👑 22

22 3 0
                                    

“aik.. sekejap je keluar Hazen?” soal Puan Hazna yang sedang duduk di atas sofa yang terletak di ruangan tamu. Kelihatan Ton Wan, Mia, Tuan Thahir dan juga Hazel turut berada di tempat yang sama.

“sekejap je la mi.. pergi kedai buku je” jawab Hazen dengan sopan. Dia tarik tangan isterinya mendekati mereka. Daena menyorokkan sedikit plastik yang berisikan novel novelnya itu.

“dasar perempuan kaki kikis” ngomel Mia apabila melihat plastik yang di pegang Daena. Daena hanya tertunduk mendengarkannya.

“baru kahwin dah kaki kikis ye kau ni?” sambung Tok Wan pula. Daena kaku. Betul juga apa yang di katakan oleh Tok Wan itu. Baru dia sedar dirinya seperti apa yang dikatakan itu. Tapi bukan dia yang mintak barang ni! Hazen yang pandai pandai buat perjanjian.

“Tok Wan.. mana ada Daena kaki kikis Tok Wan. Buku buku ni semua Hazen yang nak belikan untuk dia, dia tak mintak pun” tegur Hazen cara baik. Daena toleh ke arah suaminya. Sungguh dia terkedu apabila Hazen sanggup membela dirinya. Tapi Daena? Dia hanya mampu diam apabila kutuk. Dasar perempuan lemah.

“sayang naik atas dulu. Pergi letak barang” ujar Hazen kepada Daena. Daena hanya menurut. Perlahan lahan kaki mula melangkah pergi ke arah anak tangga.

Daena meletakkan plastik yang berisikan buku buku yang dibelikan oleh suaminya tadi ke atas meja solek. Dia buka tudung yang dililit di kepalanya tadi lalu dia capai pula sehelai tudung sarung untuk dia pakai.


“Hazen, kamu jangan manjakan sangat isteri kamu tu” ujar Tok Wan  tanpa rasa bersalah.

“kenapa pula Tok?” Hazen kerut dahi melihat neneknya. Nak manjakan isteri pun salah ke?

“takkan Hazen nak manjakan isteri Hazen pun tak boleh?” soal Hazen lagi.

“bukan tak boleh. Tok cuma nak pesan awal awal je. Tok risau kalau kamu yang kena pijak suatu hari nanti” kata Tok Wan. Hazen hanya mampu diam dan memberikan senyuman kepada neneknya itu. Melihat dari riak wajah neneknya, sungguh wanita itu tidak suka akan isterinya.

“apa yang ada pada Daena sampai kamu kahwin dengan dia? Hazen tahu Tok Wan tak suka perempuan lain selain Mia kan? Selama ni bila Tok Wan nak jodohkan kamu dengan Mia, kamu kata apa?” ujar Tok Wan dengan nada keras.

“Kamu kata yang kamu tak bersedia untuk ada isteri lagi, tanggungjawab besar. Itu yang Hazen cakap, tapi tak ada angin tak ada ribut tiba tiba kamu kahwin” sambung Tok Wan kedapa cucu kesayangannya.

“mak..”

“ke kamu yang paksa anak kamu kahwin dengan perempuan tu? Mak tengok suka betul kamu dengan perempuan tu ya?” potong Tok Wan dengan kata kata Puan Hazna.

“Tok.. mana ada mummy yang paksa. Jodoh dah sampai, nak buat macam mana?" ujar Hazen apabila neneknya mula mengaitkan ibunya.

Daena yang sedang menyorokkan diri di sebalik dinding yang memisahkan antara ruang itu dan ruang tamu itu juga terdengar dengan kata kata mereka. Jadi betul lah Mia tu adalah perempuan pilihan neneknya. Adakah perkahwinan mereka tidak di restu oleh wanita itu?

“Tok Wan tak kira. Walau macam mana sekali pun, Tok Wan tak suka dia. Tok Wan nak kamu dengan Mia kahwin” bantah Tok Wan. Daena yang mendengarnya hati terasa sesak untuk bernafas. Hazen akan ceraikan dia? Dia baru sahaja menjadi isteri orang, dan kini dia akan di ceraikan?

“tapi Hazen dah ada isteri Tok Wan” bantah Hazen pula. Sungguh dia tak suka apa yang neneknya kata. Kalau Daena dengar macam mana?

“ceraikan dia sementara kamu belum pernah tidur dengan dia” ujar Tok Wan dengan keras. Hazen terkedu. Sungguh terkedu dengan apa yang dia dengarkan. Dan begitu juga dengan yang lain. Tidak percaya dengan apa yang wanita tua itu katakan.

Daena pula, dia bagaikan lupa bagaimana hendak bernafas. Pandangannya sudah kabur akibat air matanya yang sedang bertakung. Tunggu berapa minit sahaja lagi tertitis lah air mata itu.

“Mak!” laung Puan Hazna dengan keras. Dia bangun dari duduknya menghadap ke arah ibunya.

“apa pun yang akan terjadi dan yang bakal terjadi, Hazen tak akan sesekali ceraikan Daena” ujar Hazen dengan keras. Tiada lagi tanda tanda dia perlu berlembut dengan wanita tua itu untuk hari ini.

“kalau macam tu, jadikan Mia isteri kedua Hazen” cadang Tok Wan tanpa ada rasa sebersalah. Hazen menarik nafas dalam. Hati terasa ada api yang sedang membakar. Tapi dia sedar akan siapa yang dia marahkan. Walau macam mana sekalipun, wanita itu adalah neneknya. Wanita yang telah melahirkan syurganya.

“Tok Wan.. Ini hidup Hazen. Jadi Hazen berhak untuk menetukan kehidupan Hazen. Tok Wan tak boleh nak aturkan hidup Hazen macam tu aje” ujar Hazen biasa. Hati masih terasa dengan kata kata neneknya.

“semenjak kamu kahwin dengan dia. Kamu dah pandai nak melawan Tok Wan ya? Apa yang dia dah letak pada kamu sampai kamu tunduk dekat dia?” soal Tok Wan lebih kepada menfitnah. Mendengar dengan apa yang dikatakan oleh wanita tua itu, serta merta telefon bimbit yang berada di tangannya terjatuh di atas lantai sehingga mengeluarkan bunyi yang menyedarkan mereka bahwa dirinya juga mendengar dengan apa yang mereka katakan dari tadi.

Pantas mata mata mereka tertoleh ke arahnya. Kejadian tersebut membuatkan Daena pantas mengesat air matanya yang sudah mengalir dengan hebat. Dia mencapai telefon bimbitnya kemudian cepat cepat pergi meninggalkan tempat itu. Malu? Sakit? Kecewa? Segala perasaan negatif sedang menyelubungi hatinya.

Hazen pantas bangun daripada duduknya kemudian berlari mendapatkan isterinya.

Sampai sahaja di bilik tidur mereka, Hazen pantas menarik isterinya ke dalam dakapannya. Dia memeluk erat tubuh kecil isterinya dan hanya membiarkan isterinya menangis di dalam pelukkannya.

“dah puas nangis dah?” soal Hazen lembut apabila tangisan isterinya hilang. Daena tolak perlahan dada suaminya untuk menambahkan jarak di antara mereka.

“Hazen” seru Daena perlahan. Mata sembab Daena di pandang oleh Hazen. Hati terasa sesak menunggu kata kata yang akan di lontarkan oleh isterinya.

“ceraikan je lah saya” ujar Daena perlahan.

no!” bantah Hazen dengan keras. Apa yang isteri dia katakan ni?

“Hazen.. kita tak akan bahagia..”

“kenapa? Sebab Tok Wan tak restu? Penting ke semua tu? Bukan ke yang penting adalah restu seorang ibu?” bertubi tubi soalan yang di berikan oleh Hazen. Daena terkedu. Hazen mengeluh seketika apabila melihat air mata isterinya perlahan lahan mengalir menuruni pipi.

“kenapa menangis pula ni sayangg..?” soal Hazen lembut.

“a-abang ma-marah Daenaaa...” luah Daena sambil tersedu sedu. Sekali lagi Hazen menarik isterinya ke dalam pelukan.

“abang tak marah sayang” ujar Hazen sambil mengusap lembut belakang tubuh isterinya.

“ti-tipuu” ujar Daena yang sedang menyembamkan wajahnya ke dada suaminya.

“tak sayang. abang tak tipu” pujuk Hazen.

“betul?” soal Daena dengan mendongak memandang wajah suaminya. Hazen tersenyum kemudian dia mengangguk kecil ke arah isterinya. Hazen menunduk mencium dahi isterinya.

KEADAAN YANG MEMAKSA AKU | OGWhere stories live. Discover now