi. Daena hanya mengangguk.

Ting!

Bunyi notification dari telefon Daena membuatkan dia tersengih lebar. “mama.. Daena gerak dulu” pinta Daena sebelum dia melangkah pergi. Puan Daima hanya membalas dengan anggukkan. Matanya tetap pada screen televisyen yang terletak pada ruang tamu rumahnya itu.

“Daena” langkah Daena terhenti apabila mendengar seseorang menyerunya dari belakang. Dia memusingkan tubuhnya menghadap ke belakang.

“nanti Daena balik sini balik kan?” soal Puan Daima. Wajah wanita itu kelihatan seperti ketakutan menunggu jawapan daripada anaknya. Daena tersenyum lalu perlahan lahan dia mengangguk iya. Ibunya itu menghembus nafas lega selepas mendapat jawapan daripada anaknya.

Pintu kereta belah penumpang depan di buka oleh Daena. Dia mengangkat kaki untuk memasuki kereta tersebut. Melihat lelaki itu tenung wajahnya semacam, membuatkan dirinya tidak senang duduk.

KEADAAN YANG MEMAKSA AKU | OGWhere stories live. Discover now