“Hazen” seru Dzul kepada sahabatnya yang sedang menatap screen laptopnya dengan penuh khusyuk.
“hm” gumam Hazen tanda memberi respon.
“esok kau busy?” soal sahabatnya.
“esok.. tak kot. Kenapa?” soal semula Hazen kepada sahabatnya. Pandangannya yang tadi di berikan kepada screen laptop kini beralih kepada sahabatnya yang sedang berada di hadapannya.
“masuk hutan jom!” ajak Dzul dengan penuh semangat. Mana taknya? Hazen ni setiap hari kalau boleh nak hadap kerja aje. Alang alang member dah free ni, ada baik dia ajak keluar. Bukan senang nak dapat masa daripada Hazen.
“hm” gumam Hazen tanda setuju. Dzul tersenyum senang.
“Eldira sihat?” soal Hazen tiba tiba. Senyum Dzul turut mati apabila mendengar nama anak perempuannya.
“sihat. Kau asal tetiba tanya anak aku?” dahi Dzul berkerut. Lain macam!
“tak ada apa. Rindu je kat anak kau tu, dah lama aku tak jumpa” jujur Hazen. Dia suka budak budak, apatah lagi sahabatnya mempunyai anak.
“kau jangan macam macam Hazen. Anak aku baru 6 bulan tau” ujar Dzul. Dahinya tak lepas dari berkerut.
“kenapa kalau 6 bulan pun?” soal Hazen. Dia mengangkatkan satu keningnya ke atas memandang sahabatnya. Fikir apa mamat ni?
“aku tak nak menantu macam kau” selamba Dzul berkata. Hatinya juga turut berdebar jika benar sahabatnya sudah jatuh cinta kepada anak perempuanya. Hazen sedikit terkedu dengan apa yang di katakan oleh sahabatnya. Ha sudah! Salah faham ni.
“kenapa? Aku kaya apa? Dah la kaya hensem pulak tu! Kau tak nak ke aku jadi menantu kau?” usik Hazen kepada sahabatnya. Senyum sinis terukir di bibirnya. Dzul menayangka wajah jijiknya. Tawa Hazen memecah suasana bilik kerjanya apabila melihat reaksi sahabatnya yang sungguh jijik dengan kata katanya.
“kau kenapa Hazen? Demam ke?” soal Dzul apabila melihat sahabatnya tertawa secara tiba tiba. Tiada angin, tiada ribut, gila sudah kawannya.
“jauh sangat kau fikir ni zul” ujar Hazen seraya mentap anak mata sahabatnya. Dia menggelengkan sedikit kepalanya ke kiri dan ke kanan apabila tawanya semakin perlahan.
“jangan laju sangat zen” ujar Dzul yang berada di belakang Hazen dengan jarak di antara 2 meter.
“hutan mana kau pilih ni Zul?” soal Hazen kebingungan. Hazen memberhentikan langkahnya. Mata liar melihat di kawasan sekeliling hutan tersebut. Hutan ini mempunyai permukaan yang agak rata berbanding hutan hutan lain. Hutan ini juga mempunyai pokok pokok yang tinggi dan tersusun rata.
“entah..kenapa?” soal semula Dzul kepada Hazen. Dia memberhentikan langkahnya di sisi sahabatnya. Matanya juga turut liar melihat kawasan hutan tersebut.
“tak pernah tengok pulak aku” ujar Hazen. Kemudian dia membuka langkahnya untuk meneruskan perjalanan mereka. Tujuan mereka ke sini adalah untuk meluangkan masa bersama serta mencari sungai yang terdapat di dalam hutan tersebut.
Dzul mengerling ke arah jam tangan berjenama yang melilit di pergelangan tangannya itu. Jelas kini sudah tepat pada pukul 5 petang.
“Zen, zen..kau dengar tak?” soal Dzul seraya dia menepuk perlahan bahu sahabatnya. Langkah mereka berdua terhenti.
“kau ni, benda benda macam ni jangan tegur. Kot ye pun, tunggu lah dah sampai rumah dulu” ujar Hazen dengan nada tenang.
“bukan lah! Kau ni, aku dengar..”
Pak!
“berapa kali aku nak pesan? Jangan tegur” ujar Hazen. Kata kata Dzul terhenti apabila pipi kirinya terasa sedikit pedih akibat di tampar oleh sahabatnya.
“eh kambeng! Sakit tau tak?” dingin Dzul sambil mengusap perlahan lahan pipinya yang terasa sedikit kebas. Hazen hanya menjeling kasar ke arah sahabatnya.
“aku deng..”
Pak!
Kini, pipi sebelah kanan pula di tamparnya.
“kau ni..” dingin Dzul seraya menahan sakit. Pipi yang di lempang mula mula tadi pun belum habis kebas lagi, ini sudah di tambahnya lagi sebelah.
“aku dengar bunyi air terjun lah setan!” ujar Dzul dengan sekali nafas. Mahu kena lempang lagi karang. Hazen hanya diam. Sedang mencari dari mana datangnya bunyi itu.
Hazen yang tadi hanya berdiri setempat, kini dia membuka langkahnya menuju ke arah bunyi yang sedang menarik perhatian mereka berdua. Dzul hanya mengikuti langkah sahabatnya seraya mengusap lembut pipinya yang masih terasa sedikit lumpuh.
Hazen menyelak daun daun yang terjuntai sehingga menutupi satu lubang yang agak gelap. Hazen melangkahkan kakinya memasuki lubang tersebut.
“Hazen. Kau nak masuk?” ujar Dzul menyebabkan langkah sahabatnya terhenti. Hazen hanya mengangguk sekali memandang wajah sahabatnya seakan akan ketakutan.
“buatnya tiba tiba ada harim..”
“kau mintak penampar aku lagi ke?” kata kata Dzul terhenti apabila Hazen mula memotong katanya. Dzul menelan kesat air liurnya. Kemudian dia hanya mengikuti langkah sahabatnya dari belakang.
Sungguh mereka berdua terkedu sehingga mulut terdiam tidak terkata. Langkah mereka berdua terhenti apabila melihat isi di dalam lubang yang agak suram tadi. Perlahan lahan bibir mereka terukir senyuman manis. Terkedu dengan ciptaan tuhan yang satu ini.
“gua apa ni Zen?” suara garau Dzul memecah suasana yang tanpa ada sebarang suara makhluk. Hanya di hiasi dengan suara air terjun yang jatuh ke permukaannya.
Hazen mengerutkan dahi apabila ternampak sesuatu yang telah menarik perhatiannya. Dia membuka langkah ke arah itu. Terdapat seorang gadis yang berpakaian dress hitam sedang terbaring lemah di atas batu besar itu.
Mereka berdua berdiri tegak di sisi gadis yang sedang terbaring itu sambil merenung wajah comot gadis itu.
“perempuan mana pulak ni?” soal Dzul kebingungan. Hazen hanya diam. Matanya tak lepas memandang wajah yang pucat dan lesu itu.
“aku rasa perempuan ni mesti islam” seloroh Dzul sambil bercekak pinggang. Hazen memandang sahabatnya dengan wajah yang tidak percaya. Sempat lagi dia ni nak bergurau?
Hazen mencangkungkan kakinya. Kemudian dia menarik tangan kiri gadis itu. Dia menyelak sedikit baju gadis itu belah pergelangan tangan untuk mengenal pasti wanita itu masih bernyawa ataupun sebaliknya.
Mereka terkedu apabila terdapat berpuluh puluh kesan torehan memenuhi pergelangan tangan kiri wanita itu. Spotan Dzul mengangkat tapak tangannya menutup mulutnya akibat terkedu dengan apa yang dia lihat. Hazen hanya setia memegang pergelangan tangan wanita asing itu.
“dia hidup lagi ni” ujar Hazen apabila dia merasai bahwa nadi gadis yang tidak menyedarkan diri itu masih memberikan tindak balas bahwa gadis itu masih bernyawa dan sempat untuk di selamatkan.
“dah jom keluar. Kita bawa dia sekali” ujar Hazen.
“izinkan aku angkat kau” bisik Hazen perlahan. Sedar akan perempuan itu tidak dapat mendengar bisikannya, akan tetapi dia tetap meminta izin kepada perempuan asing baginya itu. Tanpa membuang masa dia mengangkat tubuh gadis itu dengan kedua belah tangannya.
Mereka bertiga keluar dari gua itu. Kemudian Hazen dan Dzul serta Daena yang berada dalam dukungan seorang lelaki itu meneruskan perjalannya untuk pulang dan pergi beredar dari tempat itu.
tbc.. jgn lupe vote:]
YOU ARE READING
KEADAAN YANG MEMAKSA AKU | OG
RomanceDengan lafaz بسم الله الرحمن الرحيم saya mulakan.. cerita ini mengisahkan mengenai seorang perempuan yang hidupnya telah dibenci oleh keluarganya sendiri. Setelah sekian lama dia mengahadapi ujian ujian hidupnya dengan ikhlas dan redha, tuhan telah...