MESYUARAT ahli lembaga pengarah baru selesai. Beberapa orang yang merupakan antara ahli lembaga pengarah, dengan pegangan nilai saham tertinggi syarikat Daya Timur mula beredar dan meninggalkan ruang mesyuarat. Dato' Mustafa Kamal pula masih kekal di tempat duduknya. Dia yang tadinya turut mempengerusikan mesyuarat tersebut terlihat termenung sambil kedua belah tangannya diletakkan di atas meja mesyuarat. Pada bahagian belakang disisi kirinya, pembantu peribadinya tetap setia menunggu dan menemani lelaki terbabit.
"So, macam mana dato'?" Wanita yang berperanan sebagai pembantu peribadi Dato' Mustafa Kamal bersuara.
"Hmm.. Ahli Lembaga Pengarah semua dah setuju. Jadi, awak hubungi pegawai HR.. Suruh dia jumpa saya secepat mungkin. Kita akan keluarkan surat pemberhentian kerja.." Dato' Mustafa Kamal memberikan arahan. Telapak tangannya ditepuk kuat ke permukaan meja mesyuarat."
"Baiklah Dato'.."
"Hmm.. jangan lupa, pesan jugak kat HR untuk pantau budak pekerja am tu. Kalau ada apa-apa yang tak kena, sila laporkan terus kepada saya."
"Baik Dato'."
Dato' Mustafa Kamal kemudian terus bangkit dari kerusi. Sebaik sahaja berdiri, lelaki itu langsung berjalan keluar dari bilik mesyuarat dan turut diikuti jejaknya oleh pembantunya yang setia itu.
RAFIQ yang berada di dalam biliknya terlihat sibuk dengan membelek-belek helaian kertas dari beberapa buah fail. Selepas seketika, lelaki itu dengan kuat menghentak meja dengan kedua belah tangannya. Rafiq kemudiannya mengangkat beberapa fail di hadapannya itu kemudian dengan kasar menghempaskan fail-fail tersebut ke atas meja. Belakang badannya dengan segera disandarkan pada kerusi, seraya menghembuskan sebuah nafas kasar yang berbaur keluhan.
Matanya menatap dengan tajam ke arah beberapa fail yang berselerak di atas meja kerjanya. Dengan dada yang turun naik dengan kencang, Rafiq menggerakkan tangan kirinya ke arah muka. Jari jemari kasarnya segera memicit dahi. Jelas kelihatan, Rafiq sedang tertekan dengan kerjanya. Beberapa saat kemudian, tangan kanannya pula digerakkan dengan pantas dan menolak timbunan fail di atas meja. Beberapa helaian kertas dari beberapa fail jatuh berselerak ke lantai akibat perbuatan lelaki tersebut. Seolah belum puas dengan keserabutan yang melanda fikirannya, Rafiq mendengus beberapa kali.
Lelaki yang sedang tertekan dengan tugasan kerja itu kemudian dikejutkan dengan bunyi ketukan pada pintu biliknya. Sekali lagi nafas kasar dilepaskan oleh Rafiq.
"Masuk.." Rafiq membenarkan orang yang mengetuk pintu biliknya untuk masuk menemuinya.
"Encik Rafiq, Dato' nak jumpa Encik Rafiq sekarang.. Dato' sedang menunggu di bilik dia." Fiza memunculkan diri setelah membuka pintu bilik Rafiq yang merupakan seorang pengurus.
"Orang tua tu nak apa lagi?" Saya ni dah la tengah serabut.." Rafiq menggerutu sambil menepuk kuat meja kerjanya.
"Entahlah.. saya pun tak tahu kenapa. Saya cuma diarahkan untuk sampaikan pesanan kepada Encik Rafiq je.." Fiza segera berundur dan menutup kembali pintu bilik Rafiq. Dia tidak ingin berlama-lama dengan Rafiq di saat itu memandangkan dia dapat melihat dengan jelas wajah Rafiq yang sedang tegang dan berserabut fikirannya. Arahan kepada dirinya untuk menyampaikan pesanan kepada Rafiq sudah terlaksana. Maka Fiza tidak ingin terus membuang masa bersama lelaki tersebut. Setelah menutup pintu bilik, Fiza bergegas meninggalkan kawasan tersebut dan menuju ke arah meja kerjanya.
"Ada apa pulak orang tua tu panggil aku.." Rafiq bangkit berdiri dari kerusi seraya menghentak kedua telapak tangannya ke atas meja. Sambil menggelengkan kepala, lelaki itu segera memulakan langkah kakinya untuk bergerak meninggalkan ruang biliknya untuk menemui Dato' Mustafa Kamal.
Setibanya Rafiq di bilik Dato' Mustafa Kamal yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat tersebut, dia segera memasuki ruang bilik setelah mengetuk pintu. Rafiq cuba mengawal emosinya yang sedang berkecamuk dengan mempamerkan senyuman.
YOU ARE READING
Ikhlaskan Cinta
RomanceAyra Arissa yang bekerja sebagai Pembantu Peribadi kepada Rafiq dalam diam bercinta dengan bosnya itu. Pada masa yang sama, seorang pekerja am dipejabatnya iaitu Harzan turut menyimpan perasaan terhadap Ayra.