“Aku terima nikahnya, Nur Daena Ifarina Binti Mohd Iffat dengan mas kahwinnya satu ribu satu ringgit tunai.” Tenang sahaja suara garau itu melafazkan akad.
Sah!
Sah!
Sah!
“Alhamdulillah..” ucap tok kadi sebelum dia mengangkat tangan untuk membacakan doa. Daena mengeluh dengan perlahan selepas mendengar perkataan ‘alhamdulillah’ daripada mulut tok kadi itu. Hatinya dari tadi bedebar walaupun kini dia sudah bergelar sebagai seorang isteri.
“doa sayang” Daena tersedar dari lamunannya apabila Puan Daima menegurnya dengan lembut seraya menolak perlahan bahunya. Melihat kesemua orang sedang menadahkan tangan untuk berdoa, dia juga turut menadah tangan seperti orang lain.
“amin..” serentak kesemua orang yang hadir di majlis perkahwinan itu mengaminkan doa.
“tahniah anak mama” ucap Puan Daima perlahan kepada anak perempuannya. Daena hanya membalas dengan senyuman. Kemudian Puan Daima bangun dari duduknya untuk memberi ruang kepada menantunya.
“Daena” seru Hazen Thufail yang sudah duduk berhadapan dengan isterinya. Daena yang dari tadi hanya menunduk, dia angkat kepala. Kini mata sepasang suami isteri itu bersambung.
“okay tak?” soal Hazen Thufail apabila melihat wajah isterinya yang seakan tidak cukup untuk bernafas. Daena mengorek senyuman lalu menganggukkan kepalanya secara perlahan lahan.
Hazen meraih lembut tangan isterinya lalu perlahan lahan dia menyarungkan cincin emas di jari manis isterinya, Daena Ifarina. Terasa sejuk permukaan telapak tangannya apabila menyentuh tangan cantik milik isterinya. Dia menggenggam erat tangan isterinya yang sudah bergetar dengan hebat.
Selesai sahaja sesi bersalaman dan sesi bergambar bersama ahli keluarga, tetamu tetamu yang hadir pada hari yang istimewa bagi mereka itu telah pun pulang ke destinasi masing masing. Tinggal ahli keluarga terdekat sahaja yang masih berada di masjid itu.
“Daena janji dengan mama satu perkara boleh?” soal Puan Daima. Kini hanya mereka berdua di situ. Selepas selesai sahaja sesi pegambaran yang dijalankan sebentar tadi, ibunya terus menarik tangannya untuk menjauhi dari tetamu tetamu. Katanya ada benda yang mahu dia beri tahu.
“apa tu mama?” soalan di balas soalan.
“janji dengan mama, kalau suatu hari nanti Daena dah ada anak. Jaga dan didik dia dengan sebaik baiknya ya, sayang? jadi ibu yang baik. Jangan contohi mama. Mama jahat” ujar Puan Daima lembut.
“maa..” suara Daena meleret menyeru ibunya.
“mama cakap benda betul Daena. Janji dengan mama, jangan bagi anak Daena rasa macam mana Daena rasa” ujar Puan Daima lagi. Daena hanya diam dan hanya membalas dengan anggukkan.
“jadi isteri yang baik ya sayang” sambung Puan Daima. Tangan naik mengusap pipi anak perempuannya.
“mama teringin nak ada cucu. Tapi mama tahu mama tak sempat” ujar Puan Daima perlahan. Dia menunduk. Telapak tangannya yang tadi naik di pipi Daena kini sudah turun berada di sisi.
“apa maksud mama?” soalan yang diberikan oleh Daena dibiarkan begitu tanpa jawapan.
“mama minta maaf” ucap Puan Daima perlahan.
“Daena..” belum sempat Daena mengeluarkan kata kepada ibunya, telinganya menangkap satu suara yang sedar menyeru namanya. Daena menoleh ke arah suara itu.
“kenap..” kata kata Daena terhenti apabila Tuan Iffat mendekatinya lalu terus memeluk erat tubuh badannya. Perasaannya kini bercampur baur. Sedih kerana sekarang baru dia dapat merasakan pelukan seorang ayah, sebak kerana ayahnya turut bersedih, gembira kerana dapat merasakan pelukan seorang ayah.
“tahniah anak papa” ucapan di berikan oleh Tuan Iffat kepada anak perempuannya, Daena. Pelukan di leraikan oleh Tuan Iffat. Dari sudut hati Daena, dia kalau boleh tidak mahu melepaskan pelukan tersebut kerana pelukan seorang ayah lah paling berharga dalam hidup seorang anak perempuan.
Tangan Tuan Iffat naik menyeka pipi mulus anak perempuannya. Air mata yang jatuh dari tadi tidak di sedarkan oleh Daena. Hazen dan keluarganya hanya diam sambil melihat tingkah laku keluarga kecil itu. Mereka turut bersimpati.
“Daena.. mama papa balik dulu ya? Nanti datang la rumah ya?” pinta Puan Daima sebelum dia melangkah pergi. Daena hanya mengangguk seraya tersenyum manis ke arah kedua orang tuanya. Daena menghulurkan tangan kanannya untuk bersalaman. Begitu juga dengan Hazen, turut menghulurkan tangannya.
“kami balik dulu ye” ujar Puan Daima kepada besannya. Puan Hazna hanya mengangguk serentak mengorek senyuman buat wanita seumurannya itu.
“bila bila free datang lah rumah” pelawa Tuan Thahir kepada Tuan Iffat dan Puan Daima. Mereka sepasang suami isteri hanya diam dan hanya mampu menghadiahkan segaris senyuman.
“mummy dengan daddy pun nak balik dah” ujar Puan Hazna selepas sepasang suami isteri tadi hilang dari pandangan mereka. Puan Hazna menghulur tangan kanannya ke arah menantunya untuk bersalaman.
Daena menoleh ke arah suaminya apabila kedua orang tua suaminya sudah hilang dari pandangan mereka berdua. Begitu juga dengan Hazen, turut menoleh ke arah isterinya. Hazen mengubah kedudukannya sehingga kini dia sedang berdiri berhadapan dengan isterinya.
Mata mereka bersambung. Melihat wajah isterinya, teringat akan kata kata bapa mertuanya tadi.
“jaga Daena elok elok Hazen. Bagi dia kasih sayang yang secukupnya. Selama dia hidup dengan kami, dia sakit. Dia menderita. Tapi sekarang dia pilih Hazen untuk bahagiakan dia. Jadi jangan buat dia rasa pilihan dia salah. Papa sayang Daena. Sayang sangat. Tapi papa dah tersilap langkah. Papa merayu sangat pada Hazen tolong bahagiakan dia. Bagi dia rasa macam mana untuk bahagia. Jangan bagi dia sakit lagi. Papa tak sanggup nak tengok anak papa sakit menderita lagi. Papa letakkan kepercayaan kepada Hazen untuk jaga Daena. Jadi jangan sia siakan kepercayaan seorang ayah untuk anaknya. Sampaikan maaf papa pada Daena ya?” panjang lebar Tuan Iffat memberi kata kata kepada menantunya.
“Arina!” laungan yang kuat membuatkan mereka tersentak. Mereka berdua mengalih pandangan ke arah suara itu. Terdapat seseorang sedang berlari ke arahnya dengan keadaan cemas.
“kenapa Amira?” soal Daena. Dia memegang kedua belah bahu sahabatnya untuk menenangkan keadaan sahabatnya, Amira.
“m-mamaa p-papa!” hanya perkataan itu yang dapat dia keluarkan dari mulutnya. Hati Daena mula tidak sedap. Kepalanya mula berbisik bisik.
“kenapa?” dia memberanikan dirinya untuk bertanya. Hati mula tak sedap. Berdebar debar dia menunggu jawapan daripada sahabatnya.
“dia orang.. dah tak ada”
kini jantung Daena seakan terhenti. Dia terjatuh terduduk. Baru tadi dia berbual bersama orang tuanya. Sepantas itu mereka meninggalkannya seorang diri di dunia yang kejam ini? sebelum ini mungkin dia boleh menerima kesemua ujian yang diberikan, tapi sekarang dia tidak kuat untuk menerimanya lagi. Ujian ini terlalu berat. Dia masih perlukan kasih sayang seorang ibu dan ayah.
Air mata Daena turun dengan laju. Tiada suara esakkan yang keluar dari mulutnya. Dia masih terkedu dengan berita yang sampai kepadanya. Terasa seperti ada tangan yang sedang memegang kedua belah bahunya, dia berpaling ke arah seseorang itu. Hazen! Ya Hazen. Hazen ada dengan dia. Dia tidak keseorangan.
“nampaknya mama dan papa serahkan saya pada awak sebab dia orang nak tinggalkan saya?” soal Daena ditemani dengan air mata. Hazen terkedu dengan apa yang dia dengarkan.
“mama teringin nak ada cucu. Tapi mama tahu tak sempat”
Kata kata ibunya terngiang ngiang di kepala. “nampaknya mama dah tahu yang dia akan tinggalkan kita” ujar Daena perlahan tapi sempat di dengarkan oleh suaminya.
”Sampaikan maaf papa pada Daena ya?”
Kata kata bapa merntuanya juga sudah terngiang ngiang di kepalanya. Kini dia sudah mendapatkan jawapan di sebalik kata kata itu.
“bukan mama je sayang..” ujar Hazen kemudian dia menarik tubuh isterinya masuk ke dalam dakapannya. Kini barulah esakkan Daena di dengarkan. Hazen mengusap perlahan tubuh belakang isterinya untuk menenangkan keadaan isterinya.
YOU ARE READING
KEADAAN YANG MEMAKSA AKU | OG
RomanceDengan lafaz بسم الله الرحمن الرحيم saya mulakan.. cerita ini mengisahkan mengenai seorang perempuan yang hidupnya telah dibenci oleh keluarganya sendiri. Setelah sekian lama dia mengahadapi ujian ujian hidupnya dengan ikhlas dan redha, tuhan telah...