Bab 28

3 0 0
                                    

Enjin motosikal dihidupkan oleh Harzan. Lelaki itu ingin segera pulang ke rumah setelah habis waktu bekerja. Seharian dia merasa tidak enak badan. Seperti demamnya masih belum sembuh sepenuhnya. Setelah topi keledar dipakaikan dikepala, Harzan mula meluncurkan motosikalnya perlahan-lahan.

'Hmm.. kalau pekena pisang goreng best juga.. Ah, Ayra suka pisang goreng kat sekolah tu. Baik aku beli kat sana je la..' Harzan monolog sendiri. Dia kemudian menukar laluannya untuk menuju ke gerai yang menjual pisang goreng. Begitulah Harzan, setiap keputusan yang akan diambil, dia pasti akan memikirkan Ayra. Walaupun hubungan mereka belum terlalu rapat dan mesra, namun Harzan perlahan-lahan cuba memahami  dan belajar setiap hal yang disukai atau tidak oleh Ayra.

Tidak lama kemudian, Harzan tiba ditempat yang dituju. Setelah membeli pisang goreng yang difikirkan akan disukai oleh isterinya, dia bergerak semula untuk pulang ke rumah. Harzan tidak ingin berlengah. Namun dipertengahan jalan, pandangannya terlihat ke arah sebuah kereta perodua Myvi yang sedang diparkir di hadapan sebuah bangunan. Harzan tahu, itu adalah kereta Ayra. Dia segera memperlahankan motosikalnya. Matanya melilau ke sekeliling arah.

'Apa yang dia buat kat sini? dia tak pergi kerja ke? ke balik awal?' Harzan tertanya-tanya.

Sementara itu, di dalam sebuah restoran, Ayra yang dikuasai oleh emosi sedang duduk bersendirian. Tidak lama kemudian, Rafiq muncul dan duduk di meja yang sama dengan Ayra. Lelaki itu hanya tersenyum apabila melihat Ayra yang sedang menunggunya. Rafiq turut merasa pelik, tadi Ayra tiba-tiba menghubunginya dan mengajak untuk berjumpa dengan segera. Padahal dalam beberapa hari yang lepas, biasanya Rafiq yang akan memujuk Ayra agar bertemu dengannya.

"Kenapa muka masam ni? Apa yang jadi kat you? Haa.. ni pun, kenapa tiba-tiba ajak i jumpa.. petang lagi..kenapa tak tunggu malam je?" Rafiq mula menegur Ayra yang sudah pun menunggunya sejak tadi.

"I ada something nak tanya you." Ayra berwajah serius.

"Apa dia?"

"Kenapa you berhutang dengan ahlong tapi gunakan nama i?" Ayra tanpa banyak bicara segera berterus terang akan tujuannya untuk berjumpa.

"Berhutang guna nama you? apa yang you cakap ni?" Rafiq seolah tidak memahami maksud pertanyaan Ayra.

"Dah.. tak payah nak buat-buat tak tahu.. you berhutang 30ribu dengan Tiger Lee. Sekarang sekali dengan bunga, dah jadi 40 ribu.. tapi you gunakan nama i. Kenapa?" Ayra bersuara dengan tegas.

"I..i.. i bukan berhutang guna nama you.. i just gunakan nama you as penjamin i je.." Rafiq cuba memberikan penjelasan namun masih ingin mengelakkan diri.

"Ye.. itulah maksud i.. kenapa i perlu jadi penjamin you tanpa pengetahuan i sendiri?"

"Hmm.. itu.. i.. i sebenarnya tak bermaksud nak gunakan you.."

"Tak bermaksud gunakan i? habis tu apa?" Ayra semakin mengeraskan suaranya. kesabarannya semakin menipis. Dia semakin beremosi apabila melihat Rafiq masih cuba untuk mengelak dan tak nak mengaku.

"I.. memang i yang pinjam.. cuma mereka minta seseorang untuk jadi penjamin.. masa tu i cuma terfikirkan you seorang je. I memang nak bayar dan jelaskan semua hutang tu.. i tak nak pun diri you terkait dalam hal ni." Rafiq cuba menyusun kata. Dia perlu berhati-hati agar tidak membuatkan emosi Ayra meletup pada ketika itu.

"Habis tu, kenapa you tak bayar? satu sen pun you masih tak bayar.." Ayra menatap Rafiq dengan matanya yang cerlung. Wanita itu seakan berubah seperti singa yang sedang kelaparan. Bila-bila masa sahaja dia akan menerkam mangsanya.

"I.. i memang nak bayar.. tapi, i kan dah tak bekerja.. semua perancangan i musnah sebab kena dakwa pasal kes tu.." Rafiq masih ingin berhelah demi menyelamatkan diri.

Ikhlaskan CintaWhere stories live. Discover now