BERTEMANKAN hati yang dimamah kecewa, Harzan hanya diam termenung dengan wajah yang sugul sambil bertenggek di atas motosikalnya. Rasa kecewa yang membaluti hatinya sukar untuk dilepaskan. Beberapa minit kemudian, Harzan mula menyedari dirinya yang sedang termangu ibarat orang gila. Dia dari tadi membuang masa dengan termenung di atas motosikal setelah keluar dari pejabat. Harzan mula sedar, dia tidak sepatutnya berkelakuan sebegitu hanya kerana cintanya ditolak. Kini lelaki itu mula menghidupkan enjin motosikalnya dan segera berlalu meninggalkan bangunan pejabat tempatnya bekerja. Beberapa detik selepas Harzan berlalu pergi, Fiza dan Ayra pula muncul setelah menuruni tangga pejabat. Mereka terlihat sangat rancak berbual dan sesekali diiringi dengan gelak ketawa.
"So, kau tak balik dengan Encik Rafiq ke?" Fiza memandang ke wajah Ayra.
"Taklah.. katanya hari ni ada hal. dari tadi dah keluar dari office." Ayra segera menjawab.
"Kalau macam tu, apa kata kau temankan aku jap.."
"Ke mana pulak? baru balik kerja dah nak merayap?" Ayra merasa pelik dengan permintaan temannya itu.
"Eh, kau ni..merayap apanya.. aku nak jumpa abang sepupu aku jap.. dia baru balik lagi England.. esok flight dia ke Terengganu.. so, hari ni dia ada kat sini sekejap.. tu yang dia ajak jumpa.. Aku taknak la pergi sorang-sorang. Kalau ada kau, boleh la bagi alasan kau tak boleh lama-lama.. so, kita boleh balik cepat." Fiza menyatakan rancangannya.
"La.. abang sepupu kau kan.. kenapa taknak jumpa lama pulak.. pergi je la.."
"Taknak la aku jumpa lama-lama.. bosan la dia tu.. kalau ada kau, boleh la buat alasan nak balik cepat.. please la Ayra.. temankan aku.."
"Hmm..ye la.. tapi sekejap je Okay.. Dah la baru balik kerja ni.. malam ni tak boleh ke jumpa?"
"Dia dah tunggu aku tu.. awalnya memang dia nak jumpa malam. Aku sengaja cakap malam ni busy.. petang ni je la. Kalau malam, susah pulak nak bagi alasan nak blah cepat." Fiza melepaskan tawa. Mereka kemudian menuju ke arah kereta milik Fiza. Sebelum memasuki perut kereta, mereka membuka pintu kereta dan membiarkan pintu itu ternganga luas terlebih dahulu bagi mengurangkan udara panas yang terperangkap di dalam kereta yang seharian diparkir dibawah terik mentari. Setelah enjin kereta dihidupkan, pendingin hawa langsung dibuka dengan kuat. Fiza kemudian mengemudi keretanya merentasi jalan raya. Setelah memasuki jalan utama, trafik mulai terlihat sibuk dengan banyak kenderaan lain yang lalu lintas.
Setelah tiba ke destinasi tujuan, Fiza segera masuk ke ruang parkir apabila melihat satu ruang yang kekosongan. Dua sahabat itu kemudian keluar dari kenderaan dan menuju ke arah sebuah restoran. Fiza memaklumkan, abang sepupunya sudah pun menunggu di restoran tersebut hampir sejam yang lalu. Memandangkan mereka sudah agak terlambat, langkah kaki kedua mereka digerakkan dengan tergesa-gesa. Baru sahaja memasuki ruang restoran, Fiza segera mencari-cari keberadaan abang sepupunya. Namun berbeza pula dengan Ayra. gadis itu terkejut dan terkaku apabila melihat Rafiq sedang berdiri membuat pembayaran di kaunter juruwang restoran tersebut. Yang mengejutkannya bukanlah kehadiran Rafiq di situ tetapi kehadiran seorang wanita yang tidak kalah cantik dengan dirinya. Wanita tersebut terlihat sangat berketerampilan dan berdiri rapat di sisi Rafiq. Ayra yang terpukul oleh kejutan hanya membungkam diri sambil terpana. Matanya tidak berkedip memandang ke arah Rafiq dan wanita yang berdiri di sebelahnya itu. Fiza yang baru menemui kedudukan abang sepupunya cuba menarik Ayra untuk bersamanya menuju ke arah lelaki yang sedang menanti mereka itu. Namun Fiza juga turut terdiam apabila menyedari Ayra sedang membisu menatap Rafiq. Rafiq yang selesai membuat pembayaran kemudian beralih untuk keluar dari restoran bersama wanita disisinya itu. Kini Rafiq pula yang terkejut besar apabila menyedari Ayra dan Fiza sedang menatap dirinya yang sedang bersama seorang perempuan lain. Rafiq cuba mengawal perasaan dan riak wajahnya agar tidak terlihat terlalu kekok dan terkejut dengan kehadiran Ayra di sana. Dia perlahan-lahan berjalan menuju ke arah Ayra yang sedang berdiri di hadapan muka pintu restoran. Baru sahaja Rafiq dan wanita disebelahnya mendekati Ayra dan Fiza, Ayra segera membuka mulutnya.

YOU ARE READING
Ikhlaskan Cinta
RomanceAyra Arissa yang bekerja sebagai Pembantu Peribadi kepada Rafiq dalam diam bercinta dengan bosnya itu. Pada masa yang sama, seorang pekerja am dipejabatnya iaitu Harzan turut menyimpan perasaan terhadap Ayra.