👑 27

10 2 0
                                    

Kini, sudah masuk sebulan mereka di gelar sebagai suami isteri. Sejak  kejadian pada hari tu, Hazen tidak lagi membenarkan Daena berjumpa dengan Tok Wan dan juga Mia. Manakala hubungan Daena dengan mak dan bapa mentua dia pula sudah berubah seperti sedia kala.

Pada mulanya Puan Hazna begitu terkejut dengan tuduhan Mia itu. Ada masa dia percaya dan ada masa dia masih ragu ragu dengan kepercayaan itu. Akan tetapi selepas hatinya terdetik untuk melihat cctv, hatinya tidak lagi merasakan ragu ragu terhadap menantunya itu.

Bagaimana pula dengan Tuan Thahir? Tuan Thahir pula dari awal sehingga kini dia tidak mengambil peduli. Apa yang penting, semuanya selamat.

“abang” seru Daena seraya melangkahkan kaki ke arah suaminya yang sedang menonton televisyen. Hazen toleh ke arah isterinya lalu mengangkat kening tanda memberi respon.

“ish. Bosan lah cerita ni!” ujar Daena selepas dia belabuhkan punggungnya ke atas sofa bersebelahan dengan Hazen.

“pulak. Habis awak nak tengok cerita apa?” soal Hazen.

“entah lah” Daena mengangkat kedua belah bahunya. Dia menyandarkan kepalanya ke atas bahu suaminya.

“abang” seru Daena Ifarina lagi.

“hm” gumam Hazen Thufail.

“kalau abang.. abang nak anak lelaki ke perempuan untuk jadi anak sulung suatu hari nanti?” soal Daena. Mata masih tepat pada screen televisyen yang sedang terpampar dengan video.

“abang tak kisah lah lelaki atau perempuan. Kalau sayang?” soal semula Hazen kepada Daena.

“Daena pun tak kisah. Tapi.. kalau diberikan pilihan, Daena nak lelaki. First sebab biarlah lelaki, senang kalau kita dah tak ada dia boleh jaga adik adik dia.” Kata Daena. Hazen tersenyum mendengar kata kata isterinya.

Second, Daena tak nak anak Daena rasa macam mana Daena rasa. Daena tahu betapa sakitnya jadi anak sulung perempuan.” Sambung Daena. Hazen yang sedang memeluk bahu isterinya dengan sebelah tangannya, dia mengusap lembut bahu isterinya.

“Sakit tau. Lagi sakit bila tengok mak ayah kita lebih kan adik adik daripada kita yang sulung ni. Dah la sulung. Banyak tanggungjawabnya. Lepas tu kena abaikan pulak.. Hahaha..” sambung Daena lagi seraya tertawa terpaksa di hujung ayatnya.

“sayang.. tak baik tau ungkit ungkit macam tu.. nanti mama dengan papa rasa bersalah kat sana nanti macam mana?” tegur Hazen lembut walaupun dia sedikit bersimpati atas kehidupan isterinya itu.

“kalau macam tu muncul lah depan Daena. Peluk Daena. Mintak maaf kat Daena. Dia orang tak rindu Daena ke?” ujar Daena. Dia tidak berniat untuk berkata begitu. Tetapi dia terlalu rindu akan kedua orang tuanya. Sejujurnya, dia sudah memaafkan dan mengikhlas kan kesemuanya perbuatan mama dan papanya kepada diri dia dahulu. Di sebabkan mereka juga dia menjadi wanita yang kuat.

“sayangg…” seru Hazen meleret.

sorry” ucap Daena lembut seraya pandangannya tertunduk. Kepalanya masih disandarkan pada bahu Hazen.

“tak mengantuk ke abang? Esok kerja tahu?” soal Daena Ifarina. Dia angkat kepala kemudian memandang ke arah suaminya.

“ngantuk lah ni. Jom lah naik” ajak Hazen.

“cerita ni?” soal Daena Ifarina. Belum habis lagi dah nak tutup?

“tutup je lah, lain kali boleh tengok balik” ujar Hazen. Dia menarik tangan Daena untuk bangun dari duduknya lalu melangkah menuju ke arah anak tangga.

Langkahnya terhenti apabila melihat adik bongsunya sedang berdiri di hadapan pintu bilik yang adiknya sedang diami. Riak wajah Daena bertukar menjadi ketat.
Tidak menunggu lama, dia meleraikan tangannya dan tangan Hazen lalu melangkah melepasi anak tangga.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 2 days ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KEADAAN YANG MEMAKSA AKU | OGWhere stories live. Discover now