👑 24

18 3 0
                                    

Prang!

Daena terkedu dengan bunyi yang begitu kuat dia dengarkan. Bunyinya seperti ada kaca yang pecah dengan hebat.

Daena turun mahu melihat apa yang terjadi. Hati terasa berdebar, terasa akan ada sesuatu yang akan bakal terjadi kepada dirinya. Kaki tetap melangkah pergi melihat apa yang telah terjadi, hati yang terasa tidak sedap dia abaikan.

Daena melangkah mencari tempat yang mengeluarkan bunyi tadi. Benar, ada kaca yang pecah. Daena tenung ke arah dua orang wanita yang berada di tempat yang sama. Siapa yang buat? Macam mana boleh pecah?

Hazen yang baru sahaja keluar dari pintu kereta turut terdengar serpihan kaca yang pecah. Dia berlari memasuki rumah tersebut. Apabila melihat isterinya sedang berdiri kaku di ruangan dapur, pantas dia berlari mendapatkan isterinya.

“bunyi apa yang pecah tu yang?” soal Hazen cemas. Dia memegang kedua belah bahu isterinya yang hanya diam melihat kaca kaca tersebut.

“sayang? kenapa ni? Hm?” Hazen pegang pula wajah Daena yang sedang terkaku seperti berada di dunianya sendiri. Ya Daena kini sedang berada di dunianya sendiri dan bukan di dunia yang nyata!

“sayang.. awak fikir apa?” soal Hazen perlahan. Risau apabila isterinya berfikir yang boleh membuatkan mental isterinya terganggu.

“sakit ma!” laung Daena kesakitan.

“kau memang suka mencabar kesabaran aku kan!?” bengis Puan Daima. Dia tolak tubuh Daena sehingga tersungkur ke atas lantai. Dia angkat kakinya lalu menendang kuat tubuh anak perempuannya.

Prang!

Puan Daima mencapai satu pinggan kaca lalu membalingnya ke arah Daena yang sudah terbaring lemah di atas lantai. Cecair merah pekat yang mengalir daripada kepala Daena di abaikan. Hanya melihat tanpa berperasaan.

Kejadian tersebut sedang terngiang ngiang di dalam kepada Daena sebaik sahaja dia melihat serpihan kaca yang sudah pecah berderai di atas lantai dapur itu. Dah lama dia tidak mendengar bunyi kaca pecah begitu. Air mata Daena perlahan lahan mengalir dengan hebat tanpa sebarang esakkan yang keluar daripada mulut Daena.

“Daena?” Hazen memanggil namanya dengan perlahan apabila perasan air mata Daena mula mengalir dengan sungguh hebat.

“abang Hazen! Daena yang baling pinggan tu dekat kita orang” tuduh Mia, seraya menayangkan wajah takutnya. Daena kerut dahi. Siapa? Aku? Aku buat? Serta merta Daena tersedar dari lamunannya apabila namanya di sebut dengan kuat oleh gadis yang bernama Mia.

Hazen terkedu. Betul ke? Hazen pandang isterinya tidak percaya. Daena turut menoleh ke arah Hazen dengan mengerutkan dahinya. Perlahan lahan dia menggelengkan kepalanya.

“Daena tak buat” ujar Daena perlahan sambil menggelengkan kepalanya perlahan lahan.

“tipu! Kau yang tak puas hati dengan aku lepas tu baling pinggan tu dekat aku. Kan Tok Wan?” herdik Mia. Tok Wan hanya mendiamkan diri tanpa berkata apa apa. Dia yang terjatuhkan pinggan tu, tapi kenapa Mia tuduh Daena? Adakah ini tujuannya untuk menyelamatkan diri dia?

“apa yang jadi ni? kenapa bising bising?” Puan Hazna dan Tuan Iffat turut berlari anak menuju ke arah mereka apabila terdengar herdikan Mia. Sepatutnya Puan Hazna dan Tuan Iffat pulang pada waktu malam. Tapi di sebabkan orang yang mereka mahu berjumpa itu mempunyai hal lain yang lebih penting, mereka membatalkan sahaja niat untuk berjumpa.

“Daena baling pinggan ni dekat kita orang aunty” tuduh Mia lagi. Puan Hazna memandang tidak percaya ke arah menantunya. Sungguh Daena terasa seperti nak menjerit dan meraung untuk meluahkan semuanya. Dia penat! kenapa dia?

aunty.. Daena dia..” kata kata Mia terhenti apabila ada suara yang memotongnya.

enough!” laung Hazen kuat. Ada baiknya dia memberhentikan semuanya di sini. Dia tak boleh mendengar orang lain terus terusan bercakap buruk tentang isterinya.

Hazel yang baru sahaja ingin mendekati mereka turut tersentak apabila di herdik begitu. Dia kenal abangnya bagaimana. Susah sekali untuk abangnya mengherdik begitu. Pasti ada sesuatu yang berlaku sehingga membuatkan Hazen begitu marah.
Hazen tarik tangan Daena dengan kuat agar mengikuti langkahnya. Dengan hati yang seperti di bakar, dia berlalu dengan begitu sahaja. Pintu di tutup dengan kuat sehingga dapat di dengarkan oleh mereka yang berada di tingkat bawah. Mia tersengih bangga.

“padan muka” ujar Mia perlahan. Hanya dia sahaja yang dapat di dengari. Tapi Hazel perasan akan senyuman dan gerakkan bibir gadis itu. Nampaknya Mia sengaja.


Hazen melabuhkan punggungnya di atas tilam empuknya. Dia tarik nafas dalam, kemudian menghembuskannya dengan kasar. Daena yang sedang berdiri di hadapan suaminya hanya diam seraya tertunduk.

Hazen mendongak melihat wajah isterinya. Air mata masih setia mengalir, tapi tidak lah sehebat tadi.

“sayangg...” Hazen tarik tangan isterinya sehingga isterinya terjatuh duduk di atas ribanya. Dia memeluk pinggang si isteri agar tidak tersungkur di atas lantai.

“jangan nangis sayang..” pujuk Hazen lembut. Dia terasa lemah apabila melihat isterinya menangis. Dia juga turut tersakiti apabila isterinya di sakiti. Apabila di pujuk begitu, barulah suara esakkan Daena mula kedengaran.

“Da-Daena tak bu-buat” ujar Daena sambil tersedu sedu. Hazen tersenyum melihat isterinya.

“ya. Abang tahu sayang”  ujar Hazen lembut. Hazen menarik isterinya ke dalam pelukan apabila air mata Daena sekali lagi mengalir dengan lebat.

“Daena tak nak duduk sini” ujar Daena Ifarina. Suaranya sedikit tenggelam kerana wajahnya di sembamkan pada bidang dada suaminya.

“Daena nak balik” sambung Daena bersama tangisan.

“ye sayang. esok kita balik rumah kita ya?” ujar Hazen pula. Dia mengusap peralahan lahan belakang tubuh isterinya untuk menenangkan keadaan isterinya. Dia juga mempunyai niat yang sama untuk pulang ke rumah mereka.

“abang boleh percayakan Daena kan?” soal Daena ragu ragu. Dia angkat wajahnya menjauhi dada suaminya lalu menatap tepat ke arah anak mata suaminya.

of course i will, you are my wife sayang..” ujar Hazen seraya tersenyum melihat wajah isterinya. Alahai.. kenapa manja sangat ni? Daena Ifarina yang dia kenal bukan lah bersifat macam ni. Tapi dia suka. Dia suka apabila isterinya bersifat sebegini ketika bersama dengannya. Isterinya juga perlukan tempat bermanja bukan?

“Daena nak tidur la abang..” ujar Daena perlahan lalu menyandarkan kepalanya di atas bahu Hazen, kemudian dia memejamkan mata. Kenapa dia terasa begitu selesa apabila dengan lelaki ini?

Hazen yang perasan akan isterinya sudah di buai mimpi, dia tersengih. Comel! Hazen mengangkat tubuh isterinya lalu meletakkan isterinya ke atas katil empuk itu.

goodnight perempuan kuat sayaa..” ujar Hazen perlahan seraya tersenyum melihat isterinya yang sudah terlelap. Dia membongkokkan sedikit tubuhnya lalu dia melabuhkan kucupan ringkas di atas dahi isterinnya, kemudian dengan pantas dia memberikan pula kucupan ke bibir isterinya sebelum dia bergerak naik ke atas katil.

tbc

KEADAAN YANG MEMAKSA AKU | OGWhere stories live. Discover now