“Da-Daena?” teragak agak Puan Daima mahu menyebut nama anak perempuannya. Dia terkedu apabila dia membuka sahaja pintu rumahnya terdapat dua orang yang sedang berdiri di luar depan pintu rumahnya.
“assalamualaikum mama papa” ucap Daena Ifarina lalu menarik tangan kanan ibunya untuk bersalaman. Kemudian, dia menarik pula tangan kanan ayahnya untuk mengulangi perkara yang sama dia buat kepada ibunya. Begitu juga dengan Hazen yang berada di sebelah Daena. Dia turut menyalami Tuan Iffat.
Sesakit apa pun kehidupan Daena yang menyebabkan orang tuanya dia tetap kena hormat. Tanpa mereka berdua, dia mungkin tidak di lahirkan ke atas muka bumi ini.
“waalaikumussalam” jawab kedua orang tuanya serentak. Mata Puan Daima tak lepas dari tadi memandang wajah anak perempuannya. Dia.. dia rindu akan wajah ini. Puan Daima menarik tubuh Daena lalu memeluk anaknya itu dengan erat. Daena tidak membalas pelukan itu. Dia terkedu akan perbuatan Puan Daima kepadanya. Sepanjang berpelukan itu berlaku, Puan Daima langsung tidak menlontarkan kata kata. Begitu juga dengan Daena, payah untuk Daena bersuara. Dia terkedu sehingga kehilangan suara untuk dilontarkan.
“mama mintak maaf” ucap Puan Daima. Pelukan masih tidak dia lepaskan. Sekali lagi Daena terkedu. Tadi dia terkedu akan perbuatan ibunya, kini dia terkedu akan perkataan yang dilontarkan oleh ibunya kepada dirinya.
“m-mama rindu anak mama” ucapnya dengan bibir yang bergetar. Air matanya juga turut bertakung di permukaan bawah kelopak matanya. Bibir Hazen terukir senyuman segaris apabila melihat kedua orang wanita di hadapannya itu. Kini barulah tangan Daena naik untuk membalas pelukan ibunya.
3 minit yang lalu, barulah pelukan itu dileraikan. Kini kedua dua wajah perempuan itu di basahi dengan air mata. Mata mereka bertentangan lama.
“ni mimpi ke?” soal Daena perlahan tapi masih dapat dia dengarkan. Dia masih terkejut akan hal yang terjadi pada hari ini. Andai kata ini adalah sebuah mimpi, dia akan menjadikan ini adalah mimpi yang paling terindah di dalam hidupnya, tetapi andai kata ini adalah sebaliknya, dia mahu mengucapkan terima kasih kepada tuhan. Dan dia bersyukur akan hal yang tuhan telah berikan kepadanya ini.
Puan Daima menggelengkan kepalanya tanda memberikan jawapan kepada anak perempuannya. Puan Daima mengorek senyuman kepada anaknya.
“papa mintak maaf Daena. Papa dah gagal jadi lelaki yang terbaik dalam hidup Daena. Ya, betul kata Daena, cinta pertama seorang anak perempuannya adalah ayahnya. Tapi papa gagal. Papa gagal jadi lelaki yang pertama Daena cintakan. Papa patutnya bersyukur sebab papa adalah lelaki pertama yang Daena akan cari. Papa harap suatu hari nanti Daena akan dapat lelaki yang lebih baik daripada papa. Itu yang papa harapkan. Papa tak nak tengok anak pertama perempuan papa ni di sakiti oleh cintanya lagi” ujar Tuan Iffat panjang lebar kepada anak perempuannya. Kini, mata mereka pula bertentangan lama.
“papaa..” seru Daena meleret. Dia memeluk erat tubuh cinta pertamanya. Air mata yang tadi sudah berhenti mengalir kini kembali mengalir. Tuan Iffat membalas pelukan puteri pertamanya itu atau dikatakan satu satunya puteri yang ada dalam hidup dan hatinya.
“sudah, kita masuk dulu ya” pelawa Puan Daima. Pelukan dileraikan. Kaki mereka melangkah masuk kemudian menuju ke arah ruang tamu. Daena melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Hazen. Manakala dua pasangan suami isteri itu duduk berhadapan dengan mereka.
“Kakak!” seru Dayyan kuat sambil berlari laju menuju ke arah Daena. Dayyan memeluk erat tubuh kakaknya itu. Tetapi tidak ada pula Daena membalas. Selebihnya dia meleraikan pelukan tersebut.
“sebenarnya Daena datang nak bagi tahu mama dengan papa sesuatu” ujar Daena Ifarina. Kedua orang pasangan suami isteri itu berkerut dahi.
“nak bagi tahu apa?” soal Puan Daima bingung. Kelihatan riak wajah anak perempuannya seakan ada sesuatu yang penting mahu diungkapkan.
“urmm.. uncle, aunty..” Hazen mula membuka kata. Kata katanya terhenti sejenak untuk berfikir ayat yang mahu dilontarkan.
“sebenarnya saya nak melamar Daena untuk jadi isteri saya” sambung Hazen. Kata kata lelaki itu membuatkan Puan Daima dan Tuan Iffat terkedu. Tak ada kata kata yang mahu mereka keluarkan daripada mulut mereka. Mata mereka beralih kepada anak perempuannya. Tapi Daena tidak membalas pandangan, malah dia hanya menunduk. Takut dengan jawapan yang akan diberikan oleh orang tuanya.
“kita orang dah bincang. Cuma sekarang, kami hanya perlukan restu aunty dengan uncle je” ujar Hazen lagi bagi memecah suasana sunyi. Jangan kata kena reject. Malu dia oi!
“betul ke Daena” soal Tuan Iffat kepada anaknya. Daena mengangkat kepala. Lama dia menatap ke wajah ayahnya. Lalu, perlahan lahan dia mengangguk iya. Tuan Iffat menghembus nafas berat. Berat untuk dia melepaskan satu satu anak perempuannya. Tapi, jika itu pilihannya. Dia terpaksa. Terpaksa untuk rela melepaskan.
“papa izinkan jika itu pilihan Daena. Daena dah cukup menderita hidup dengan kami kan? Jadi papa izinkan jika itu yang menjadikan kebahagiaan untuk anak papa. Papa tak nak tengok Daena sakit lagi” ujar Tuan Iffat seraya mengukirkan senyuman manis buat anak perempuannya. Daena terkedu dengan kata kata ayahnya.
“izinkan Daena cari kebahagiaan Daena sendiri”
Kata katanya pada hari itu terngiang ngiang di kepala. Dia salah kata ke? Papa terasa dengan kata katanya?
“Daena mintak maaf” hanya itu kata kata yang mampu dia ungkapkan.
“kenapa Daena mintak maaf? Daena tak buat salah pun. Mama ok je, kalau itu pilihan Daena. Mama tak nak kongkong anak mama lagi” ujar Puan Daima pula. Senyuman manis diberikan.
“terima kasih uncle, aunty” ucap Hazen sebelum dia bangun untuk berlalu pergi. Niat dia datang hanya untuk meminta restu kemudian pergi. Lagi pun, dia tak boleh lama. Ada hal yang perlu dia uruskan.
“nak balik dah ke?” soal Puan Dama. Hazen hanya mengangguk iya.
“tak nak minum dulu ke? Mama pergi buat sekejap” ujar Puan Daima sopan.
“eh tak apa aunty. Saya kena cepat. Ada hal sikit lepas ni” ujar Hazen ramah. Puan Daima hanya mengangguk faham.
“siapa nama kamu?” soal Puan Daima.
“Hazen aunty” jawab Hazen sopan. Puan Daima mengangguk kemudian mengukirkan senyuman manis buat lelaki di hadapannya sekarang.
“tak payah nak ber aunty aunty bagai. Panggil mama je” Puan Daima mengorek senyuman. Begitu juga dengan lelaki itu, dia membalas senyuman wanita itu.
“baik mama”
“Hazen pergi dulu” pinta lelaki itu sebelum dia menghulurkan tangan kanannya kepada Tuan Iffat dan Dayyan untuk bersalaman.
Dayyan masih terdiam kaku selepas mendengar bahwa kakaknya sudah ingin berkahwin. Dia belum sempat untuk meluangkan masa lebih banyak lagi bersama dengan kakaknya.
“Hazen” seru Daena Ifarina dari belakang. Hazen berpaling ke arah gadis itu kemudian mengangkatkan satu keningnya ke atas.
“aku nak tinggal sini balik. Bagi tahu mummy nanti esok aku datang jumpa dia” ujar Daena Ifarina membuatkan lelaki itu tersenyum bahagia. Bahagia apabila gadis itu sudah berbalik kepada keluarganya sendiri. Hazen Thufail mengangguk seraya tersenyum manis buat gadis itu.
“esok aku ambik kau” ujar Hazen Thufail. Daena hanya setuju. Apabila kereta lamborghini aventador putih milik lelaki itu hilang daripada pandangan mereka, pintu ditutup rapat serta kaki mula melangkah masuk ke dalam rumah.
YOU ARE READING
KEADAAN YANG MEMAKSA AKU | OG
RomanceDengan lafaz بسم الله الرحمن الرحيم saya mulakan.. cerita ini mengisahkan mengenai seorang perempuan yang hidupnya telah dibenci oleh keluarganya sendiri. Setelah sekian lama dia mengahadapi ujian ujian hidupnya dengan ikhlas dan redha, tuhan telah...