“assalamualaikum mummy” ucapan salam keluar daripada mulut Hazen selepas dia melangkah masuk ke dalam rumah orang tuanya. Kelihatan semua orang berada di ruang tamu rumah itu.
“waalaikumusalam” jawab Puan Hazna perlahan tetapi sempat menyinggah ke telinga anak lelakinya. Matanya kekal pada screen tv yang terletak di kawasan ruang tamu rumahnya itu.
“eh.. daddy tak kerja hari ni?” soal Hazen seraya mengerutkan dahinya.
“tak” jawab Tuan Thahir.
“Hazen sini sekejap” arah Tuan Thahir. Anak sulongnya itu hanya akur. Kaki melangkah mendekati mereka. Dia melabuhkan punggungnya di atas sofa. Hazen mengangkatkan sebelah keningnya ke atas sambil memandang ayahnya.
“daddy rasa.. daddy dah tak nak masuk ofis lagi” ujar Tuan Thahir kepada anaknya. Puan Hazna, Hazel dan Daena hanya mendengar perbualan mereka tanpa memberikan gangguan kepada mereka. Mata tetap pada screen tv itu.
“aik, kenapa?” bingung Hazen Thufail.
“daddy dah tua.. dah tak larat nak kerja lagi. Lagi pun masa ni la daddy nak luangkan masa bersama mummy” kata kata Tuan Thahir membuatkan Puan Hazna berpaling kepadanya. Senyuman gedik di berikan kepada suaminya.
“lah pulak” ujar Hazen dengan wajah meluatnya. Eleh ingat sweet ke? Tunggu la dia ada isteri nanti.
“lagi pun, syarikat tu dah serahkan kepada Hazen seratus peratus kan? Daddy Cuma bantu sikit sikit aje” ujar Tuan Thahir lagi.
“urm, tapi Hazen tak boleh uruskan sendiri daddy” ujar Hazen dengan nada biasa.
“tapi tak apa lah kalau daddy kata macam tu. Tapi apa pun, Hazen still perlukan pertolongan daddy” sambung Hazen. Daena Ifarina yang mendengar kata kata lelaki itu, terbayang akan wajah ayahnya. Jika benar seorang anak lelaki pun perlukan pertolongan ayahnya, inikan pula seorang anak perempuan?
Tuan Thahir memandang anak lelakinya seraya menghadiahkan senyuman manis buat anaknya itu. Hanya Allah yang tahu bagaimana dia berasa bersyukurnya kerana telah menghadiahkan kepada dirinya seorang anak lelaki yang sering memahami dirinya.
Hazen mengangkatkan satu keningnya kepada seorang gadis yang dari tadi tak lepas dari tenung wajahnya. Daena mengalihkan pandangannya ke hadapan apabila melihat bibir merah jambu lelaki itu telah mengukirkan senyuman nakal. Kelihatan wajahnya mula membahang dan bertukar tona merah akibat menahan malu. Hazen yang memandangnya tersenyum lalu dia tergelak kecil.
“kau dah kenapa Hazen?” ujar Hazel apabila melihat abangnya tertawa secara tiba tiba.
“ha? Kenapa apa?” soalan di balas soalan. Kini pandangan Hazen di berikan kepada adik perempuannya.
“buang tebiat ke gelak sorang sorang?” ujar Hazel.
“oh tak ada apa. Rasa kelakar pulak” ujar Hazen sambil menjeling ke arah Daena. Gadis itu menyorokkan wajahnya dengan berpaling ke tepi. Wajahnya makin membahang apabila lelaki itu berkata. Dia tahu Hazen tujukan kepada dirinya.
“ha, Daena? Dah kenapa pulak ni?” ujar Hazel Thaura apabila melihat Daena yang seakan tidak senang duduk di situ.
“kenapa?” pandangan Daena tepat kepada wajah cantik Hazel.
“Daena panas ke? Muka Daena jadi merah!” selamba Hazel berkata. Kini perasaan Daena semakin malu! Tambah pula semua mata mata sedang berpaling ke arahnya.
“eh, tak ada lah. Cuma terasa sempit” ujar Daena seraya menjeling ke arah lelaki yang bernama Hazen Thufail.
“sempit?” bingung Hazel. Matanya memandang ke kanan dan ke kiri melihat kawsan di situ. “Sempit ke? Luas je aku tengok” ngomel Hazel dalam hati.
YOU ARE READING
KEADAAN YANG MEMAKSA AKU | OG
RomanceDengan lafaz بسم الله الرحمن الرحيم saya mulakan.. cerita ini mengisahkan mengenai seorang perempuan yang hidupnya telah dibenci oleh keluarganya sendiri. Setelah sekian lama dia mengahadapi ujian ujian hidupnya dengan ikhlas dan redha, tuhan telah...