Ayra sedang khusyuk meneliti beberapa dokumen di pejabat. Segala helaian kertas itu dibaca dengan penuh tekun satu persatu. Sesekali, matanya berselang seli beralih ke skrin komputer yang terletak di atas meja. Tanpa dia sedari, luar dari biliknya, beberapa orang lelaki yang berbadan kekar dengan wajah yang bengis memasuki ruang pejabat. Kumpulan lelaki itu terlihat seperti samseng dan langsung tidak berpakaian kemas dan rapi sebagaimana orang lain yang berada di dalam pejabat tersebut.
Salah seorang pekerja di pejabat kemudian dipegang oleh gerombolan lelaki terbabit. Pekerja lelaki yang dipegang itu terketar-ketar apabila melihat penampilan para samseng yang menahannya.
"Mana Ayra?" Tanya salah seorang dari lelaki samseng itu. Pekerja pejabat tidak dapat menjawab kerana terlalu takut. Lidahnya menjadi kelu untuk berkata-kata.
"Aku tanya mana Ayra? Dia kerja kat sini kan?" Lelaki samseng mengulangi pertanyaannya sambil mencekak baju pekerja terbabit.
"Pu..pu..pu..puan Ayra.. Puan Ayra duk kat..kat...kat bilik.. sana.." Lelaki itu tergagap-gagap menjawab. Setelah mendapat jawapan, cengkaman pada baju pekerja tersebut dilepaskan. Gerombolan samseng itu kemudiannya berjalan menuju ke arah bilik yang ditunjukkan kepada mereka. Sambil berjalan, beberapa orang dari mereka sempat menolak meja para pekerja dan mencampakkan kertas-kertas berupa dokumen yang terletak di atas meja. Helain-helaian kertas bertaburan ke lantai.
Setelah mengahmpiri pintu bilik Ayra, seorang perempuan cuba menahan gerombolan samseng tersebut.
"Korang tak boleh masuk! Jangan ganggu Puan Ayra. Kalau nak berjumpa, sila buat janji temu terlebih dahulu."
"Berambuslah kau.." Salah seorang lelaki dari kumpulan tersebut dengan kasar menolak perempuan yang menghalangi jalan mereka. Kemudian pintu bilik dibuka dengan kasar dan biadap. Ayra yang sedang fokus melakukan kerjanya terkejut.
"Kenapa ni? Siapa kalian?" Ayra kebingungan. Dia segera berdiri dari kerusi yang di dudukinya.
"Kau Ayra kan?"
"Ya.. saya Ayra. kenapa?"
"Huh, bila kau nak jelaskan hutang kau? 40 ribu jumlahnya.." Salah seorang samseng itu berkata.
"Hutang? 40 ribu?" Ayra tercengang seraya membeliakkan matanya. Dia semakin bingung.
"Jangan nak buat-buat tak tahu.. kau dah sedap pinjam, tapi sekarang taknak bayar pula."
"Bila masa saya berhutang? Saya tak pernah buat apa-apa hutang selain loan kereta.. itu pun saya selalu bayar." Ayra memberi penjelasan.
"Bukan loan kereta.. ini kau buat loan dengan Tiger Lee.. 30ribu pinjaman.. 10 ribu interest sebab lambat bayar.. Kau janji bulan lepas nak setel semua.. tapi sampai sekarang, satu sen pun kau belum bayar lagi.." Lelaki samseng itu menunjukkan surat perjanjian pinjaman beserta salinan kad pengenalan milik Ayra. Wanita itu terpempan. Dia langsung tidak tahu, entah bila dirinya pernah membuat sebarang pinjaman dari ceti haram.
"Tapi.. saya tak pernah buat.. itu.. itu bukan tanda tangan saya.. macam mana korang boleh dapatkan salinan IC saya?" Ayra tergamam. Dia yakin dirinya tidak pernah membuat sebarang urusan dengan ceti haram.
"Hmm.. Rafiq tu bukan ke kekasih kau? Dia yang buat hutang dengan nama kau sebagai penjamin."
"Ra..Rafiq?" Ayra semakin terkejut. Dia langsung tidak menduga, ini semua ulah Rafiq.
"Ya.. dia buat pinjaman daripada Tiger Lee, sepuluh bulan lepas.. dalam surat ni, pinjaman akan dilangsaikan dalam masa sembilan bulan.. Katanya nak bayar secara ansuran setiap bulan.. tapi sampai sekarang, satu sen pun takde." Samseng itu terus memberikan penjelasan.
"Sepuluh bulan lepas? Tapi kenapa korang tak cari Rafiq je.. saya dah takde apa-apa hubungan dengan dia." Ayra cuba membela diri. Kini Ayra mula mengerti. Sepuluh bulan yang lalu, dia masih bersama dengan Rafiq dan masih menjadi pembantu peribadi kepada lelaki tersebut. Jadi, pada ketika itu, Rafiq sudah pun mengambil peluang mempergunakan Ayra untuk membuat pinjaman daripada ceti haram.
"Eh, bodoh.. ni nama kau diletakkan sebagai penjamin.. siap ada IC kau lagi.. dah si Rafiq tu lari, sekarang kau la kena bertanggung jawab.. nama pun penjamin."
"Tapi saya dah takde apa-apa hubungan dengan dia."
"Itu masalah kau la.. bukan masalah aku.. masalah aku sekarang ni, untuk dapatkan balik duit Tiger Lee tu daripada kau. Kalau tak.. kau tahu la akibatnya.." Samseng itu mula memberi ugutan. Ayra semakin buntu.
"Tapi, aku mana ada duit sebanyak tu.."
"Kan aku dah cakap.. itu masalah kau.. bukan masalah aku.. dan kau jangan cuba untuk tambahkan lagi masalah aku. Kau takde duit, aku tak kisah pun. Janji kau bayar duit aku.. aku nak duit aku!"
"Aku memang takde duit sebanyak tu sekarang.. aku minta tolong, jangan ganggu aku kat pejabat.." Ayra mula menangis. Dia kecewa, takut dan malu. Kecewa kerana telah dipermainkan oleh Rafiq. Dia juga takut kepada tindakan dan wajah bengis gerombolan samseng di hadapannya itu. Malah dia turut malu kepada seluruh warga pejabat yang sedang menyaksikan dirinya diserang di situ. Beberapa Barangan dan dokumen di pejabat juga telah dirosakkan.
"Baiklah.. disebabkan ini kali pertama aku datang, maka aku akan berikan kau peluang. Aku beri kau tempoh dua hari.. Ingat.. dalam dua hari nanti, aku nak duit aku tu ada.. kalau tak, kau tahulah nasib kau nanti." Samseng itu tersenyum sinis.
"Tolong! jangan datang lagi ke sini.." Ayra merayu dengan sepenuh hati. Dia tidak ingin jika dirinya terus dimalukan di pejabat nanti.
"Geng, bagi cenderahati sikit.. Jom pergi.." Samseng itu berkata kepada teman-temannya. Seterusnya, dua orang dari mereka mula menyimbah cat merah ke bilik Ayra. Ayra pula menjerit ketakutan.
"Ingat.. aku bagi tempoh dua hari." Samseng itu kemudian berpaling dan terus pergi bersama kumpulannya. Ayra kemudian terus rebah, terduduk ke lantai. Tangisan kencang sehingga kedengaran oleh seluruh pekerja di pejabat tersebut. Salah seorang perempuan kemudian masuk ke bilik Ayra dan segera memeluk wanita yang sedang menangis itu. Dia sedaya upaya menenangkan Ayra yang sedang ketakutan.
Seketika kemudian, seorang lelaki baru tiba di pejabat. Lelaki itu menjadi pelik apabila melihat keadaan pejabat yang berselerakan dan para pekerja berdiri kebingungan. Malah ramai di antara mereka sedang berkumpul di muka pintu depan bilik Ayra. Lelaki tersebut segera menuju ke arah yang menjadi tumpuan para pekerja itu.
"Kenapa ni? Apa yang dah berlaku?" Lelaki tersebut segera bertanya. Namun tiada sesiapa yang menjawab pertanyaannya. Lelaki itu melihat pula ke dalam bilik Ayra. Dia terkejut apabila melihat keadaan bilik yang disimbah dengan cat berwarna merah.
"Ya Allah, apa yang dah berlaku ni? Ayra, apa yang terjadi?" Lelaki itu ingin mendapat penjelasan. Kemudian salah seorang pekerja lelaki menceritakan semula apa yang telah berlaku sebentar tadi. Mendengar cerita yang disampaikan, lelaki tersebut berubah wajahnya menjadi kelat. Dia kemudian mengalihkan pandangannya ke arah Ayra yang masih sedang rancak menangis.
"Ayra.. saya rasa sebaiknya awak berehat dahulu.. saya bagi awak cuti satu minggu untuk selesaikan masalah awak ni.. tolong, jangan sampai mereka datang lagi ke sini. Saya taknak keadaan pejabat jadi kucar kacir hanya disebabkan oleh masalah peribadi awak seorang sahaja.. sebab awak, semua rakan-rakan kita tak boleh buat kerja."
"Bos, jangan la cakap macam tu.. kesian kat Puan Ayra ni.. dia pun trauma dengan apa yang dah berlaku.. Jangan la bos menambahkan masalah kat dia." Perempuan yang sedang memeluk Ayra bersuara.
"Bukan saya tak kesian.. tapi masalah peribadi, please jangan sampai bawa ke pejabat."
"Tapi bukan Puan Ayra yang bawa samseng tu semua.. mereka yang datang sendiri."
"Ya, saya tahu.. tapi disebabkan Ayra la mereka datang ke sini.. Ingat, pejabat ni bukan milik dia seorang. Jangan disebabkan dia seorang, habis semua orang lain tak boleh buat kerja.. sebab tu saya suruh berehat.. duduk rumah, selesaikan dulu masalah ni. Jangan sampai mereka datang lagi ke sini.. Kalau cuti seminggu tu tak cukup, saya bagi lagi sampai dua minggu." Lelaki yang digelar sebagai bos itu memberikan arahan dengan tegas. Semua pekerja mula mengangguk dan bersetuju dengan keputusan bos mereka itu.
YOU ARE READING
Ikhlaskan Cinta
RomanceAyra Arissa yang bekerja sebagai Pembantu Peribadi kepada Rafiq dalam diam bercinta dengan bosnya itu. Pada masa yang sama, seorang pekerja am dipejabatnya iaitu Harzan turut menyimpan perasaan terhadap Ayra.