TIBA waktu rehat tengah hari, kelihatan Ayra masih sibuk dimejanya. Mata gadis itu setia menatap skrin komputer sambil jari jemarinya bergerak laju menari di atas papan kekunci untuk menaip. Perlahan-lahan, Harzan berjalan mendekati Ayra. Lelaki itu cuba mengumpulkan kekuatan dihatinya untuk menegur gadis yang telah menarik perhatiannya itu.
"Ayra.. dah masuk waktu rehat ni.. nak keluar makan sama-sama?" Harzan memberanikan diri untuk mengajak Ayra makan bersamanya.
"Hmm.. takpe la.. saya banyak lagi kerja nak di siapkan. Lain kali je la kita rehat sama-sama." Ayra tersenyum sambil menjelingkan anak matanya sejenak ke arah Harzan yang berdiri di hadapan mejanya. Gadis itu masih meneruskan tugasnya dengan menaip laju di papan kekunci komputer.
"Kalau nak saya tunggu awak siapkan kerja tu sebentar lagi pun takpe.. saya boleh tunggu." Harzan masih menyimpan niatnya.
"Tak.. awak pergi je la dulu.. saya sibuk." Ayra menjawab dengan bersahaja. Dia sepertinya tidak terlalu ingin melayan kehadiran Harzan di situ.
"Hmm.. baiklah.. kalau macam tu, saya pergi dulu.. kalau awak nak pesan apa-apa pun, saya boleh tolong belikan. Awak nak makan apa?" Harzan masih ingin meneruskan perbualan dengan gadis kesukaannya itu.
"Saya tak lapar.. Kalau saya lapar, pandai la saya cari makan sendiri nanti. Awak pergi je la.."
"Baiklah.. kalau macam tu takpe la.." Harzan sepertinya sedikit kecewa. Setelah diam seketika, Harzan mengeluarkan sebiji buku kecil dari poket bajunya beserta sebatang pen. Setelah menulis sesuatu, Harzan segera mengoyak helaian kertas dari buku kecilnya itu dan segera di letakkan di atas meja Ayra.
"Ini nombor telefon saya.. kalau awak nak pesan makanan atau minuman, call je saya.. mesej pun takpe.. nanti saya tolong belikan." Harzan memberanikan dirinya untuk menawarkan bantuan. Dia sebenarnya sangat berharap agar Ayra akan menghubunginya nanti. Cuma itu caranya untuk dia mendapatkan nombor telefon peribadi Ayra dari gadis itu sendiri. Dia sama sekali tidak ingin mendapatkan nombor telefon peribadi gadis itu dari orang lain tanpa izin Ayra sendiri.
"Ye lah.. terima kasih kerana sudi nak menolong.." Ayra hanya menjeling seketika apabila Harzan meletakkan helaian kertas kecil di atas mejanya. Dia sepertinya tidak mengendahkan lelaki itu dan masih setia meneruskan kerjanya menghadap skrin komputer. Perlahan-lahan Harzan mengundurkan langkah kakinya ke belakang sambil menatap wajah ayu milik Ayra. Lelaki itu kemudian memalingkan punggungnya dan berjalan meninggalkan Ayra yang masih tekun bekerja. Setelah Harzan hilang dari pandangan, Ayra menghentikan gerakan jari jemarinya yang sedang menaip. Matanya kemudian teralih kepada helaian kertas kecil yang ditinggalkan oleh Harzan sebentar tadi di atas mejanya.
"Hmm.." Ayra mengambil kertas yang tertera nombor telefon milik Harzan sambil mencebikkan bibirnya. Kertas kecil itu kembali di letakkan di atas mejanya. Seketika kemudian, pintu bilik di sebelah meja Ayra dibuka dari dalam. Seorang lelaki yang merupakan pengurus besar di pejabat tersebut keluar dari biliknya. Ayra merupakan pembantu peribadi kepada lelaki yang berpakaian kemas, lengkap dengan kot tersebut.
"Encik Rafiq nak keluar makan?" Ayra segera menyapa bosnya itu.
"Ha'ah.. jom la kita pergi makan sama-sama.." Rafiq menyampaikan pelawaannya.
"Baiklah.. sekejap, i nak save kerja ni dulu.." Ayra kembali menatap skrin komputernya.
"Okay..saya pun nak buka baju kot ni dulu.. panas la nak keluar pakai kot macam ni.", Rafiq tersenyum ke arah Ayra sebelum kembali masuk ke dalam biliknya. Seketika kemudian, lelaki itu keluar kembali sambil menyinsing lengan baju kemejanya.
"Dah siap?" Rafiq bertanya ringkas.
"Dah.. jom la.." Ujar Ayra sambil meleretkan senyuman. Gadis cantik itu segera berdiri dari duduknya seraya mengambil tas tangan yang diletakkan di atas meja. Gadis yang berperanan sebagai pembantu peribadi kepada Rafiq itu penuh girang berjalan beriringan dengan bosnya meninggalkan ruang pejabat.
"Ah, budak yang baru kerja sebagai pembantu am tu buat apa kat mej you tadi?" Rafiq melirikkan matanya ke arah Ayra yang berjalan di sebelahnya.
"Takde apa.. dia just tanya kalau i ada nak pesan apa-apa untuk makan minum tengah hari ni.. tak nak la i susahkan dia. Lagipun kita memang nak keluar makan sama kan hari ni.. You janji nak bawa i makan nasi arab.." Ayra segera menjawab pertanyaan bosnya itu. Tidak lama kemudian, mereka berdua yang berjalan beririgan tiba di kereta BMW berwarna putih yang merupakan kenderaan milik Rafiq. Tanpa membuang masa, kedua mereka segera masuk ke dalam kereta yang bercermin gelap tersebut.
"Sayang, you nak makan kat mana hari ni?" Rafiq melirikkan matanya sambil tersenyum ke arah Ayra yang duduk disebelahnya pada kerusi penumpang bahagian hadapan.
"Ish.. kan you dah janji nak belanja i makan nasi arab.." Ayra memuncungkan bibirnya.
"Ye la.. nasi arab pun, tapi kat kedai mana?"
"Mana la i tahu.. kan you yang nak belanja.. you bawa je la kat kedai mana pun.. janji i dapat makan nasi arab dengan lamb shank hari ni."
"Amboi.. nak lamb shank pulak.. i tak janji pun lamb shank tu.. i kata nasi arab je kan.."
"Alah.. takkan itu pun nak berkira.. bukan selalu pun you belanja i kan." Ayra meneruskan rajuknya.
"Bukan nak berkira.. tapi you kalau makan lamb shank pun, bukannya habis.. nasi arab tu pun portion dia besar gila.. memang you takkan habis punya." Rafiq tergelak melihat wajah Ayra yang sedang memuncungkan bibirnya.
"Mintak baby lamb shank je la.. kalau banyak sangat, kita kongsi je la makan untuk satu portion.. baru tak membazir." Ayra tersengih kepada Rafiq yang baru memulakan pemanduan keretanya.
"Kongsi pulak dah.. kalau macam tu, i la pulak tak cukup nak makan nanti sebab kena kongsi dengan you.." Rafiq cuba mengusik pembantu peribadinya itu.
"Kalau macam tu, you order la untuk lima orang.. you makan semua.." Ayra menjeling Rafiq dengan hujung matanya sambil memaparkan wajah yang masam mencuka. Rafiq pula menghamburkan ketawanya setelah mendengar kata-kata Ayra.
"Kalau makan banyak macam tu, boleh pecah perut i nanti.. kalau i sakit, siapa nak jaga? You nak jaga?" Rafiq tersenyum sambil matanya fokus ke hadapan melihat ke arah jalan.
"Hmm.. dah tu siapa lagi? I ni la yang merupakan P.A you, merangkap skandal gelap you yang akan jaga kalau you sakit.. ke you ada perempuan lain?"
"Sayang jugak you kat i rupanya..tapi mana ada you jadi skandal gelap i.. you tu punya la putih melepak.. masih nak kata gelap.. you kalau duduk dalam bilik gelap pun orang masih nampak tau sebab putih sangat.. so, you sorang je la skandal cerah i.. takdenya skandal-skandal gelap.. " Rafiq terus tersenyum simpul.
"Ye la tu.. ntah-ntah belakang i, berlambak duk pasang skandal.."
"Kuat betul cemburu you ni.. sampai duk tuduh yang bukan-bukan.. takdenya i nak simpan skandal ramai-ramai.. cukup je you sorang dalam hidup i. Buat apa cari yang lain kalau you pun dah cukup perfect buat i? Sampai bila-bila pun, i akan sayang you sorang je.. ingat tu.." Rafiq menyampaikan kata-kata pujian untuk menambat hati Ayra yang merupakan kekasihnya itu. Sebagai wanita, Ayra merasa terpuji dengan ucapan Rafiq terhadap dirinya. Hatinya benar-benar bahagia. Gadis itu turut merasa bertuah kerana berjaya menambat hati Rafiq yang bukan sahaja berkerjaya malah terlihat sangat segak dan tampan. Ayra yakin, pasti ramai wanita yang ingin mendekati Rafiq kerana penampilan menarik lelaki tersebut. Namun yang membuatkan Ayra menjadi lebih bangga dan bahagia adalah kerana Rafiq hanya memilih dirinya untuk dijadikan teman wanita.
YOU ARE READING
Ikhlaskan Cinta
RomansaAyra Arissa yang bekerja sebagai Pembantu Peribadi kepada Rafiq dalam diam bercinta dengan bosnya itu. Pada masa yang sama, seorang pekerja am dipejabatnya iaitu Harzan turut menyimpan perasaan terhadap Ayra.