👑19

19 4 0
                                    

Pagi pagi lagi Hazen sudah turun ke dapur untuk membuat sarapan isterinya.

Buka sahaja mata, dia pandang ke tepi kanannya. Kosong. Tak ada orang.

Apabila dia kerling ke arah jam telefon bimbitnya kelihatan sekarang sudah Pukul 8 pagi. Dia bangun. Dia menurunkan kedua belah kaki memecah lantai bilik itu.

Apabila kaki sudah melepasi anak tangga, mata liar melihat halaman rumah banglo yang sangat cantik dan kemas itu. Mata terlalu leka sehingga dia terlanggar seseorang dari depan.

“eerr.. sorry” ucap Daena. Hazen sengih melihat tingkah laku isterinya dari tadi.

“tengok apa?” soal Hazen Thufail.

“tak de apa. Cantik rumah ni. Rumah kau ke?” ujar Daena. Mata masih liar memandang kawasan dalaman rumah itu.

“rumah kita” kata kata Hazen membuatkan Daena memandang ke arahnya. Kini mata mereka bertentangan. Hazen koyak senyum lama lama. Kelihatan wajah Daena sudah bertukar tona warna.

“dah jom makan” untuk mengurangkan rasa janggal antara mereka, Hazen ubah topik. Hazen menarik tangan isterinya untuk mengikuti langkahnya. Tangan  menarik kerusi ke belakang untuk memberi ruang kepada isterinya duduk.

“kau masak?” soal Daena apabila melihat semangkuk nasi goreng yang diletakkan di atas meja makan itu. Hazen hanya mengangguk iya.

“Daena” seru Hazen. Daena hanya membalas dengan mengangkatkan keningnya ke atas.

“boleh kita tukar panggilan?” soal Hazen lagi.

“hah?” melihat reaksi wajah isterinya yang seakan tidak faham dengan apa yang dia katakan itu membuatkan dia tersengih suka.

stop gunakan panggilan dengan panggilan kau aku boleh?” ulang Hazen dengan ayat yang lebih mudah untuk difahami.

“ok” sepatah sahaja Daena menjawab kemudian dia kembali menyuakan sesuap nasi ke dalam mulut.

“kau.. errr a-awak tak makan?” dari tadi dia perasan bahwa suaminya hanya memperhatikan dirinya sahaja.

“panggil aku abang” ujar Hazen spontan.

“hah?” Daena terkedu dengan apa yang suaminya kata.

“panggil aku Abang” ulang Hazen dengan nada yang lebih keras.

“uish, tak nak lah” tolak Daena.

“kenapa?” soal Hazen ingin tahu.

“tak nak tak nak. Kalau nak suruh panggil abang, baik kau jadi abang angkat aku je tak payah jadi suami” ujar Daena seraya menggeleng gelengkan kepalanya. Geli hati dia dengan permintaan suaminya.

“tak nak sudah” ujar Hazen ringkas. Bibir Daena terangkat apabila suaminya mengalah.

“Tapi kalau panggil juga nanti abang belanja novel baru” ujar Hazen Thufail kemudian dia kenyit sebelah mata ke arah wanita yang sedang berada di hadapannya itu. Senyuman Daena kembali mati. Dia tenung wajah suaminya yang sedang menyuakan nasi ke dalam mulut.

“kenapa?” tegur Hazen apabila perasan dia di perhatikan. Daena menggeleng laju kepalanya kemudian dia kembali tunduk ke arah pinggan yang berisi nasi goreng.

Handbreak kereta di tarik apabila kereta milik Hazen berhenti tepat di hadapan rumah orang tua Daena. Kedua belah pintu kereta dibuka serentak. Daena melangkah menuju ke arah pintu masuk rumah itu. Hazen hanya diam menunggu di belakang isterinya sementara isterinya sedang membuka kunci pintu rumah itu.

KEADAAN YANG MEMAKSA AKU | OGWhere stories live. Discover now