ALBUM gambar lama yang terdapat di rak buku di ambil oleh Ayra. Setelah menempatkan punggungnya di sofa, Ayra membelek album tersebut dan meneliti setiap gambar satu persatu. Banyak gambar lama keluarga suaminya itu di semadikan di dalam album tersebut. Ada juga gambar Harzan ketika kecil dan bersekolah rendah. Namun jarang sekali Ayra dapat melihat wajah Harzan ketika usia remaja. Tidak lama kemudian, Hazirah muncul di ruang tamu dan duduk di sebelah Ayra.
"Banyak gambar lama je kak.. gambar baru takde dah.. zaman sekarang, orang tangkap gambar pakai telefon je. Gambar semua simpan dalam bentuk soft copy je.." Hazirah tersenyum sambil menegur kakak iparnya.
"Hmm.. tu lah.. sekarang, nak tengok gambar pun susah.. masing-masing ambil gambar pakai telefon sendiri.. masing-masing simpan.. kalau nak tengok, kena godek telefon.. nak tengok gambar sendiri pun kena minta dari orang." Ayra tertawa kecil. Wanita itu kemudian melanjutkan kata-katanya dengan pertanyaan.
"Tapi.. kenapa jarang ada gambar abang Harzan semasa remaja kat sini? Kebanyakannya, waktu dia kecil, sekolah rendah je..?"
"Ah.. abang kan masa sekolah menengah, dia dah pindah ke sini.. adik, abah, mak pula masih kat kota.. kami jumpa pun beberapa bulan sekali je. Lepas abah pencen baru kami balik duduk kat sini. Lagipun abang tu kan jenis yang tak suka ambil gambar.. nak ajak bercuti, pergi ke mana-mana pun susah dia nak ikut.. sayang, taknak tinggalkan kebun dia tu." Hazirah mengomel.
"hmm.. tapi, betul juga.. kalau takde orang jaga kebun tu, nanti rosak habis sayur-sayur tu.." Ayra membalas.
"Itu lah.. lepas abah pun join venture besarkan kebun tu, baru mula upah orang.. abang pun duk bagitahu, dia nak tolong orang kampung juga untuk dapatkan kerja.. ye la, duk kat kampung ni, peluang pekerjaan terhad. Sekarang, sekurang-kurangnya, hampir 40 orang dapat bekerja kat kebun tu." Hazirah bangga dengan perjuangan abangnya yang ingin membantu masyarakat dan menaikkan ekonomi setempat.
"Tapi.. akak tak faham la.. kalau dah boleh berjaya dengan kebun tu, tapi kenapa abang Harzan masih nak pindah dan bekerja di bandar?" Ayra meluahkan persoalan yang sering bermain di mindanya. Dia tidak mampu memikirkan rasional suaminya berbuat sedemikian.
"Hmm.. abang kan jenis yang tak boleh duduk di tahap yang sama.. dia tu selalu nak upgrade diri dia agar jadi lebih baik.."
"Itulah masalahnya dik.. kalau dia nak jadi lebih baik, itu takde masalah.. masalahnya, dia pergi ke bandar tu, duk kerja jadi pekerja am je.."
"Pekerja am? buat kerja ikut orang suruh?" Hazirah terkejut. Mulutnya terlopong mendengar kata-kata Ayra.
"Ah, maaf.. akak terlepas cakap.. tapi adik jangan bagitahu orang lain tau.. lebih-lebih lagi kat mak.. kalau abang Harzan taknak bagitau sendiri, akak pun tak nak la bagitau sesiapa.." Ayra menyesal dengan kelancangan mulutnya yang terlepas cakap. Dia sama sekali tidak bermaksud untuk merendahkan suaminya itu. Ayra tidak lagi ingin menjadi dirinya yang dahulu. Kini dia sudah ikhlas menerima Harzan, tidak peduli apa jua pekerjaan suaminya itu.
"Abang jadi pekerja am... hhmmm.. tapi memang patut pun. padan la dengan kelayakan pendidikan dia." Hazirah tertawa kecil sambil menepuk lengan Ayra.
"Ishh.. adik..tak baik cakap macam tu.. tapi, setidaknya, Abang Harzan dah naik jadi pengurus hari tu.." Ayra cuba memuji suaminya. Namun dia enggan menyatakan jika Harzan sudah berhenti daripada pekerjaannya, sebagaimana yang pernah di sampaikan oleh Fiza kepada Ayra.
"Eh, jadi pengurus pula? Hmm.. tapi.. boleh adik tanya, kenapa Akak suka kat abang Harzan?" Hazirah bertanya. Ayra terkesima. Wanita itu mendiamkan diri seketika sambil menjatuhkan pandangannya ke lantai. Ayra sendiri tidak ada jawapan, kenapa dia menyukai Harzan. Padahal, suatu ketika dulu, dia sendiri tidak ingin di dekati oleh lelaki tersebut. Kini, bayangan ketika dirinya bersama Harzan, sejak mereka mula menikah menjelma satu persatu dibenaknya. Ayra terpaksa akui, dia tidak pernah melihat cela pada kelakuan Harzan. Lelaki itu memperlakukan dirinya dengan sangat baik sekali. Cuma Ayra sendiri yang ego kerana tidak mahu menerima Harzan sejak dari awal.
YOU ARE READING
Ikhlaskan Cinta
RomanceAyra Arissa yang bekerja sebagai Pembantu Peribadi kepada Rafiq dalam diam bercinta dengan bosnya itu. Pada masa yang sama, seorang pekerja am dipejabatnya iaitu Harzan turut menyimpan perasaan terhadap Ayra.