“assalamualaikum mummy daddy” ucap Hazen dan Daena selepas mereka melangkahkan kaki melepasi pintu masuk. Apabila melihat kelibat Puan Hazna sedang menghidangkan makanan di meja kaki mereka turut melangkah mendekati wanita itu.
“eh Daena!” laung Puan Hazna teruja. Lalu mendekati Daena dan memeluk erat tubuh badan wanita itu.
“Daena ok?” soal Puan Hazna sambil memeluk tubuh itu. Sungguh dia berasa simpati akan wanita ini kerana orang tuanya pergi sewaktu hari istimewanya. Daena yang mendengar soalan daripada mak mentuanya, dia hanya diam dan membalas dengan anggukkan.
“ai.. mummy tanya menantu mummy je ke? Anak mummy tak nak tanya?” sampuk Hazen yang dari tadi hanya melihat tingkah laku kedua orang wanita itu. Puan Hazna meleraikan pelukan tersebut kemudian dia menoleh pula ke arah Hazen yang sedang berdiri di belakangnya. Kini dia membelakangi Daena pula.
“anak kesayangan mummy ok?” soal Puan Hazna dengan melentokkan sedikit kepalanya. Nadanya juga seakan sedang memerli anaknya sendiri.
"tak” jawab Hazen ringkas. Puan Hazna berkerut. Ha sudah! Baru kahwin dah tak ok ke?
“kenapa?” soal Puan Hazna. Daena yang di belakang juga turut berkerut dahi.
“sebab Daena. Kalau isteri Hazen tak ok, Hazen pun tak ok” ujar Hazen Thufail. Dia menjeling ke arah Daena yang sedang berdiri di belakang ibunya.
“gedik!” sampuk seseorang dari belakang. Hazen toleh ke arah suara itu. Hazel Thaura!
“ceh! Jealous la tu an.. maklumlah orang tu single” usik Hazen kepada adik perempuannya. Hazel yang sedang meneguk air itu serta merta tangannya pantas membaling cawan itu ke arah abangnya.
“auch!” Daena terjerit kecil apabila cawan itu tepat kena pada bahunya.
“Daena!” laung Hazel terkedu. Dia tak sengaja!
“sayang.. awak ok?” soal Hazen risau. Dia memegang kedua belah bahu isterinya dan membelek belek tubuh isterinya.
“Daena ok lah! cawan plastik aje pun” ujar Daena Ifarina.
“betul ke ok? Hazel kamu ni nak bergurau pun jangan melibatkan orang lain” marah Puan Hazna kepada anaknya. Hazel hanya menunduk. Tidak mahu bertentang mata dengan ibunya, apatah lagi abangnya. Seram!
“sorry” ucap Hazel sambil tertunduk.
“tak ada apa lah! serius tak sakit pun..” ujar Daena kepada adik iparnya. Hazel masih menunduk rasa sebersalah.
“alaa.. setakat cawan kecik tu.. Daena pernah kena lebih teruk dari tu” ujar Daena spontan, dia langsung tidak berfikir sebelum berkata. Hati terasa sebersalah kepada adik iparnya apabila gadiz itu di marah oleh Puan Hazna hanya di sebabkan berpunca daripada dirinya.
Hazel yang tadi tertunduk, kini dia angkat kepala. Dia terkedu dengan apa yang di katakan oleh kakak iparnya. Begitu juga dengan Puan Hazna dan Hazen, mereka turut berpaling ke arah wanita itu.
Daena pandang wajah mereka dengan mengetap bibirnya. Dia tersalah cakap! Macam mana ni!
“so-sorry Daena tersalah cakap” ucap Daena apabila hatinya sudah bergulung dengan rasa serbasalah.
“ni! ambik kau!” Hazen tunduk mengambil cawan plastik tersebut lalu membaling ke arah adiknya. Hazel mengelak. Tapi cawan itu tetap terkena pada bahunya.
“sakit lah bodoh!” bengis Hazel kepada abangnya. Hazen sengih puas hati.
“dasar anak pungut” ujar Hazel keras apabila melihat riak wajah abangnya yang seakan akan puas dengan tindakan diri sendiri.
“patut lah perangai macam babi! Mummy pungut kau kat kandang babi rupanya!” Hazel masih tidak puas hati apabila abangnya hanya diam dan pergi begitu sahaja.
“ehem” berdehem Puan Hazna. Sekali lagi Hazel terkedu. Alamak! Dia salah kata..
“hehehe” Hazel sengih seraya menutup mulutnya dengan kedua belah telapak tangannya. Hazel melangkah pergi dengan berlari anak menuju ke biliknya.
“k-kakak” seru Dayyan Iffaz sebaik sahaja melihat tubuh Daena melangkah masuk ke dalam bilik pesakit itu.
“doktor kata apa?” soal Daena dengan nada biasa. Riak wajahnya juga biasa. Tiada senyuman yang terukir di bibirnya.
“dah ok. Tak lama lagi dah boleh balik” jawab Dayyan.
“kakak.. dayyan rindu mama papa” luahnya kepada Daena.
“habis kau ingat aku tak rindu dia orang? Sekurang kurangnya kau banyak kenangan manis dengan dia orang. Aku?” kata Daena. Hazen dan Dayyan sedikit terkedu mendengar kata kata wanita itu.
“k-kakak a..”
“dayyan nanti tinggal dengan kita orang je la eh?” belum sempat untuk Dayyan menghabiskan ayatnya, Hazen terlebih dahulu memotongnya.
“kenapa pulak? Dia dah besar, biar lah dia bela diri sendiri. Kenapa kita pula yang nak kena bela dia?” ujar Daena keras. Hati mendidih didih apabila mendengar kata kata suaminya. Macam mana dia nak hidup dengan orang yang dia benci?
“sayangg..” seru Hazen meleret.
“tak pe abang Hazen. Dayyan boleh tinggal seorang” ujar Dayyan Iffaz. Dia tahu Daena sedang membencinya.
YOU ARE READING
KEADAAN YANG MEMAKSA AKU | OG
RomanceDengan lafaz بسم الله الرحمن الرحيم saya mulakan.. cerita ini mengisahkan mengenai seorang perempuan yang hidupnya telah dibenci oleh keluarganya sendiri. Setelah sekian lama dia mengahadapi ujian ujian hidupnya dengan ikhlas dan redha, tuhan telah...