“kau ok tak?” tangan Daena yang dari tadi sibuk mencuci pinggan mangkuk yang terdapat di dalam singki terhenti apabila mendengar satu suara garau yang menegurnya dari belakang. Badan Daena sedikit mengeras.
“err.. ok..” jawab Daena Ifarina segan. Dia masih malu dengan apa yang terjadi malam tadi. Salah dia kerana tak mengunci pintu. Dan salah dia juga kerana tidak sedar akan apa yang terjadi.
Daena menghulurkan tangannya meminta pinggan kotor daripada lelaki itu.
“tak apa, biar aku basuh sendiri” tolak Hazen Thufail. Gadis ini bukan pembatu rumah, jadi kenapa dia perlu buat semua benda? Daena mengalah. Dia mengalihkan tubuhnya ke belakang bagi memberi laluan dan tempat kepada lelaki itu untuk membersihkan pinggan yang di gunakan untuk bersarapan tadi.
“Hazen” seru Daena Ifarina perlahan tapi katanya sempat di dengarkan oleh lelaki itu.
“urmm” gumam Hazen Thufail perlahan.
“pasal malam tadi tu..” kata kata Daena terhenti seketika. Sedang memikirkan ayat yang mahu di keluarkan.
“kau kena lupakan” sambung Daena Ifarina. Hazen memusingkan badannya menghadap kebelakang setelah selesai membasuh pinggan yang dia gunakan. Kini dia berhadapan dengan gadis itu.
“kalau aku tak nak?” sinis Hazen Thufail.
“tak de! Kau kena lupakan jugak!” bantah Daena Ifarina.
“reason?” soal Hazen. Keningnya diangkat sebelah. Bibirnya tak lepas dari mengorek senyuman sinis.
“haih” mengeluh Daena perlahan apabila lelaki itu sering mengusiknya.
“yang pertama, sebab aku tak pakai tudung. Yang kedua, aku…” kata kata Daena terhenti di situ.
“ok yang tu aku dah lupa.. tapi yang kedua?” soal Hazen Thufail. Keningnya dia angkat. Daena hanya diam tak menjawab. Mata mereka kini bersambung. Lama.
“malu” rintih Daena Ifarina dengan perlahan, Dia menunduk menghadap ke lantai. Daena kemam bibir, bersedia dengan apa jawapan yang akan di berikan oleh lelaki itu.
“malu apahal pulak. Nangis aje pun” ujar Hazen Thufail. Wajahnya hanya tenang. Daena mengangkat wajah tidak percaya. Wajah bingung di berikan kepada lelaki itu.
“malu la gile! Nampak sangat air mata aku ni murah dekat kau” balas Daena Ifarina.
“biarlah murah pun. Kenapa?” selamba Hazen berkata. Daena membuat muka menyampah apabila mendengarkan kata yang keluar dari mulut lelaki itu.
“mana boleh” bantah Daena dengan nada biasa.
“dengan bakal suami aje pun” seloroh Hazen Thufail.
“ha? Apa kau cakap tadi?” bingung Daena Ifarina. Dia salah dengar ke?
“ha? Eh! Entah lah. Aku pun lupa aku cakap apa” dalih Hazen. Daena Ifarina mengecilkan kedua kelopak matanya memandang ke arah lelaki itu. Pandangan tajam di berikan.
“Daena” seru seseorang mengejut. Bahu Daena sedikit terhinjut kemudian kepalanya menoleh ke arah suara yang menyerunya tadi. Begitu juga dengan Hazen.
“ye?” jawab Daena Ifarina kepada Hazel.
“hari ni ikut akak pergi beli barang sekejap boleh?” ujar Hazel lebih kepada bertanya.
“oh..boleh” Daena bersetuju.
“Daena tunggu sini sekejap ye? Akak masuk kedai tu sekejap” ujar Hazel sebelum dia meminta diri untuk pergi. Daena hanya mengangguk iya seraya mengorek senyuman manis.
Daena Ifarina menyandarkan tubuh belakangnya ke dinding putih bersebelahan dengan kedai yang di kunjung oleh Hazel. Matanya fokus memandang ke arah screen telefonnya.
“Daena” mendengar suara seseorang yang menyerunya, dia angkat kepala. Dirinya kini agak terkejut seraya ketakutan apabila melihat dua orang yang berada di hadapannya sekarang. Wajah mereka di tatap dengan perasaan takut.
“kau pergi mana selama ni? berani kau larikan diri daripada aku kan? Kau tahu aku akan cari kau kan?” bertubi tubi soalan yang dicampakkan ke Daena Ifarina. Daena hanya menunduk dengan perasaan ketakutan. Mahu saja dia larikan diri. Tapi terhalang niatnya itu apabila Puan Daima mengerluarkan kata kata.
“di sebabkan kau semua orang kata aku ni jahat tahu?!” herdik Puan Daima. Mata mata orang yang turut berada di situ di abaikan.
“Dae..” kata kata Daena terhenti apabila Puan Daima memotong percakapannya.
“kau ikut aku balik! Tau la aku nak ajar kau macam mana nanti” dingin Puan Daima. Kemarahannya makin membuak buak apabila melihat wajah si anak perempuannya. Tangan Daena di tarik kuat sehingga badannya sedikit terpelanting ke depan. Daena cuba untuk mengimbangkan dirinya untuk berjalan mengikuti langkah ibunya. Seperti biasa Tuan Iffat hanya diam memerhati tingkah sang isteri.
“hands off” suara garau seseorang membuatkan langkah Puan Daima terhenti. Dan begitu juga dengan langkah Daena dan Tuan Iffat. Puan Daima menoleh ke arah suara itu yang datang dari belakang. Daena juga turut berpaling ke belakang. Matanya terbuntang luas apabila melihat siapakah gerangan yang berada di hadapannya sekarang.
Puan Daima mengangkatkan keningnya satu ke atas. Wajah dingin di berikan kepada lelaki itu.
“kau siapa?” soal dingin Puan Daima kepada lelaki itu. Lelaki itu hanya diam tidak bersuara. Hazen hanya menatap lama wajah wanita yang agak berumuran itu.
“lepaskan dia” sekian lama dia berdiam, dia membuka suara.
“kau siapa aku tanya! Aku ni mak dia tahu?” tengking Puan Daima. ‘mak?’ bisik Daena binggung dalam hati sambil tersenyum pahit, tertunduk seraya menggeleng perlahan kepalanya apabila mendengar kata kata Puan Daima.
“kau dah kenapa Daena?” soal pula Puan Daima apabila melihat reaksi anak perempuannya. Tuan Iffat juga berkerut dahi apabila melihat anak perempuannya. Gila ke?
“mak? Mama mengaku Daena ni anak mama ke?” soal Daena dengan perasaan bercampur baur. Puan Daima terdiam seketika.
“pa? kenapa papa diam dari tadi? Cakap lah.. dah lama Daena tak dengar suara papa” sindir Daena sendiri.
“pa? papa mengaku Daena anak papa tak?” soal Daena. Pandangannya sedikit kabur akibat air mata yang sedang bertakung di kelopak mata.
“kau jangan nak kurang ajar dengan aku ya Daena” ujar Puan Daima keras.
“apa yang Daena dah buat ma? Daena tanya aje, mama dah mengaku Daena ni anak mama ke?” ujar Daena tenang. Mungkin tenang dari sudut luaran, tapi tidak dari sudut dalaman hatinya. Kalau boleh dia nak aje menjerit, meraung, menangis dan meluah lah apa pun yang mahu dia luahkan.
“sini kau!” Puan Daima menarik kasar pergelangan tangan anak perempuannya untuk meneruskan perjalanan.
“hazen!” laung Hazel apabila melihat abangnya yang turut berada di situ. Buat apa pulak orang tua ni kat sini?
Hazen menoleh ke arah adiknya kemudian dia menolehkan semula pandangannya kepada sekeluarga yang tak seberapa nak keluarga itu semakin jauh dari pandangannya.
“eh tu Daena kan?” soal Hazel keliru.
“urm” gumam Hazen.
“dia orang tu siapa?” soal Hazel lagi.
“kau balik dulu..kalau mummy tanya Daena mana, cakap dia ada dengan aku” ujar Hazen Thufail. Matanya tidak lepas memandang keluarga kecil itu.
“eh tap..”
“Hazel” kata kata Hazel terhenti apabila Hazen menyebut namanya dengan nada yang agak keras.
“fine” akur Hazel Thaura.
tbc
YOU ARE READING
KEADAAN YANG MEMAKSA AKU | OG
RomanceDengan lafaz بسم الله الرحمن الرحيم saya mulakan.. cerita ini mengisahkan mengenai seorang perempuan yang hidupnya telah dibenci oleh keluarganya sendiri. Setelah sekian lama dia mengahadapi ujian ujian hidupnya dengan ikhlas dan redha, tuhan telah...