Bab 30

5 1 0
                                    

FIZA berjalan masuk ke ruangan pejabat. Langkah kakinya agak tergesa-gesa kerana mengejar masa. Dia hampir lewat untuk memulakan kerjanya. Tiba-tiba Fiza menghentikan langkahnya. Dia terpegun seketika apabila menyaksikan Harzan yang sedang duduk di meja. Tanpa berlengah, Fiza segera menuju ke arah lelaki tersebut. Dari kejauhan sudah terlihat wajah Harzan yang kusut. Matanya bengkak dan penampilannya juga tidak terurus. Fiza tidak ingin membuang masa. Dia harus membetulkan keadaan diantara Harzan dan Ayra. Fiza sedar, kini hanya dirinya sahaja yang mampu menjadi orang perantara diantara suami isteri itu.

Pada masa yang sama, di dalam sebuah bilik di pejabat tersebut, Dato' Mustafa Kamal sedang bersama pembantunya. Mereka seperti sedang berbincang mengenai sesuatu. Tidak lama kemudian, Dato' Mustafa Kamal menghulurkan satu sampul surat kepada pembantunya.

"Hana, awak berikan ini kepada dia.. katakan ini saguhati daripada saya." Dato' Mustafa Kamal memberikan arahan.

"Tapi, kalau saguhati, kenapa Dato' tak beri sendiri je kat dia?" Wanita bernama Hana itu bertanya.

"Kalau saya sendiri yang bagi, saya takut dia taknak terima.. awak tahu kan, saya tak boleh menerima penolakan.. jadi lebih baik awak je yang serahkan kat dia." Dato' Mustafa Kamal tersenyum.

"Kalau saya bagi pun, dia tetap tolak macam mana?"

"Awak kena buat sampai dia terima." Pemilik syarikat itu berkata dengan tegas.

"Baiklah Dato'.." Wanita yang menjadi pembantu lelaki itu mengangguk.

Sementera itu, diluar bilik, Fiza sudah pun menyapa Harzan. Bermacam-macam soalan yang diajukan oleh Fiza namun Harzan tetap diam. Lelaki itu seolah sengaja tidak ingin menjawab. Seakan hampir menyerah ketika menghadapi Harzan, Fiza melepaskan keluhan.

"Harzan.. tolonglah jangan diam.. Awak tahu tak, sejak kelmarin Ayra tak tidur, makan pun tidak.. dia sedih awak tinggalkan dia macam tu.. Dia betul-betul rindukan awak." Fiza cuba memujuk. Harzan kemudian mula memberikan reaksi. Matanya menjeling ke arah Fiza.

"Tak usah nak berbohong lagi Fiza.." Harzan seakan memberi amaran. Dia sebenarnya turut menyalahkan Fiza kerana bersekongkol menyembunyikan pengkhianatan Ayra terhadapnya. Dia yakin, Fiza pasti tahu segala perbuatan Ayra termasuklah hubungan sulit isterinya dengan Rafiq.

"Apa yang saya bohong? Kalau awak tak percaya, awak balik ke rumah tu.. tengok sendiri keadaan Ayra." Fiza mempertahankan dirinya dari tuduhan Harzan.

"Awak pun tahu dia berhubungan dengan Rafiqkan? tapi kenapa awak diamkan? sebab nak tolong sembunyikan kesalahan kawan awak tu kan?"

"Demi Allah, Harzan.. saya tak tahu pun.. baru ni kami memang ada terserempak dengan Rafiq masa keluar bersama.. tapi itu memang tak dirancang.. Rafiq yang tiba-tiba datang. Saya dah larang Ayra untuk berhubung kembali dengan Rafiq.. saya tak tahu pun mereka keluar bersama.. kelmarin baru Ayra ceritakan semuanya pada saya.. dan, kejadian kelmarin pun Ayra dah ceritakan kepada saya.. sebenarnya awak dah salah faham.. Ayra bukan suka-suka pergi berjumpa dengan Rafiq masa tu.. dia pun tak jangka awak akan ada kat sana.." Fiza mula bercerita.

"Sebab tak jangka saya ada kat sana la mereka berjumpa.. kalau saya tak pergi sana, sampai bila pun saya takkan tahu mereka dah berhubungan semula."  Harzan sedikit membentak.

"Awak salah faham Harzan.. awak tahu tak, Ayra sekarang dah cintakan awak? Awak tahu tak dia benar-benar dah sayangkan awak?"

"Cukuplah Fiza.. tak payah nak cuba beri saya harapan.. dah berbulan saya mencuba.. tapi tetap gagal.. Ayra langsung tak pandang." Harzan meluahkan perasaannya yang terpendam. Kesakitan yang dia tanggung selama beberapa bulan bergelar suami yang tak dianggap.

"Tidak Harzan.. awak tak gagal.. awak sebenarnya dah berjaya tawan hati Ayra.. awak je yang tak perasan." Fiza berkata dengan penuh semangat. Dia ingin meyakinkan Harzan. Mendengar ucapan Fiza, Harzan terpempan. Dia cuba mempercayai kata-kata sahabat baik isterinya itu. Namun kekecewaan tetap lebih menguasai hati lelaki tersebut. Dia baru sahaja mengalami kekecewaan paling besar dalam hidupnya. Tidak mungkin kekecewaan itu akan hilang serta merta hanya kerana sepotong ayat yang tidak beralasan. Melihat Harzan yang terbungkam, Fiza meneruskan ucapannya.

"Ayra sudah putuskan segala hubungannya dengan Rafiq.. kelmarin, mereka berjumpa hanya untuk selesaikan masalah terakhir.. masalah yang Ayra hadapi kerana perbuatan Rafiq. Ayra sendiri dah mengakui, dia dah mula cintakan awak.. hatinya hanya untuk suami dia."

"Tapi.. dia sendiri yang menyebelahi Rafiq berbanding saya.." Harzan tertunduk. Dia teringat kembali kejadian ketika Ayra menghina maruah dirinya yang merupakan seorang suami.

"Bukan begitu Harzan.. sebenarnya Ayra bingung masa tu.. dia terkejut, awak tiba-tiba muncul dan pukul Rafiq. Dia hanya tak ingin awak mencederakan sesiapa dan terus berbuat masalah.. Kalau la Rafiq mati dikerjakan awak, macam mana? Awak akan ditangkap dan didakwa kerana membunuh.. yang akan susah nanti siapa? Ayra juga.. itu yang dia cuba elakkan.. bukan bermaksud dia nak menyakitkan hati awak.. ke awak sanggup nak tinggalkan Ayra dan anak awak tu membesar tanpa ayah?" Fiza semakin terlihat rentak untuk dirinya melunakkan hati Harzan. Dia yakin kata-katanya itu akan mengembalikan keyakinan Harzan terhadap Ayra.

"Anak.. tapi.. benarkah anak tu anak saya? Rafiq yang katakan anak dalam kandungan Ayra tu anak dia.. malah Ayra sendiri tidak menafikannya." Harzan kembali geram. Fiza menelan air liurnya. Mujur saja otaknya cepat mendapat ilham untuk membuktikan anak dalam kandungan Ayra itu adalah zuriat Harzan.

"Harzan.. Ayra dah kahwin dengan awak hampir tiga bulan.. Selama masa tu, dia tak pernah berjumpa atau berhubung dengan Rafiq. Saya yakin, malah Ayra sendiri yang mendakwa, pertemuan kami dengan Rafiq beberapa hari lepas tu, itulah yang pertama selepas mereka berpisah dulu.. Kandungan Ayra tu pula baru berusia beberapa minggu.. baru nak masuk sebulan.. jelas-jelas anak tu anak awak.. Apa lagi yang awak ragu?" Fiza mendedahkan bukti berdasarkan tarikh kandungan Ayra. Harzan terdiam seketika. Lelaki itu cuba berfikir kembali, kata-kata Fiza itu ada benarnya. Dia pernah bersama Ayra sebulan yang lalu. Malah dua bulan sebelum itu, iaitu di awal perkahwinan mereka, Ayra masih lagi datang bulan. Penjelasan Fiza masuk akal dan diterima oleh Harzan.

Tapi.. itu bermakna, Ayra sebelum ini memang pernah bersama Rafiq la? memang mereka pernah terlanjur?" Harzan masih menginginkan penjelasan. Fiza memejamkan matanya sesaat seraya menghembuskan nafas yang panjang.

"Itu saya tak tahu.. hal-hal dalam kain, mana la Ayra akan cerita.." Fiza menjawab dengan jujur. Pertanyaan Harzan itu sememangnya diluar batasan pengetahuannya.

"Jadi, memang ada kemungkinan la mereka pernah terlanjur.." Harzan meluahkan kecewa.

"Harzan.. saya akan bercakap jujur.. semua yang saya tahu, saya akan bagitahu.. yang tak tahu, saya memang akan cakap tak tahu. Saya cuma nak rumah tangga awak dan Ayra kukuh dan bahagia.. Itu je.. dan buat pengetahuan awak, sebelum berkahwin dengan awak, Ayra memang bukan gadis yang baik.. kami suka clubbing dan bersosial.. itu je yang saya boleh kata.. soal dia pernah terlanjur atau tidak, saya tiada jawapannya.. kalau awak tak boleh nak terima masa silam Ayra, itu terpulang kat awak.. tapi kalau awak betul cintakan dia, saya harap awak pulanglah.. kembalilah kepada Ayra.. dia betul-betul perlukan awak sekarang ni. Keputusan di tangan awak sendiri.." Fiza memberikan kata putus. Dia tahu dia tidak berhak menentukan keputusan Harzan. Dia cuma ingin berusaha untuk menyelamatkan rumah tangga sahabatnya.

Kemudian, pembantu peribadi Dato' Mustafa Kamal menghampiri mereka. Wanita itu melemparkan sebuah senyuman seraya menghulurkan sampul surat kepada Harzan. Harzan dengan ragu-ragu menerima pemberian wanita yang baru muncul di hadapannya itu.

"Apa benda ni?" Harzan bertanya.

"Itu pemberian Dato' untuk awak.. katanya saguhati secara peribadi.." Wanita bernama Hana itu menjawab. Tanpa berlengah, wanita tersebut segera berpaling punggung dan meninggalkan Harzan dan Fiza di situ.

"Saguhati?" Harzan mula merasa pelik. Sampul surat itu dibuka dan Harzan melihat isinya. Mata lelaki itu terbuntang luas setelah melihat isi kandungan yang terdapat  dalam sampul surat tersebut.

"Kenapa Harzan? Dato' bagi apa kat awak?" Fiza pula menjadi ingin tahu setelah melihat reaksi terkejut yang dipamerkan oleh Harzan.

Ikhlaskan CintaWhere stories live. Discover now