“lepas lah!” bentak Daena Ifarina serentak dia menarik tangannya sendiri sehingga terlepas dari genggaman ibunya. Kini mereka sudah berada di luar dari mall yang agak besar itu. Tadi mungkin dia hanya menurut untuk mengikuti langkah ibu dan ayahnya kerana dia sedang di perhati oleh ramai orang yang ada di dalam mall itu, tapi kini dia di luar daripada mall. Dah tak ramai orang.
“daena! Apa kena dengan kau ni?!” herdik Puan Daima apabila anak perempuannya bertindak luar jangkaan mereka. Sepanjang dia menjaga anak perempuannya itu, tidak pernah sekali pun Daena bertindak dengan keras, apatah lagi meninggikan suara kepadanya.
“selama aku jaga kau, kau tak pernah untuk cuba tinggikan suara pada aku” luah Puan Daima dengan nada tinggi. Hatinya sedikit rasa sakit apabila melihat anak perempuannya begitu. Daena Ifarina terdiam seketika apabila mendengar luahan dari ibunya. Ya! Dia dah keterlaluan. Dia teremosi. Dia tertinggikan suara. Ini bukan diri dia yang dulu.
“oh ya? now i will” ujar Daena Ifrina dengan senyuman sinis.
“to defend myself” sambung Daena perlahan, tetapi sempat di dengarkan oleh kedua orang tuanya. Puan Daima terkedu. Pikirannya kini terimbas kembali dengan kenangan buruknya bersama anak perempuannya. Tak, itu bukan sebagai kenangan buruknya, tapi dia yang memburukkan kenangan itu.
“mama tahu tak? Berapa lama Daena rasa sakit yang tak dapat untuk Daena ungkapkan ni?” Puan Daima terdiam dan terkedu selepas anak perempuannya membuka suara. Dia memandang tepat ke wajah anak perempuannya dengan perasaan bercampur baur.
“dah lama ma! Lama sangat. Daena sakit ma! Setiap hari Daena sakit. Setiap hari Daena kena hadap benda yang sama. Pada mulanya Daena rasa semua anak merasakan benda yang sama. Tapi rupanya tak! Lepas Daena tinggal dengan sebuah keluarga yang sempurna. Daena baru dapat tahu keluarga itu apa” panjang Daena berkata bersama air mata yang mengalir tanpa henti.
“Daena!” laung Tuan Iffat apabila anak perempuannya meninggikan suara kepada isterinya.
“jangan nak kurang ajar dengan mama!” dingin Tuan Iffat. Sakit hati mula membara apabila anak perempuannya sudah berani meninggikan suara.
“salah ke Daena nak meluah pa?” kini pandangan di alihkan pula kepada Tuan Iffat.
“salah ke pa! papa tahu tak? Cinta seorang anak perempuan adalah ayah dia! Ayah dia papa! Semua anak perempuan dapat rasakan kasih sayang dari seorang ayah. Tapi Daena? Selama ni Daena sakit, sikit pun papa tak ambik kisah. Apa yang mama buat pada Daena, papa diam! Papa tak mempertahankan Daena. Atas alasan apa? Alasan sebab mama lagi sakit hampir hilang anak kesayangan mama?” kata kata Daena membuatkan mereka berdua diam.
“budak tu tak jadi mati pun ma.. tapi kenapa mama layan Daena seolah olah Daena dah bunuh dia?” soal Daena dengan tenang. Tuan Iffat melangkah menghampiri anak perempuannya, tangan laju menampar pipi cantik anaknya. Daena hanya setia berdiri dengan tenang di situ walaupun dia di tampar kuat oleh ayahnya. Cinta pertamanya?
“cukup Daena! Cukup sakitkan hati mama Daena lagi!” marah Tuan Iffat.
“tapi Daena pun sakit papa. Mana keadilan untuk Daena?” ujar Daena Ifarina perlahan seraya dia tertunduk. Dia memejamkan matanya buat seketika.
“papa..” dia membuka matanya memandang ke arah papanya. Dia diam buat seketika.
“izinkan Daena cari kebahagiaan Daena sendiri” ujar Daena selepas mendiamkan diri. Kata kata Daena membuatkan Tuan Iffat membisu.
“Daena minta izin sebab Daena tahu tanggungjawab Daena masih pada papa. Jadi izinkan lah. Bagi lah Daena cari kebahagiaan Daena pa. Daena nak bahagia setelah sekian lama Daena menderita” ujar Daena Ifarina dengan nada biasa. Air matanya turut mengalir. Begitu juga dengan kedua orang tuanya. Perlahan lahan Daena berlalu pergi.
YOU ARE READING
KEADAAN YANG MEMAKSA AKU | OG
RomanceDengan lafaz بسم الله الرحمن الرحيم saya mulakan.. cerita ini mengisahkan mengenai seorang perempuan yang hidupnya telah dibenci oleh keluarganya sendiri. Setelah sekian lama dia mengahadapi ujian ujian hidupnya dengan ikhlas dan redha, tuhan telah...