👑 21

24 3 0
                                    

Pagi pagi lagi Daena sudah turun untuk membantu Makcik Nissa dan ibu mentuanya menyiapkan sarapan pada pagi itu.

“mana Hazen, Daena? Tak bangun lagi ke?” soal Puan Hazna yang sedang membancuh air di dalam jug.

“tak tahu lah. Tadi dah bangun, tak tahu lah kalau dia tidur balik” ujar Daena sopan. Tangannya sibuk mencuci pinggan dan mangkuk serta peralatan yang telah digunakan untuk menyiapkan sarapan pada pagi itu.

“Daena pergi tengok dia. Singki tu tinggalkan aje dulu” arah Puan Hazna. Daena hanya menurut. Dia membasuh tangannya sehingga bersih kemudian dia mengeringkan pula tangannya sebelum dia melangkah pergi menuju ke arah anak tangga.

Buka sahaja pintu bilik. Mata Daena membulat apabila melihat suaminya hanya bertuala dan hanya menutupi paras pinggang sehingga lutut, selebihnya hanya terdedah begitu sahaja.

“erk” Daena memusingkan badannya hendak keluar daripada bilik. Belum sempat dia mahu melangkahkan kaki keluar, Hazen terlebih dahulu pantas menarik lengan isterinya. Pintu bilik itu di tutup rapat.

Kini mereka sedang berdiri secara bertentangan. Mata Hazen tepat pada wajah cantik isterinya. Tapi tidak pula dengan Daena. Matanya sibuk menilik satu persatu di kawasan bilik itu. Sengaja tidak mahu bertentang mata dengan suami.

“urm.. Mummy suruh panggil, turun bawah” ujar Daena takut takut. Mahu atau tidak, apabila dia hendak bercakap dengan suaminya, wajib untuk dia pandang wajah suaminya. Itu yang telah di ajarkan oleh arwah mamanya.

“mummy suruh panggil ke awak yang gatal nak masuk?” usik Hazen dengan mendekatkan lagi wajahnya dengan wajah isterinya.

“ish.. mummy lah! lagi pun, mana Daena tahu abang tengah nak pakai baju!” bantah Daena Ifarina dengan kata kata suaminya. Dia menolak sedikit tubuh suaminya yang terdedah itu sehingga jarak mereka sedikit bertambah.

“eleh tak nak mengaku pulak dia” usik Hazen lagi apabila melihat wajah isterinya bertukar tona merah. Comel!

“eh kau ni.. pakai baju cepat! Lepas tu turun bawah. Mummy dah bising dah tu” bengis Daena. Sungguh dia tidak suka apabila di usik begitu. Dia malu! Hazen tergelak kecil apabila melihat wajah isterinya semakin merah.

“jangan turun lagi. Tunggu abang. Kita turun sama sama” ujar Hazen seraya menarik tangan Daena yang baru saja hendak berlalu pergi.


“baru turun?” soal Tok Wan yang berada di ruang tamu bersama ahli keluarga yang lain. Hazen dan Daena hanya diam dan menghadiahkan senyuman manis buat orang tua itu. Hazen menarik tangan Daena mendekati neneknya untuk bersalaman.

“ni ke bini kamu tu Hazen?” soal Tok Wan selepas menyalami cucu kesayangannya. Hazen senyum seraya menganggukkan kepalanya. Daena menghulurkan tangannya untuk bersalaman, akan tetapi hulurannya sama sekali tidak di balas oleh orang tua itu.

“siapa nama?” soal Tok Wan kepada Daena.

“Daena Ifarina. Panggil saya Daena je pun boleh” jawab Daena dengan tutur kata yang sopan.

“abangg Hazen!!” laung seseorang yang sedang berlari ke arah mereka. Apabila dia berdiri tepat di sisi lelaki itu, panatas dia memaut lengan sasa milik Hazen.

“eh!” Hazen terkedu dengan tindakan Mia kepadanya. Dia menolak sedikit kuat tubuh wanita itu sehingga jarak antara mereka bertambah.

“Mia!” jerit Hazel. Dia juga terkedu dengan perbuatan mia kepada abangnya.

“alaa.. Mia rindu abang je” luah Mia sambil bermain main dengan jarinya sendiri.

“rindu kepala hotak kau!” bengis Hazel. Hati terasa membuak buak apabila melihat tindakan Mia tadi. Dah tak tahu halal dan haram ke?

“Hazel” seru Tok Wan dengan nada yang keras. Hazel hanya diam apabila namanya diseru begitu.

“biarlah dia, kan dia kata dia rindu je” ujar Tok Wan dengan membela akan perbuatan Mia.

“seriously Tok Wan? Dah tak tahu halal haram?” soal Hazel dengan wajah yang tertanya tanya. Makin tua makin buat dosa.

“Mummy, Hazen nak keluar ni. Dengan Daena” pinta Hazen sebelum dia melangkah pergi. Ada baiknya dia pergi dahulu sebelum keadaan menjadi semakin teruk.

“iye lah. baik baik” ucap Puan Hazna dengan lembut. Mereka menyalami Puan Hazna terlebih dahulu sebelum mereka bergerak pergi.

“nak ikut boleh?” soal Mia dengan nada yang agak manja. Hazen menjeling ke arah gadis itu tanpa memberikan sebarang jawapan. Kemudian, Hazen pandang pula wanita yang berada di sebelahnya. Daena juga tiada jawapan. Dia hanya diam memandang wajah suaminya.

“boleh la.. Daena, Mia bosan duduk rumah” ujar Mia lagi dengan memuncungkan sedikit bibirnya dan menggoncangkan sedikit tubuhnya ke kanan dan ke kiri.

“pikir comel ke sial buat muka macam tu” seloroh Hazel dengan wajahnya yang meluat.

“kau bosankan? Jom teman aku siram pokok kat belakang. Lepas tu, kita kemas bilik Tok Wan pula. Nanti susah Tok Wan nak tidur malam ni kalau bilik berhabuk” cadang Hazel. Pantas Hazel menarik tangan gadis itu untuk berlalu pergi daripada kawasan itu.
Suasana di dalam kereta tersebut hanya di hiasi dengan rentak lagu. Mereka berdua langsung tidak mengeluarkan suara.

“Daena?” seru Hazen. Hati terasa tidak sedap apabila isterinya hanya mendiamkan diri darpada tadi.

“hm” gumam Daena sebagai respon.

“awak ok tak?” soal Hazen ragu ragu. Apabila dia toleh ke arah isterinya, tiada senyuman yang terukir di bibirnya.

“ok” jawab sepatah daripada isterinya. Hazen menghembus nafas berat. Dia tahu isterinya tipu.

Brek ditarik apabila keretanya berhenti tepat di tepi jalan. “kenapa berhenti?” Daena kerut dahi apabila Hazen memberhentikan keretanya di tepi jalan.

tell me, what's your problem?” soal Hazen lembut. Hazen memusingkan badannya ke tepi menghadap isterinya. Matanya tepat pada anak mata milik isterinya. Apabila Daena mengalihkan pandangannya ke hadapan, Hazen memegang ke dua belah pipi isterinya untuk memandang ke arahnya.

tell me sayang..” ujar Hazen lagi. Daena tidak bersuara. Lama mata mereka bertaut. Sehinggalah Hazen membuka kata.

“pasal Tok wan dengan Mia ke sayang?” soal Hazen walaupun dia yakin bahwa sebab itu lah isterinya tiba tiba mendiamkan diri.

“look. Tok Wan memang macam tu. Yes abang mengaku Tok Wan memang ada niat untuk jodohkan abang dengan Mia. Dan Mia pun memang dah suka kan abang dari dulu lagi” terang Hazen Thufail. Ada baiknya dia hanya jujur saja.

then? Kenapa abang tak kahwin je dengan Mia?” soal Daena dengan nada keras, akan tetapi masih ada terselit hormatnya dia kepada suami.

“Ya Allah, kenapa abang ke kahwin dengan dia pula?” soal Hazen semula. Apa pulak isteri dia ni?

“abang yang cakap tadi Tok Wan nak kahwinkan abang dengan Mia tu” ujar Daena Ifarina.

“tapi abang tak cakap yang abang nak kahwin dengan dia” ujar Hazen. Daena hanya diam. Tidak ada kata kata lagi yang hendak dia keluarkan.

“dah lah yang.. jangan lah marah abang. Abang tak buat apa pun. Jangan dengar apa orang kata ok? is it okay if we just focus on our marriage?” ujar Hazen lembut kepada isterinya.

“nak beli novel tak?” soal Hazen seraya tersenyum manis ke arah isterinya.

“nak!” ujar Daena gembira. Mendengar sahaja perkataan ‘novel’ hati terasa senang. Masalah masalah yang dihadapi terus menghilang.

“kalau macam tu jangan merajuk lagi” Hazen sengih gembira kemudian dia mengusap perlahan ubun ubun isterinya sebelum kereta miliknya mula meluncur di atas jalan.

tbc

KEADAAN YANG MEMAKSA AKU | OGWhere stories live. Discover now