👑 26

6 1 0
                                    

Pagi pagi lagi Hazen sudah keluar dari rumah untuk pergi ke hospital. Memandangkan adik Daena iaitu Dayyan sudah diberi peluang untuk pulang ke rumah, Hazen terus bergerak pergi ke hospital untuk menjemput adik iparnya pulang ke rumahnya.

Daena membuka langkah menuruni anak tangga. Mata meliar liar mencari kelibat suaminya. Sekali sekala dia menyeru berkali kali nama Hazen, tetapi sekalipun tidak ada yang menyahut.

“assalamualaikum” salam diberi oleh seseorang seraya perlahan lahan pintu masuk rumah itu terbuka.

“abang? Abang pergi man..” kata kata Daena terhenti apabila melihat terdapat seseorang sedang berdiri di belakang suaminya.

“abang pergi ambil Dayyan dari hospital tadi. Abang dah kejut awak, tapi awak tak bangun” ujar Hazen yang sedang mengangkat sebuah beg yang berisikan pakaian.

“abang tetap dengan keputusan abang yang nak bawak dia duduk sekali dengan kita? Event abang tahu Daena bencikan dia?” ujar Daena keras. Hazen Thufail dan Dayyan Iffaz sedikit terkedu dengan apa yang wanita itu katakan.

“sa..”

“ikut abang lah” potong Daena dengan malas. Dia membuka langkah pergi ke arah ruang dapur.

“Dayyan masuk bilik itu dulu” arah Hazen kepada adik iparnya.

“kakak?” soal Dayyan ringkas akan tetapi soalannya tetap dapat ditangkap oleh Hazen.

“tak apa, biar abang Hazen pergi pujuk dia” ujar Hazen seraya tersenyum ke arah adik iparnya.

“Daenaa..” seru Hazen meleret. Tangan di angkat memeluk pinggang si isteri.

“tepi boleh tak? Daena nak buat air” ujar Daena keras. Tangan menepis tangan si suami daripada terus memeluk pinggang rampingnya.

“amboi! Marah abang pula” ujar Hazen. Daena hanya diam bergerak ke arah penapis air lalu mengisi air tersebut ke dalam cawan yang berada di tangannya.

“marah abang ke?” soal Hazen sambil mencuit cuit pinggang isterinya.

“eyy kau ni!” marah Daena apabila Hazen terus terusan mencuit pinggangnya.

“elelelele” usik Hazen.

“sebelum air panas ni masuk dalam lubang hidung abang, baik berhenti” marah Daena lagi. Kaki melangkah pula ke arah meja panjang yang terletak di ruangan dapurnya itu.

Daena melabuhkan punggungnya di atas kerusi lalu menghirup air kopi yang sudah dibancuh oleh dirinya sebentar tadi.

Hazen juga turut melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan si isteri.

“kenapa sayang bencikan Dayyan sangat?” soal Hazen serius. Mendengar sahaja nama yang di sebut oleh Hazen, hati terasa di bakar. Soalan yang di tanya tadi dibiarkan sahaja.

“Daena.”

“sebab Daena tak nak dia huru harakan kasih sayang abang kepada Daena pula” pantas Daena menjawab selepas mendengar namanya diseru begitu.

“hah?” bingung Hazen dengan jawapan yang diberi.

“abang tak akan faham” ujar Daena sedikit perlahan.

tell me first before you say i won’t understand anything” ujar Hazen dengan keras. Daena terkedu apabila nada suaminya terus berubah.

“abang marah?” soal Daena sambil menatap anak mata suaminya.

yes of course. Abang tak suka bila Daena terus menilai abang macam tu” ujar Hazen keras. Mata tidak lepas daripada menatap mata si isteri.

“macam mana dia dah hancurkan kasih sayang mama papa dekat Daena, macam tu juga dia akan buat dekat kasih sayang abang kepada Daena kan?” ujar Daena.

“huh? What do you mean?” Hazen mengerutkan dahinya apabila mendengar kata kata isterinya.

i told you, you won’t understand” kata Daena dengan sedikit tertunduk. Tangan sibuk bermain dengan sudu yang terletak di dalam cawan tersebut.

straight to the point sayang” ujar Hazen lembut apabila dia tersedar bahwa dia sudah sedikit berkeras bersama isterinya.

“mama papa bencikan Daena disebabkan Dayyan, dan saya tak nak kalau abang bencikan Daena disebabkan dia juga” ujar Daena bersama keluhannya. Dia bangun dari duduknya lalu melangkahkan kaki keluar dari ruangan dapur. Hazen hanya mengikuti langkah isterinya daripada belakang.

Langkah Daena terhenti apabila melihat Dayyan yang sedang berdiri di hadapannya kini.

“kau jangan ingat aku tak tahu niat sebenar kau” ujar Daena dengan memandang tajam ke arah adik lelakinya.

“kak aku..”

don’t call me kakak with your fucking mouth” kata Daena. Perkataan ‘kakak’ ditekankan sedikit.

“Nur Daena Ifarina!” laung Hazen kuat dengan memanggil nama penuh isterinya. Daena berpaling ke belakang dengan hati yang sedikit terluka kerana lelaki itu meninggikan sedikit suaranya.

you are not my little brother anymore” bisik Daena. Dia terus dengan melangkahkan kaki naik menuju ke anak tangga. Sepanjang perjalanannya ke bilik, perlahan lahan air matanya mengalir tanpa sebarang suara esakkan.

“Daena. Kenapa cakap macam tu?” soal Hazen keras. Pintu di tutup rapat. Hazen melangkah mendekati isterinya yang sedang berdiri membelakanginya. Tangan naik memusingkan tubuh isterinya agar tidak membelakangi dirinya.

“lepas boleh tak?” bantah Daena apabila tangan Hazen turut naik memegang kedua belah bahunya. Hazen hanya diam melihat riak wajah isterinya yang sudah di basahi dengan air mata.

“okay look” Hazen mengeluh sebelum dia mendongakkan isterinya untuk bertentang mata dengan dirinya.

“Dayyan tu adik awak sayang. Walau macam mana pun dia tetap adik awak. Dia tetap tanggungjawab awak selepas mama papa dah tak ada” ujar Hazen lembut. Tangan naik mengusap lembut permukaan kulit wajah isterinya.

“Daena benci dia abang..” ujar Daena dengan lemah. Dia tertunduk. Sakit apabila memikirkan semula apa yang telah terjadi dalam hidupnya disebabkan adik lelakinya itu.

“okay. Tell me, why?” soal Hazen lemah lembut.

“sebab dia hidup daena sakit. Dia lah punca segala galanya. Daena takut” luah Daena lemah. Air mata turut menemaninya saat ini. Hazen kerut dahi memikirkan apa yang isterinya perlu takut?

“Daena takut kalau apa yang jadi pada Daena dulu berulang lagi. Daena dah penat abang. Daena dah tak kuat” sambung Daena. Hazen menarik Daena masuk ke dalam pelukannya sambil mengusap lembut belakang tubuh isterinya.

“sayang.. kenapa fikir sampai macam tu sekali?” soal Hazen lembut apabila suara esakkan isterinya semakin tenang. Daena menggeleng gelengkan kepala sedikit tanda memberi respon.

it’s okay, abang faham” ujar Hazen. Tangan masih setia mengusap lembut di belakang tubuh isterinya.

i’m sorry” ucap Daena setelah mendiamkan diri.

“sebab dah tinggikan suara” sambung Daena lagi. Hazen tersenyum mendengarkannya.

i’m sorry too.. kosong kosong eh?” ucap Hazen pula.

“tak. Kosong satu” bantah Daena. Dia meleraikan pelukannya dengan menambahkan sedikit jarak antara mereka.

“aik. Kenapa pulak?” soal Hazen dengan mengerutkan dahinya.

“sebab abang tak sebut satu satu salah abang pada Daena” ujar Daena Ifarina.

“lah pulak” tangan naik menggaru kepalanya yang tidak gatal. Daena mengangkatkan sebelah keningnya keatas memandang suaminya.

“urm.. sorry sebab abang pun dah tinggikan suara dekat sayang?” ujar Hazen seraya menggosok gosok belakang lehernya.

“ boleh la..” ujar Daena malas.

tbc
kalau korang jadi daena, korang bencikan dayyan jugak ke?

KEADAAN YANG MEMAKSA AKU | OGWhere stories live. Discover now