👑 25

10 2 0
                                    

mummy, salam. Hazen nak balik dah” ujar Hazen Thufail seraya menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Puan Hazna hanya menyambut tanpa ragu ragu. Dia mengahadiahkan senyuman buat anak sulungnya itu.

Daena yang dari tadi hanya menunduk, kini dia angkat kepala untuk bersalaman dengan mak mentuanya pula. Puan Hazna juga  menyambutnya huluran menantunya tanpa ada rasa ragu ragu. Tentang semalam tu.. nantilah dia fikirkan.
Tuan Thahir memeluk anak lelakinya seraya menepuk perlahan lahan bahu anaknya.

“apa pun jadi.. percayakan isteri dulu zen” ujar Tuan Thahir perlahan. Hanya Hazen sahaja yang dapat mendengarnya. Pelukan di leraikan. Hazen senyum sebaris kemudian dia angkat beg baju yang agak besar itu keluar dari pintu rumah.

“awak tunggu abang dalam kereta dulu sayang..” ujar Hazen selepas selesai memasukkan beg ke dalam bonet kereta tesla putih milik adiknya, Hazel. Di sebabkan keretanya hanya mempunyai satu pintu, dia terpaksa untuk meminjam kereta adiknya untuk membawa kesemua bajunya pulang ke rumah.

mummy Hazen nak cakap dengan mummy sekejap” ujar Hazen selepas dia kembali memasuki ke dalam rumah. Puan Hazna hanya akur, dia mengikuti langkah anak sulungnya itu sampai ke gelangsar besar yang menghubungkan ruang tengah dengan kolam renang.

“Daena tak buat mummy” ujar Hazen tiba tiba. Puan Hazna toleh ke arah anaknya kemudian tersenyum melihat anaknya yang sedang mempertahankan isterinya.

“Hazen percaya dengan apa yang Daena kata. Dia tak buat. Tak ada sebab pun untuk Daena nak baling pinggan tu dekat Tok Wan” ujar Hazen lagi.

“mana Hazen tahu yang tak ada sebab?” Puan Hazna membuka kata selepas mendiamkan diri dari tadi.

“kalau ada sebab sekali pun, itu salah dia orang. Dia orang yang cakap main lepas macam isteri Hazen tu tak ada perasaan!” ujar Hazen keras dengan nada yang sedikit tinggi. Hatinya terasa nak marah apabila bercakap tentang mereka berdua yang asyik menyakitkan hati isterinya.

“sudah. Balik dulu, tenangkan diri tu dulu. Ya mummy tahu Daena tak buat. Ala.. macam lah tak kenal perangai dia orang dua tu” ujar Puan Hazna seraya tersenyum ke arah anak sulungnya. Dia begitu bangga kerana dia telah berjaya membesarkan anak lelakinya ini menjadi seorang yang mementingkan isteri terlebih dahulu.


mummy marah Daena ke?” Daena membuka katanya setelah hanya mendiamkan diri dari tadi.

“kenapa cakap macam tu?” soal Hazen kerut dahi.

“pasal semalam tu.. sapa je nak percayakan Daena? Abang pun mungkin ragu ragu kan?” kata Daena membuat andaian sendiri.

“allah.. kenapa cakap macam tu? Abang tak cakap pun yang abang ragu ragu dengan sayang” bantah Hazen dengan kata kata isterinya.

“pandai pandai je buat andaian sendiri. Ketuk kepala tu kang!” gurau Hazen kemudian dia tertawa kecil. Tapi tidak dengan Daena. Daena hanya diam tidak berkata apa apa.

“sayang..” seru Hazen meleret. Tangannya naik mencapai  tangan isterinya lalu menarik membawa ke atas pehanya.

“jangan la macam ni.. kita dah balik kan? Kita lupa kan aje la apa yang dah jadi tu” pujuk Hazen Thufail.

“senang la awak kata! saya takut tau kalau orang tak percayakan saya. Nanti nampak saya je yang salah. Perangai saya lah yang paling buruk!” bentak Daena dengan suara yang agak serak akibat menahan tangisan. Hazen sedikit terkedu apabila isterinya tiba tiba menukar panggilan.

“kalau Daena tak salah. Kenapa nak takut?” soal Hazen.

“awak boleh guna ayat tu untuk orang yang mental dia sempurna! Tapi bukan pada orang yang macam saya yang mental dia dah hancur sehancurnya!” bengis Daena. Sejak kejadian semalam, hatinya terasa seakan membara!

“sa..”

“orang yang macam saya ni salah atau tidak, kita orang tetap akan rasa takut dan kita orang akan sentiasa rasa takut” ujar Daena.

“kalau awak tanya kenapa?” kata kata Daena terhenti seketika.

“Sebab kita orang yang mentalnya sudah hancur ni selalu dengar dengan hasutan dan bisik bisikkan yang selalu membuatkan kita orang ni terus terusan menyalahkan diri sendiri” sambung Daena. Dia menghembuskan nafas dalam sebelum dia melemparkan semula kata katanya.

“Dan kalau awak nak tahu, kita orang jugak selalu overthingking sehinggakan kita orang takut nak hadap dengan apa lagi masalah yang akan datang suatu hari nanti” terang Daena, perlahan lahan air mata Daena turun mengalir jatuh ke pipi.

Hazen terkedu dengan apa yang isterinya katakan. Akan tetapi dia hanya menunjukkan riak wajah yang tenang. Hazen menarik bahu isterinya sehingga kepala isterinya di sandarkan pada bahunya. Daena hanya membiarkan tingkah laku suaminya kepadanya. Dia menangis teresak esak dengan menyandarkan kepalanya pada bahu Hazen.

“abang mintak maaf sayang..” ucap Hazen sebelum dia melabuhkan ciuman di dahi isterinya.


Handbreak di tarik apabila kereta itu tepat berhenti di hadapan rumah banglo miliknya. Apabila dia menoleh ke arah isterinya, kelihatan isterinya sedang dilamun mimpi. Hazen buka pintu keretanya kemudian melangkah ke arah pintu belah penumpang depan pula.

“Daena.. bangun, kita dah sampai” kejut Hazen perhanlan lahan sambil menepuk sedikit peha isterinya.

“hm” gumam Daena setelah wanita itu mencelik. Dia angkat kaki keluar dari kereta lalu menuju ke arah pintu rumah. Pintu rumah di buka luas. Daena terus bergerak masuk menuju ke arah biliknya dan hanya meninggalkan suaminya bergitu sahaja. Hazen mengeluh. Bodohnya pergi cakap macam tu!

Masuk sahaja ke dalam bilik mereka, Daena meletakkan beg tangannya di atas katil kemudian dia bergerak masuk ke arah pintu bilik air. Dia tenung wajahnya di cermin besar yang terletak di dalam bilik air itu. Dia mengeluh. Dia tenung lama wajahnya memikirkan kejadian di dalam kereta sebentar tadi. Terasa berdosa kerana sudah meninggikan sedikit suaranya kepada Hazen. Tapi dia tak sengaja!

Perlahan lahan tangan naik mencabut jarum yang terletak di atas kepalanya untuk membuka tudung yang masih melilit di kepala. Selesai membuka tudung, dia membasahkan pula wajahnya dengan air paip singki tersebut. Dia tenung semula wajahnya. Kenapa akhir akhir ini dia terasa dirinya tidak tenang?
Tapi hidupnya pernah tenang ke?

Tok! tok!

“Daena?” seru Hazen dari luar. Daena toleh ke arah pintu yang di ketuk itu lalu perlahan lahan dia membuka.

“awak ok tak?” soal Hazen risau. Buat apa lama lama dalam bilik air?

“ok” jawab Daena sepatah. Hazen pula mengeluh mendengar jawapan daripada mulut isterinya.

“marah abang lagi ke?” soal Hazen dengan menarik tangan isterinya untuk menghadap ke arahnya.

sorry” ucap Daena tertunduk.

“aik kenapa pulak ni?” soal Hazen dengan mengerutkan dahinya.

“Daena dah tertinggikan suara dekat abang” ujar Daena masih tertunduk.

look.. Daena tak sengaja kan?” ujar Hazen dengan memegang dagu isterinya lalu mendongakkan sedikit kepala isterinya untuk memandang ke arah anak matanya. Daena mengangguk.

“tak apa. Abang faham. I’m sorry too” ucap Hazen pula. Daena angguk kemudian tersenyum dengan terpaksa.

tbc

KEADAAN YANG MEMAKSA AKU | OGWhere stories live. Discover now