👑 23

9 3 0
                                    

“kau baru nak turun ke perempuan?” ujar Tok Wan kasar. Daena dan Hazen berjalan beriringan menuju ke arah meja makan tersebut. Nampaknya semua sudah berada di situ. Daena tersengih pahit mendengarkannya. Sakit Ya Allah.

“menantu apa macam kau ni Daena? Tak tolong langsung mak mentua kau masak” kutuk Mia depan depan. Daena hanya setia mendiamkan diri. No reaction. No comment. That’s hurt, too much hurt!

Hazen tarik kerusi ke belakang bagi memberikan ruang untuk isterinya melabuhkan punggung ke atas kerusi tersebut. Kemudian, baru lah dia duduk di atas kerusi yang bersebelahan dengan isterinya.

“Daena nak makan apa?” soal Puan Hazna lembut kepada menantunya.

“tak apa lah mummy. Daena tak makan pagi” tolak Daena Ifarina lembut.

“abang nak makan apa? Daena ambilkan” soal Daena seraya menoleh ke arah suaminya.

“ambil je lah apa apa” jawab Hazen Thufail. Daena hanya mengangguk kemudian mencapai satu pinggan kaca lalu meletakkan nasi goreng yang dibuat oleh mak mentuanya pagi tadi. Mata Hazen tak lepas daripada memandang ke arah isterinya.

“nah..” Daena menghulurkan pinggan itu kepada suaminya.

“kenapa?” soal Daena Ifarina pelik. Dia kerut dahi apabila Hazen terus terusan memandangnya seperti hendak menelan dirinya. Dah kenapa?

“cantik” seloroh Hazen. Langsung tidak peduli dengan orang sekeliling yang sedang memandang ke arahnya. Jangan jujur sangat awaknyaa.

“Uhuk! Uhuk!” Hazel yang sedang menghirup kopi panas itu tersedak apabila mendengar pujian abangnya.

“wo..wo.. kau rilek jap” ujar Hazel sambil mengangkat sebelah tangannya seakan akan memberi arahan untuk kereta itu berhenti.

“kot ya pun. Dalam bilik lah. Bukan kat sini” sambung Hazel sambil menjeling ke arah Mia dan Tok wan.

“suka hati aku lah. Isteri aku bukan isteri orang lain” balas Hazen lalu membetulkan kedudukannya lalu dia menyuakan sesuap nasi ke dalam mulutnya.

“memang la bini kau, aku bukan apa. Takut ada mata mata yang tak puas hati je” ujar Hazel seraya tersengih nakal.

“kan Mia?” sambung Hazel lagi. Dia menekankan sedikit suaranya seraya mengenyitkan sebelah matanya ke arah gadis yang bernama Mia.

“sudah sudah. Makan cepat. Hari ni dah nak masuk kerja kan Hazen?” soal Puan Hazna untuk menukar topik. Nanti tak pasal pasal ada yang bertumbuk pula.

“haah mi. Tapi masuk tengah hari lah kot” jawab Hazen Thufail.

“kesian abang Hazen asyik kena kerja, mesti penat” ujar Mia tergedik gedik. Hazen kerut dahi. Apa yang minah ni mengarut?

“maklum lah ada bini yang kuat mengikis” sambung Tok Wan. Kini, hati Daena terasa mahu pecah. Sakitnya dengar Ya Allah.

“memang itu tanggungjawab seorang suami kan? Nak kesian apanya? Kalau duit tu habis kat isteri aku sekali pun, aku tak rasa benda tu menyusahkan aku atau buat aku rasa menyesal, bahkan aku rasa bersyukur” ujar Hazen dengan nada biasa. Mata masih fokus pada makanan yang berada di pinggannya.


“habis kau balas apa?” soal Dzul selepas mendengar apa yang di ceritakan oleh Hazen tentang Mia dan neneknya.

“nak balas apa? Tak tahu la nak balas apa lagi zul” ujar Hazen yang sedang rancak menekan nekan papan kekunci komputernya.

“bodoh punya suami. Kesian isteri kau” ujar Dzul. Tangan Hazen yang tadi sibuk menaip kini terhenti apabila mendengar carutan sahabatnya kepadanya.

“haih. Ye salah aku” Hazen mengeluh.

“cakap sikit merajuk, aku lempang kepala otak kau tu baru isteri kau tahu macam mana rasa jadi janda” gurau Dzul. Hazen hanya memandang ke arahnya dengan wajah biasa.

“aku ingat aku nak bawa adik ipar aku duduk sekali nanti” ujar Hazen.

“lepas tu?” soal Dzul. Cakap tu lain kali habiskan terus.

“tapi Daena macam tak nak aje” sambung Hazen.

“lah kenapa pula?” soal Dzul serius. Topik macam ni baru best! Bukan pasal penyondol penyondol macam dalam drama drama isterinya tengok tu!

“marah mungkin.”

“hm.. tapi aku rasa lama lama nanti ok kot” ujar Dzul.

“aku harap lah. Bukan apa, dayyan tu adik dia. Tanggungjawab dia juga” ujar Hazen mengeluh.

“dah la. Tak yah fikir bukan bukan lah. Lagi lagi pasal Tok Wan kau tu. Apa yang penting, kau kena pentingkan parents dengan bini kau je dulu” ujar Dzul bagi menenangkan hati sahabatnya.


“Makcik Nissa” seru Daena dari belakang. Pembantu rumah itu berpaling ke belakang apabila mendengar seseorang sedang menyeru namanya.

“ye? Daena nak apa apa ke?” soal Makcik Nissa. Daena senyum seraya menggelengkan kepalanya.

“mummy mana?” soal Daena. Dia mendekati pembantu rumah itu.

“mummy keluar dengan daddy. Pergi jumpa orang katanya. Malam nanti dia orang balik” ujar Makcik Nissa. Daena angguk sebagai respon.

“Daena” seru Makcik Nissa pula. Daena toleh ke arah pembantu rumah itu.

“Makcik balik awal hari ni. Daena tinggal dengan Mia dan Tok Wan boleh kan?” soal Makcik Nissa ragu ragu. Dia risau akan terjadi apa apa kepada Daena nanti.

“Daena ok je. Jangan risau” jawab Daena prihatin.

“ok lah kalau macam tu. Makcik nak balik dah. Semua kerja dah siap dah” pinta Makcik Nissa. Daena hanya mengangguk sekali.

“Nissa? Kamu nak pergi mana?” soal Tok Wan apabila melihat pembantu rumah itu mahu melangkah kaki keluar daripada rumah itu.

“balik. Hari ni saya balik awal sikit” ujar Makcik Nissa.

“oh. Ye lah. hati hati” ucap Tok Wan. Makcik Nissa sengih lalu pergi meninggalkan rumah itu.

“Tok” seru Mia perlahan.

“ha?” Tok Wan menoleh ke arah Mia yang berada di sebelahnya.

“Daena seorang je lah ada kan?” soal Mia seraya tersengih suka.

“jom cari dia” dari tadi Tok Wan hanya diam berfikir, kini dia bersuara.


“Daena!” jerkah Tok Wan kasar. Bahu Daena sedikit terangkat apabila di jerkah begitu. Dia toleh belakang. Kelihatan ada dua orang yang sedang berjalan ke arahnya. Daena diam memerhati kedua orang itu.

“ahh” Daena menjerit kesakitan apabila dia di tolak sehingga badannya terhentak ke dinding dengan kuat.

“kau jangan ingat kau dapat Hazen kau akan bahagia selamanya” amaran kasar di berikan oleh Mia. Daena hanya tenung wajah gadis itu dengan biasa. Tak takut dan tak terkejut.

“kalau aku tak dapat Hazen, tak akan ada sesiapa yang boleh dapat dia” sambung Mia lagi. Tok Wan yang setia berdiri di sebelah Mia hanya memasang telinga. Daena diam.

“kenapa takut? Ke.. terkejut?” Mia tersengih bangga.

“takut?” soal Daena. Soalan di balas soalan. Dia angkat kening.

“takut tu dah macam sebahagian daripada hidup aku kau tahu? Dari kecik lagi aku dah hidup dalam ketakutan. Jadi aku dah tak rasa apa apa yang menakutkan pun” kata kata Daena membuatkan kedua orang di hadapannya panas hati.

“kau jangan kurang ajar dengan aku Daena” herdik Tok Wan. Daena toleh ke arah Tok Wan pula. Dia tenung wajah wanita tua yang berada di hadapannya sekarang.

“Daena naik dulu” pinta Daena. Dia mengeluh kemudian kaki melangkah pergi memasuki bilik.

Masuk sahaja ke dalam bilik. Dia masuk ke dalam bilik mandi. Pintu di tutup rapat. Dia tenung wajahnya sendiri di cermin besar yang terletak di dalam bilik air itu.

“haih” dia mengeluh. Dia pegang dada yang tiba tiba terasa sesak. Dia tenung pula ke arah kedua belah tangannya yang sedang bergetar dengan begitu hebat.

“mama.. papa..” seru Daena meleret. Matanya sedang tenung ke arah wajahnya sendiri yang dipantulkan oleh cermin besar tersebut.

“apa Daena nak buat ni ma..”

“kuat ke Daena nak hadap apa yang bakal terjadi nanti pa..” gumam Daena sendiri. Mengharapkan orang tuanya membalas. Tapi ianya mustahil.

tbc.. jangan lupa votee!

KEADAAN YANG MEMAKSA AKU | OGWhere stories live. Discover now