Bab 29

7 0 0
                                        

Ayra pulang ke rumah dengan perasaan yang berbelah bahagi. Fikirannya berkecamuk. Dia risau, entah bagaimana untuk dirinya berhadapan dan memberi penjelasan kepada suaminya. Dia tahu Harzan pasti sangat marah kepadanya. Padahal Ayra tidak berniat untuk menyakiti hati suaminya itu. Dia hanya bertemu Rafiq semata-mata untuk mendapatkan penjelasan mengenai hutang yang dibuat oleh lelaki tersebut dan mengaitkan dengan dirinya. Namun dia langsung tidak menyangka, pertemuannya itu akan diketahui oleh Harzan.

Sampai di rumah, Ayra semakin gelisah. Hari sudah pun senja, namun Harzan masih juga belum pulang. Berkali-kali dia cuba membuat panggilan telefon kepada Harzan, namun tidak dijawab oleh suaminya itu. Ayra terus menunggu dan termenung sendirian di rumah.

Masa kian berlalu. Usai waktu solat isyak, kelibat Harzan masih belum muncul. Ayra semakin tidak tenang. Malam sudah pun menjelang namun keberadaan Harzan entah di mana. Setelah panggilan telefon dan pesanan mesejnya tidak terbalas, Ayra mula menangis. Dia kesal dengan dirinya. Dia khawatir keadaan suaminya. Ayra tiada pilihan. Dia terpaksa menelefon Fiza yang merupakan teman baiknya. Dia perlu meluahkan segala perasaan yang sedang terbuku di dalam hatinya. Dia harus melepaskan segala kegelisahan yang mengganggu jiwanya.

"Fiza.. tolong aku.." Ayra menangis kencang setelah panggilannya di terima oleh Fiza.

"Ayra.. kau kenapa? kenapa kau menangis ni? kau kat mana?" Fiza serta merta bertanya kerana bimbang dengan keadaan sahabatnya itu.

"Aku kat rumah.. tolong.. Harzan sampai sekarang masih tak pulang.."

"Hah, tak pulang? kenapa? dia pergi mana?" Fiza masih kebingungan.

"Aku.. aku.. aku dah sakitkan hati dia.. aku tahu dia sedang marahkan aku.. tapi aku bimbang Fiza.. aku takut apa-apa berlaku pada diri dia.." Ayra meluahkan kebimbangan.

"Kau kat rumah sorang-sorang? kau tunggu.. nanti aku datang." Fiza segera ingin menemani Ayra yang sedang terganggu emosinya.

"Tolong aku Fiza.." Ayra menangis seperti anak kecil yang kehilangan ibunya.

"Ya..ya.. kau tunggu. aku datang sekarang." Fiza pula yang mula kelam-kabut. Panggilan telefon mereka segera dimatikan. Fiza bergegas mencapai kunci kereta dan beg tangannya. Tanpa menunggu, wanita itu segera meninggalkan rumahnya.

Sampai di rumah Ayra, Fiza segera mengetuk pintu. Ayra yang muncul dari dalam rumah dengan pantas memeluk Fiza dengan erat sambil menangis.

"Sabar Ayra.. kau kenapa sampai macam ni? cuba kau ceritakan satu persatu, apa yang dah terjadi sebenarnya.." Fiza cuba menenangkan Ayra yang sedang kencang tangisannya.

"Tadi.. masa aku kat pejabat.. ada sekumpulan orang.. ceti haram datang cari aku.. mereka suruh aku bayar hutang 40ribu.." Ayra mula bercerita sambil menahan sedu sedan.

"What? kau buat pinjaman dari ceti haram?!" Fiza terkejut.

"Bukan.. bukan aku.. yang meminjam tu Rafiq.. tapi dia gunakan nama aku, tanpa pengetahuan aku..jadi petang tadi, aku pergi la jumpa Rafiq untuk tanyakan hal tersebut.." Ayra menahan sedu sedan sambil mengesat air mata yang mencurah membasahi pipinya. Fiza fokus mendengar. Dia tidak ingin lagi mencelah. Dia berikan peluang untuk sahabatnya itu bercerita dengan tenang sehingga ke pengakhiran. Ayra mula menceritakan semua hal yang telah berlaku. Malah dia turut menceritakan mengenai pertemuannya dengan Rafiq pada beberapa hari sebelumnya. Fiza tercengang.

"Kau pun satu.. padahal aku dah berapa bagitau.. aku dah pesan.. tapi kau taknak dengar.." Fiza menekup mukanya dengan telapak tangan. Dia turut kesal dengan tindakan Ayra. Namun Fiza tidak ingin menyalahkan sahabatnya itu pada saat sebegitu. Dia tahu Ayra sekarang memerlukan sokongan moral untuk memulihkan emosinya. Jika dia menyalahkan Ayra, sudah pasti temannya itu akan lebih kemurungan dan menyalahkan dirinya sendiri.

Ikhlaskan CintaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang