Bab 44

11 0 0
                                    

SETELAH mendengar kisah sebenar Harzan yang bekerja di syarikat Dato' Mustafa Kamal, Ayra semakin tergamam. Dia langsung tidak menyangka, dirinya menjadi punca sebenar mengapa Harzan sanggup bekerja sebagai seorang pekerja am sebelum ini. Ayra mula rasa tertipu dengan penampilan suaminya itu. Satu demi satu penipuan Harzan terhadapnya mula terbongkar. Ayra kesal. Matanya terlihat berkaca. Air jernih mula bergenang ditakungan matanya.

Harzan yang baru selesai membuat ucapan pula segera turun dari pentas. Lelaki itu tanpa berlengah, menghampiri Ayra yang berdiri kaku di sebelah Dato' Mustafa Kamal. Melihatkan reaksi Ayra, Harzan sudah dapat menjangka apa yang sedang difikirkan oleh isterinya itu. Dia tahu, Ayra masih diketuk oleh kejutan mengenai identitinya yang sebenar. Baru sahaja Harzan mendekati isterinya, Ayra segera membuka mulut.

"Puas hati awak bila dah permainankan saya? Puas hati awak dah dapat tipu saya? Satu demi satu saya dikejutkan dengan penipuan awak selama ini.. Puas hati awak sekarang?!" Ayra meluahkan perasaan kecewanya. Air mata mula bercucuran keluar membasahi pipi wanita tersebut.

"Ayra.. abang tak pernah berniat nak tipu sayang.. abang.. abang cuma tak sempat nak berterus terang.." Harzan cuba membela dirinya.

"Sudah! tak payah nak beralasan.. jadi selama ni awak cuma penuh dengan kepura-puraan.. apa yang saya lihat semuanya palsu."

"Tidak sayang.. perasaan abang terhadap sayang itu benar.. cinta abang, abang tak pernah tipu.." Harzan ingin memberikan penjelasan. Namun Ayra segera berpaling badan dan dengan laju melangkah meninggalkan dewan tersebut.

"Sayang.." Harzan ingin memujuk.

"Harzan.. jangan biarkan dia pergi sendirian.. pujuk cepat." Dato' Mustafa Kamal memberikan nasihat kepada anak saudaranya itu. Harzan langsung mengejar isterinya.

"Sayang.. Ayra.." Harzan berulang kali memanggil isterinya, namun Ayra tetap enggan berpaling. Wanita itu terus melangkah laju menuju ke lobi hotel. Harzan yang cuba menghalang pergerakan Ayra segera memegang tangan isterinya itu. Namun Ayra segera merentap keras agar Harzan melepaskan tangannya. Harzan terus mengejar sehingga ke pintu utama hotel.

"Ayra.. dengar dulu abang cakap.. sayang.."

"Sudah! cukup Harzan.. tak puas lagi ke awak permainkan saya selama ni?" Ayra membentak keras.

"Saya tak pernah permainkan awak.. saya ikhlas dengan awak.. saya terpaksa sembunyikan identiti sebenar sebab nak siasat Rafiq.. lagi pula, awak pernah ada hubungan dengan Rafiq.. takkan la saya nak bagitau perkara sebenarnya sebelum semuanya selesai.. lagipun, kat kampung, baru hubungan kita semakin jelas.. saya memang nak bagitahu awak perkara sebenarnya tapi selalu tertangguh.." Harzan memberikan penjelasan agar Ayra tidak terus menyalahkan dirinya. Ayra kemudiannya menjeling ke arah suaminya itu.

"Saya hanya perempuan murahan.. yatim piatu yang hidup sebatang kara.. saya tak layak untuk awak.. awak carilah perempuan yang setaraf dengan awak.. Mister CEO.. jangan ikut saya lagi.. kalau tak, saya akan lebih benci kat awak.." Ayra menyambung gerakan langkah kakinya. Harzan pula terkedu dengan ucapan isterinya itu. Lelaki itu terbungkam sambil berdiri kaku. Dia hanya mampu melihat Ayra berjalan yang semakin menjauh dari dirinya. Ayra pula terus berjalan tanpa memandang ke arah belakang. Sampai di tepi jalan, Ayra menghentikan langkah kakinya. Wajahnya tertunduk sambil menahan tangisan. Wanita itu berdiri tegak di bahu jalan tanpa mempedulikan suasana sekelilingnya. Tiba-tiba sebuah kereta meluncur laju ke arah Ayra.

"Ayra!!" Harzan berlari sekuat hati menuju ke arah isterinya. Lelaki itu melonjakkan kakinya dan menerpa ke arah Ayra yang hampir dilanggar oleh kereta.

Bamm!

Sebuah pelanggaran berlaku. Harzan yang sempat memeluk erat Ayra akhirnya dilanggar oleh kereta yang meluncur laju. Pasangan suami isteri itu melambung dan jatuh ke tanah sebelum bergolek beberapa kali di atas jalan tar. Ayra agak bernasib baik kerana Harzan sempat memeluk badannya dan melindungi kepala Ayra dengan tangannya agar tidak terluka. Ayra hanya mengalami luka kecil di siku dan lututnya akibat geseran di tar. Namun keadaan Harzan agak parah. Lelaki yang menerima impak perlanggaran secara langsung itu memuntahkan darah. Tangan dan badannya penuh dengan luka dan calar balar.

Ikhlaskan CintaWhere stories live. Discover now