👑 4

31 11 0
                                    

Pagi pagi lagi Hazel sudah melangkah melepasi pintu masuk rumah banglo milik orang tuanya itu.

Hazel mengangkat kakinya untuk memasuki pintu kereta tesla miliknya, lalu dia menghidupkan pula enjin kereta itu sebelum kereta itu menluncur di atas jalan raya.

Hand break kereta di tarik. Kini kereta yang di naiki oleh Hazel di berhetikan di satu parking lot yang berada di bawah banggunan besar yang di penuhi dengan kedai kedai.

Hazel membetulkan sedikit awning tudungnya sebelum dia bergerak ke kedai yang dia tujukan.

“auch” Hazel menjerit kesakitan apabila terasa dirinya di tarik lalu di tolak sehingga badannya berlaga pada pintu kereta.

y-you?” terbuntang luas biji mata Hazel apabila melihat satu susuk tubuh lelaki yang sangat dia kenali berada di hadapannya sekarang.

“h-haziq y-you buat apa kat sini?” soal Hazel gagap.

I cari you. You ingat you boleh terlepas macam tu je ke?” sinis Haziq. Badan Hazel terasa gigil apabila melihat senyuman nakal Haziq. Kejadian pada malam itu kembali bermain di dalam fikirannya.

“h-haziq?” soal Hazel ketakutan.

“hi sayang” sinis Haziq.

“tolong lepaskan I Haziq” pinta Hazel yang sedang terduduk di atas katil besar itu. Haziq membuka langkah untuk mendekatkan lagi jarak antara mereka berdua. Hazel mengesot perlahan ke belakang menjauhi lelaki itu.

“kenapa you takut?” soal Haziq seraya dia tersenyum sinis.

“ja-jangan bu-buat I macam ni” rayu Hazel bersama air matanya.

“buat apa? Hm?” Haziq mendekatkan lagi jaraknya antara mereka.

Prang!

Hazel mencapai satu pasu kaca yang terletak di atas meja kecil di tepi katil itu lalu dia membalingkannya ke arah Haziq. Pasu kaca itu terkena tepat pada dahi lelaki itu. Lelaki itu mengundurkan dirinya dan menekup kedua belah tangannya di atas dahi. Dahinya terasa pedih. Matanya di pejam rapat akibat menahan kepedihan.

Kelihatan terdapat cecair merah yang sedang mengalir di belah tepi pipinya. Apabila Hazel melihat keadaan lelaki itu seperti sedang menahan kesakitan dia berasa kasihan. Dia jahat. Dia sayangkan lelaki itu, jadi dia tak boleh lihat lelaki itu berada dalam keadaan yang sebegini.

Tapi dia tidak bodoh untuk menolongnya. Dia lebih sayangkan dirinya sendiri. Hazel berlari keluar dari pintu bilik lalu mencari jalan keluar dari rumah itu. langsung dia tidak menoleh ke belakang walaupun namanya sering di seru oleh lelaki itu.

I dah lama tahan dengan you, you tahu?” ujar Haziq. Anak matanya tidak lepas memandang wajah cantik Hazel.

“cukup! Kita dah tak ada apa apa. Dan I tak nak ada apa apa lagi dengan lelaki yang bernafsu macam you!” dingin Hazel. Dia tak boleh kalah dengan kata kata cinta lelaki itu lagi. Dia sungguh berasa trauma dengan kejadian pada malam itu.

“oh. Dah berani tinggikan suara ya sayang?” ujar Haziq.

“tak takut k..” kata kata lelaki itu terhenti apabila Hazel menepis kuat tangannya yang mahu menyentuh wajah cantik Hazel.

“tak. I tak takut. Buat apa I takut dengan lelaki yang macam you. Dan you siapa untuk I tak boleh nak tinggikan suara sekali pun?” bentak Hazel lagi. Haziq mengetap bibir menahan amarah. Dia menarik kuat tangan Hazel untuk mengikuti langkahnya.

Sekali lagi dia tersembam diatas lantai parking kereta itu. Dia memegang kepalanya yang terasa berdenyut denyut. Hazel terjerit kecil akibat tindakkan seorang perempuan bersama rakannya yang dia langsung tidak kenali.

“awak ok?” soal perempuan itu. Dia memegang kedua belah bahu Hazel.

“erk. Ok ok. Terima kasih” ucap Hazel kepada dua orang perempuan yang menolongnya itu. Dia memberikan senyuman manis buat kedua orang itu.

“awak nak pergi mana? Nak saya teman?” ujar Daena Ifarina ikhlas seraya tersenyum manis ke arahnya.

“eh. Tak apa. Saya ok. Lagi pun saya dah nak balik” ujar Hazel. Niatnya yang mahu membeli belah tadi terus lesap apabila dia diterjah oleh seorang lelaki yang pernah mencuba untuk meragut kesuciannya sebagai seorang wanita.

“oh ok. Kalau macam tu awak masuk lah kereta dulu” ujar Daena sambil tersenyum manis ke arah Hazel.

“awak tak nak pergi dulu?” soal Hazel. Segan dia apabila dia di layan begitu. Perempuan cantik di hadapannya ini terlalu baik.

“kami tunggu awak pergi dulu” ujar Amira. Daena Ifarina hanya mengangguk setuju apabila mendengar kata kata yang dikatakan oleh sahabatnya itu.

“terima kasih” ucap Hazel sekali lagi sebelum dia memasuki keretanya lalu menutup rapat pintu keretanya. Daena hanya mengangguk sekali seraya menghadiahkan senyuman manis buat wanita itu.

Melihat kereta Tesla putih itu bergerak meluncur, dia menarik nafas lega. Lega kerana wanita itu baik baik saja. Dia menoleh pula kepada lelaki yang sudah terbaring di atas jalan itu.

“bodoh!” carut Daena dalam hati.

“mati dah ke?” ujar Amira kemudian dia menendang perlahan lelaki itu untuk memastikan lelaki itu betul betul sudah tidak menyedarkan diri.

“jom. Biarkan dia kat sini” ujar Daena Ifarina. Amira mengangguk setuju. Ada baiknya mereka pergi dahulu sebelum lelaki itu bangun menyerang mereka pula. Kemudian, mereka pun berlalu pergi. Tak nak membuang masa, banyak lagi hala tuju yang mereka mahu pergi. Lagi pun Daena tidak boleh lama. Risau akan ibu bapanya menyedari bahwa dia tiada di rumah. Dia sudah di arahkan untuk tidak lagi keluar rumah. Tapi dalam masa yang sama, Amira yang banyak jasanya perlu dia balas mengajak dirinya untuk menemankan perempuan itu membeli belah. Dia tiada pilihan lain selain bersetuju dengan ajakkannya.

Dia berdoa pada Allah agar orang tuanya tidak tahu dia melanggar arahan mereka. Tapi jika mereka tahu juga, dia tidak boleh berbuat apa apa. Ini salah dirinya juga. Dia hanya perlu bersabar dan berserah semuanya pada Allah.

 

tbc..jgn lupe vote tauu..thankyouuu

KEADAAN YANG MEMAKSA AKU | OGWhere stories live. Discover now