Dengan perlahan lahan kelopak mata Daena Ifarina terbuka. Kosong. Hati rasa kosong. Fikiran dan mental juga rasa kosong. Apa yang dia lihat jelas berada dia berada di satu bilik yang agak mewah baginya. Tiada seorang pun yang berada di dalam bilik itu kecuali dirinya sendiri.
Dia menegakkan badannya lalu menyandarkan belakangnya di kepala katil yang berasaiz queen. Mata meliar memandang kawasan di dalam bilik itu. Kelihatan terdapat beberapa perabot yang tersusun dengan kemas. Sesuai tempatnya dengan kedudukan perabot itu. Cantik!
Tapi.. dimanakah dia berada sekarang?
“gu-gua tu..mimpi?” soal Daena sendiri dengan nada perlahan. Tapi.. jika betul dia bermimpi di manakah dia berada sekarang? Bilik ini sungguh asing baginya. Ini bukan rumah orang tuanya.
Prak!
Kedengaran suara pintu bilik yang terkuak dengan perlahan lahan itu di pandang oleh Daena. Dia mengerutkan dahinya apabila melihat seorang wanita tua lingkungan 50 an melangkah masuk ke dalam bilik itu.
“dah bangun?” soal wanita tua itu dengan tenang dan sopan, dia mengukirkan satu senyuman manis kepada wanita itu. Dia melangkah mendekati Daena ke arah katil bersaiz besar itu.
“urm..saya dekat mana?” soal Daena teragak agak. Wanita tua itu melabuhkan punggungnya ke atas katil empuk itu menghadap Daena.
“panggil saya makcik nissa. Saya orang gaji di rumah ni” ujar Makcik Nissa tanpa menjawab soalan yang di tujukan kepadanya. Daena mengerutkan dahi. Aik.. tanya lain, yang di jawabnya lain. Akan tetapi Daena tidak membalas apa apa, dia hanya memberikan senyum segaris kepada wanita tua itu.
Anak mata Daena teralih kepada seorang lelaki yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam bilik itu. Lelaki itu berjalan menuju ke arahnya.
“eh. Hazen balik makan tengah hari ke?” soal Makcik Nissa dengan wajah sedikit terkedu, Makcik Nissa bangun dari duduknya dan berdiri di sisi katil itu. Hazen hanya mengangguk iya kemudian dia senyum kepada pembantu rumah orang tuanya itu.
“oh kalau macam itu, Makcik keluar dulu lah ye?” pinta Makcik Nissa sebelum dia berlalu pergi. Hazen hanya mengangguk sekali kemudian matanya teralih kepada gadis yang sedang terduduk di atas katil itu. Daena mengerutkan dahinya serta berasa agak kurang selesa apabila di pandang lama oleh seorang lelaki asing baginya itu.
“aku dekat mana?” soal Daena mendahulukan perbualan antara mereka.
“parents aku” jawab Hazen ringkas.
“macam man..”
“aku dengan kawan aku jumpa kau dekat satu gua. Waktu tu kau dah tak sedarkan diri, tapi kau hidup lagi. Jadinya aku bawa kau balik sekali” terang Hazen Thufail. Kata kata Daena terhenti apabila suara lelaki itu mula memotongnya.
“gua tu.. jadinya bukan mimpi?” soal Daena bersungguh. Dia terkedu. Maknanya gua seindah itu wujud di alam nyata!. Hazen menggelengkan perlahan kepalanya ke kanan dan ke kiri tanda menjawab soalan yang di berikan.
“parents ka..”
“aku dah ceritakan semuanya dekat dia orang daripada A to Z. Tak payah risau, tak ada sebab dah untuk mereka salah faham” terang Hazen. Sekali lagi kata kata Daena dipotong oleh lelaki itu. Daena mengangguk perlahan apabila mendengar penerangan daripada lelaki itu.
“terima kasih” ucap Daena Ifarina perlahan, tapi sempat di dengarkan oleh lelaki itu. Kemudian Deana menundukkan pandanganya ke bawah menghadap jari jemarinya yang memintal mintal hujung tudungnya. Berkeronyok hujung tudungnya apabila tangannya tidak henti henti memintal bagi menutup rasa segannya kepada lelaki itu.
YOU ARE READING
KEADAAN YANG MEMAKSA AKU | OG
RomanceDengan lafaz بسم الله الرحمن الرحيم saya mulakan.. cerita ini mengisahkan mengenai seorang perempuan yang hidupnya telah dibenci oleh keluarganya sendiri. Setelah sekian lama dia mengahadapi ujian ujian hidupnya dengan ikhlas dan redha, tuhan telah...