👑 18

23 4 0
                                    

Kebumikan jenazah kedua orang tua Daena adalah pada waktu malam hari perkahwinan mereka. Tidak begitu ramai orang yang hadir ke kuburan itu. Hanya orang orang terdekat sahaja.

Selesai sahaja kebumikan kedua orang tua Daena, tetamu tetamu yang hadir pada malam itu mula pergi meninggalkan perkuburan tersebut termasuklah orang tua Hazen.

Kini, yang berada di perkuburan itu hanya lah sepasang suami isteri iaitu Hazen dan juga Daena.

“kau masuk kereta dulu, aku nak duduk sini” ujar Daena biasa. Hazen hanya menurut. Dia membuka langkah meninggalkan isterinya  seorang diri. Daena toleh ke arah Hazen yang semakin jauh bersama dirinya itu, kemudian dia toleh semula ke arah tanah perkuburan orang tuanya.

Kubur Puan Daima dan Tuan Iffat hanya terletak bersebelahan sahaja. Dan kini, Daena berada di tengah tengah di antara kubur ibunya dan juga bapanya.

Tangisan seorang anak perempuan memecah suasana sunyi perkuburan itu. Dia menangis dengan begitu hebat. Susah untuk dia mengikhlaskan kepergian kedua orang tuanya. Dia tak kuat.

“sakit..” ujar Daena. Suaranya sedikit bergetar apabila ingin melontarkan kata kata.

“sakit ya allah” ujarnya lagi.

“ke-kenapa.. kenapa mama papa tinggalkan Daena seorang kat sini?” ujarnya bersama tangisan. Dia tidak dapat untuk menahan dirinya dari mengalirkan air mata kerana bagi dirinya ini adalah perkara yang paling berat untuk dia lalui seorang diri.

“Daena tak kuat ma..” laung Daena Ifarina. Kemudian tangisannya semakin kuat.

“Daena sakit pa..” sambung Daena apabila tangisannya semakin berkurangan.

“D-Daena nak ikut mama.. Daena nak ikut papa..” payah untuk Daena bersuara. Dia terkedu dengan apa yang jadi sehingga kehilangan kota suara untuk dilontarkan.

Setitik demi setitik air hujan membasahi tubuh lemah Daena. Apabila dia mendongak, air hujan menyinggah pula ke wajah sembab Daena. Hujan semakin lebat. Tapi tidak pula Daena bangun untuk mencari tempat teduh. Dia hanya membiarkan dirinya dibasahi hujan bersama kubur kedua orang tuanya.

Dia tersedar akan dirinya tidak lagi dibasahi oleh air hujan. Apabila dia kembali mendongak, kelihatan ada seorang lelaki berbadan tegap sedang berdiri dihadapannya sambil memegang satu payung berwarna hitam. Kini, lelaki itu juga berada di tengah tengah di antara kubur ibu dan bapanya.

Mata Daena tak lepas dari memandang wajah lelaki itu. Lelaki itu memberikan senyuman, tapi tidak pula dia membalas. “jom balik sayang..” pujuk Hazen lembut. Daena hanya diam, kemudian pelahan lahan dia mengangguk setuju. Hazen kembali tersenyum seraya menghela nafas berat. Syukur isterinya ingin mendengar kata katanya. Tapi jika tidak sekalipun dia akan tetap menemani isterinya disini.

“mama.. papa.. Daena balik dulu..”

“Daena minta maaf kalau selama mama papa hidup, mama papa menderita disebabkan Daena” ucap Daena bersama tangisan.

 “Ja-jangan risau, Daena maafkan segala dosa mama papa pada Daena. Daena tahu mama papa juga penat” kata kata Daena terhenti akibat tangisan yang sedang mengawal dirinya.  “

Mama papa pun sakit hidup di dunia ni kan? Nampaknya dah sampai masa untuk mama papa rehat, dan Daena tetap kena teruskan hidup walaupun ianya berat” tangannya diangkat untuk mengesat air matanya yang dari tadi hanya mengalir.

“Terima kasih dah bagi Daena merasa kasih sayang seorang ibu dan ayah” Daena tersenyum melihat kuburk kedua orang tuanya.

“Walaupun ianya hanya sementara sebelum semuanya hilang sekelip mata, tapi Daena bersyukur.. mama papa tenanglah kat sana.. Daena yang kat sini akan cuba untuk mengikhlaskan” sambung Daena Ifarina untuk ibu bapanya sebelum dia bangun dari duduknya.

KEADAAN YANG MEMAKSA AKU | OGWhere stories live. Discover now