“awakk” seru Tuan Iffat kepada isterinya. Puan Daima hanya diam, malah tidak menoleh sedikit pun. Dia memandang ke arah luar balkoni. Hanya tenung dengan perasaan yang sedih, kecewa dan kosong.
“awak dah dua hari tak makan. Kita turun makan. Ya?” pujuk Tuan Iffat. Melihat isterinya yang selalu mendiamkan diri sejak kejadian pada hari itu membuatkan dia risau dengan keadaan isterinya sekarang.
“awak” panggil Puan Daima.
“urm” gumam Tuan Iffat sebagai memberi respon.
“saya nak jumpa Daena” ujar Puan Daima, serta merta air matanya perlahan lahan menuruni pipi. Suaminya terkedu dengan permintaan isterinya pada kali ini.
“saya nak mintak maaf pada anak saya. Saya nak peluk dia. Saya nak cium dia. Saya berdosa. Saya berdosa dengan anak saya” ujar Puan Daima bersama air mata yang tak henti turunnya.
“Selama ini, saya hanya pandang pada perasaan diri sendiri sampaikan saya tak pandang pada perasaan Daena, dan selama ini jugak saya hanya fikir dosa anak kepada orang tua sehingga saya lupa dosa orang tua kepada anak” sambung Puan Daima.
“kat mana kita nak jumpa dia yang?” soal Tuan Iffat tetapi lebih kepada memujuk.
“kita tak tahu dia di mana sekarang” sambung Tuan Iffat lagi.
Puan Daima membuka langkah memasuki ke dalam biliknya, lalu kakinya melepasi pintu bilik itu dan terus menuju ke arah pintu bilik anak perempuannya.
Dayyan Iffaz yang melihat ibunya bergerak ke sebuah bilik turut mengikuti langkah ibu dan bapanya.
Buka sahaja pintu bilik anak perempuannya, kelihatan bilik itu suram, sunyi, sepi, kosong walaupun perabot perabot dan barang barang anaknya masih kekal berada di bilik itu.
Baru kali ini dia terdetik hati untuk memasuki bilik anaknya. Kejam kah dia selama ini?
Tidak perlu berfikir panjang. Jawapannya ya. Dia kejam!
“Daena” seru seseorang dari belakang membuatkan gadis itu berpaling ke belakangnya.
“Daena buat apa kat luar ni? tak panas ke?” soalan di ajukan selepas dia mengambil tempat berhadapan dengan gadis itu.
“saja ja mummy. Tengok pokok pokok kat luar ni” ujar Daena. Suka dia tengok kawasan halaman luar rumah ini. cantik! Terdapat banyak pokok pokok dan bunga bunga yang di tanam sendiri, tambahan pula dengan kolam yang airnya sangat jernih.
“mummy ada benda nak bincang dengan Daena ni” ujar Puan Hazna lembut.
“apa dia mummy? Cakap lah” balas Daena lembut juga.
“sudi tak kalau Daena jadi menantu mummy?” kata kata Puan Hazna membuatkan Daena terkedu sehingga kehilangan suara untuk dia lontarkan.
“me-menantu?” payah untuk Daena bersuara. Dia tak salah dengar kan? Puan Hazna mengangguk iya seraya menghadiahkan senyuman manis buat gadis di hadapannya sekarang.
“tapi dengan siapa?” soal Daena Ifarina.
“mummy ada anak lelaki selain Hazen ke sayang?” ujar Puan Hazna sambil melentokkan sedikit kepalanya. Daena mengerutkan dahinya.
“t-tapi Haze..”
“Hazen yang minta mummy lamar kamu Daena” potong Puan Hazna. Daena terkedu. Baru dia teringat dengan kata kata Hazen malam tadi.
“kalau macam tu..terima lah aku”
Kata kata Hazen terngiang ngiang di kepalanya. Jadi ini ke yang di maksudkan oleh lelaki itu?
“Daena?” seruan Puan Hazna membuatkan Daena tersedar dari lamunannya.
“ha? Ya?”
“Daena sudi ke?” soal semula Puan Hazna.
“tapi Daena ada keluarga mummy. Daena masih ada orang tua Daena” ujar Daena Ifarina.
“jadinya kenapa?” bingung Puan Hazna. Kenapa kalau ada keluarga sekalipun?
“Daena perlukan restu mereka” ujar Daena perlahan sambil tertunduk.
“Hazen kata, dia hanya perlukan persetujuan dari Daena. Selebihnya dia yang akan uruskan sendiri termasuk keluarga Daena” ujar Puan Hazna. Daena masih tertunduk dan hanya diam tidak terkata. Dia bermain dengan jarinya sendiri.
“mummy tak tahu apa yang telah jadi pada keluarga Daena. Yang mummy tahu apa yang jadi sebelum Daena melarikan diri sahaja. Selebihnya mummy tak tahu. Tapi mummy memang dapat rasakan ada benda yang jadi lebih buruk daripada yang mummy tahu. Mummy tak nak tanya lebih lebih sebab mummy takut mummy buat Daena rasa sedih. Tapi apa pun yang jadi pada Daena sebelum ni, terima lah dengan hati yang terbuka ya sayang? ingatlah yang allah tak akan uji seseorang itu lebih daripada kemampuan seseorang itu. Kalau Daena rasa berat untuk Daena hadap seorang diri, let someone to help you” panjang lebar Puan Hazna berkata kata. Daena memandang lama anak mata Puan Hazna lama.
“siapa yang nak tolong Daena mi?” ujar Daena lemah.
“Hazen. let him help you. Setidaknya dia akan ada bersama Daena waktu Daena sedih, kecewa, terluka dan mummy juga yakin dia akan jaga dan melindungi Daena sebaik baiknya” ujar Puan Hazna.
“Hidup ni Daena, kita tak boleh seorang diri. Sebab itu lah Allah SWT menciptakan lelaki dengan kelebihan dan keistimewaan tertentu bagi melaksanakan tanggungjawab fitrahnya iaitu sebagai pelindung kepada wanita serta menjadi pemimpin yang berwibawa” panjang lebar kata kata Puan Hazna buat gadis di hadapannya sekarang.
“ya mi? kenpa call Hazen ni? Hazen tengah sibuk ni” sebaik sahaja Hazen menekan tombol berwarna hijau di permukaan screen telefonnya, dia mendekapkan telefon itu ke telinganya.
“amboi.. dengan salamnya tak ada terus halau mummy macam tu?” ujar Puan Hazna selepas mendengar bebelan anak lelakinya.
“bukan macam tu mummy..” ujar Hazen sopan.
“kenapa mummy call Hazen ni?” soal Hazel. Tangan kirinya sibuk menyemak satu persatu kertas yang terletak di atas mejanya. Manakala tangan kanannya pula sedang memengang telefonnya.
“Daena terima” ujar Puan Hazna ringkas.
“oh” balas Hazen sepatah.
“eh! Apa mummy?” apabila dia tersedar akan maksud ibunya terus dia menyoal semula untuk kepastian.
“Daena terima kamu Hazen” ulang Puan Hazna, nadanya di tekan kan sedikit. Bibirnya perlahan lahan mengukirkan senyuman gembira.
“Hazen.. kamu dengar ke tak ni?” soal Puan Hazna apabila anak lelakinya itu terus diam tanpa mengeluarkan suara.
“ya, ya mummy.. Hazen dengar” ujar Hazen.
Selepas panggilan tersebut di tamatkan, Hazen terus mengemas barang barangnya di atas meja kemudian berlalu pergi.
“eh kau nak gi mana” tegur seseorang selepas dia melepasi pintu bilik kerjanya.
“balik” jawab Hazen sepatah.
“awal betul, lately ni bukan kau banyak kerja ke nak kena uruskan. Tak kan dah siap kot?” ujar Dzul bingung. Jarang dia melihat sahabatnya mahu pulang awal, selalunya dia lah yang paling lewat untuk pulang ke rumah.
“kerja kerja aku nanti kau semak balik eh” arah Hazen dengan wajah selamba.
“ha memang! Memang bagus” Dzul menepuk berkali kali telapak tanganya. Suka betul dia dengan perangai kawannya yang seorang ini.
“baguskan?” sinis Hazen apabila melihat reaksi sahabatnya yang seperti tidak puas hati.
“kau ni..”
“babai!” potong Hazen Thufail sebelum dia berlalu. Sempat dia mengerdipkan sebelah matanya kepada sahabatnya yang sedang memandangnya dengan tajam.
“nasib kau boss. Kalau ikut kan hati aku, aku nak aje humban kau dalam mangkuk jamban tuh!” ngomel Dzul sendiri.
YOU ARE READING
KEADAAN YANG MEMAKSA AKU | OG
RomanceDengan lafaz بسم الله الرحمن الرحيم saya mulakan.. cerita ini mengisahkan mengenai seorang perempuan yang hidupnya telah dibenci oleh keluarganya sendiri. Setelah sekian lama dia mengahadapi ujian ujian hidupnya dengan ikhlas dan redha, tuhan telah...